Bab 40

22.2K 1.4K 78
                                    

"Sayang! Jom pergi bercuti." Ajak Rayyan tiba-tiba menghentikan tangan Erianna dari bekerja mengemas baju di bilik wardrobe. Sekelip mata, susuk tubuh suaminya muncul di pintu bilik wardrobe itu.

Dahi Erianna berkerut sedikit. "Bercuti pergi mana? Bukan abang sibuk kerja dekat pejabat ke?" Soal Erianna pelik. Selalunya bukan main sibuk lagi suami dia tu dekat pejabat sampai balik pun lewat malam.

Rayyan mendekati Erianna. Belakang tubuh isterinya di peluk erat. Dagu direhatkan pada bahu Erianna. "Itu pejabat abang, suka hati abanglah nak cuti bila-bila masa. Anak-anak buah abang pun ada boleh tolong uruskan kerja pejabat. Jomlah, sayang. Lusa kita flight pergi Japan."

Laju Erianna memusingkan badan menghadap Rayyan. "Japan? Bila masa abang tempah tiket flight?" Soalnya terkejut. Sudahlah tiba-tiba ajak lepas tu terus kata lusa dah nak flight. Kena sampuk bunian mana suami dia ni.

"Lupa ke abang ada private jet? Apa guna abang ada private jet tapi tak pakai? Tapi kita bukan pergi berdua, yang lain pun ikut sekali. Alang-alang dah lama tak bercuti apa salahnya." Kata Rayyan sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.

Terus bersinar mata Erianna. "Semua ikut sekali?! Kawan-kawan saya pun sama?" Soalnya teruja. Seronoknya kalau semua ada sekali!

Anggukkan kepala dari Rayyan membuatkan Erianna terjerit kecil. Rayyan terhibur melihat perwatakkan kanak-kanak Erianna. Macam parents bawa anak pergi fun fair. Bukan main seronok.

"Thank you, abang." Pipi Rayyan di cium tanda terima kasih.

"Most welcome, my lady." Giliran dahi Erianna pula menjadi sasaran kucupan mendarat.

Rayyan senyum bahagia. Kebahagiaan Erianna adalah kebahagiaan baginya juga. Senang hati melihat riaksi isterinya ketika itu. Semalam bukan main lagi dia memujuk Erianna yang hampir salah faham dengan gambar yang diterima oleh penghantar misteri.

"Berapa lama kita pergi Japan, abang?" Soal Erianna berbalik kepada topik asal. Dah seronok sangat sampai lupa nak tanya berapa lama mereka semua akan bercuti ke negara bunga sakura itu.

"4 days 3 nights. Are you okay with that, my lady? Kalau sayang nak lebih, abang boleh adjust semula."

Laju Erianna menggeleng kepala. "It's okay, itu pun dah cukup untuk saya. Bukan selalu dapat keluar jalan jauh dengan suami saya ni. Asalkan abang sentiasa ada dengan saya." Balasnya lembut. Tak mahulah terlalu memaksa suaminya untuk bercuti panjang walaupun bukanlah masalah bagi Rayyan.

"Kalau sayang okay, abang pun okay je. Anything just tell me alright, my lady? Ni abang nak pergi bilik latihan dekat tingkat bawah. Sayang nak ikut tak?"

"Nak!" Sudah jadi kebiasaan Erianna turun ke bilik latihan itu jika dia bosan di rumah. Tak kisahlah sama ada Rayyan ada di rumah atau tidak. Biasanya Ardell yang akan menemani dia.

"Jom. Kita training taekwondo lagi. Setakat ni itu jelah abang rasa yang sesuai untuk sayang belajar." Jari jemarinya mencantumi pada jari jemari Erianna. Langkah di buka keluar dari bilik tidur mereka.

Erianna senyum sambil mendongak lihat wajah Rayyan. "Tak apa, saya tak kisah pun. Asalkan abang yang ajar saya cukuplah. Kalau Iyan yang ajar, tak berani saya. Lasak sangatlah." Kata Erianna mengundang tawa halus dari Rayyan.

"Lasak?" Soal Rayyan dengan sebelah kening dijungkitkan.

Erianna sekadar mengangguk kepala. Betul apa dia kata tu. Pernah nampak Aryan berlatih dalam bilik latihan tersebut, macam nak bocor punching bag tu dibuatnya. Bukan main kuat lagi tumbukkan serta tendangan kaki Aryan.

"Kalau sayang nak tahu, sekasar-kasar Iyan lagi kasar cara latihan Asyraff."

"Maksud abang?" Soal Erianna tidak mengerti. Dia jarang nampak Asyraff ikut berlatih dalam bilik latihan itu. Ke mana lelaki dingin itu pergi pun tak tahu. Tapi mungkin Asyraff sering berlatih dalam bilik menembak?

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now