Bab 25

24K 1.5K 124
                                    

Tokk! Tokk!

Asyraff mengangkat wajahnya tatkala terdengar pintu di ketuk. Rayyan sedang berdiri di muka pintu sambil memegang sebuah fail ditangannya.

"Am I disturbing you?" soal Rayyan.

Asyraff hanya membalas dengan gelengan kepala. Ipad di tangan dia letakkan semula di atas meja. Rayyan berjalan mendekati meja kerja Asyraff lalu fail hitam tersebut dihulurkan pada lelaki itu.

"What is this?" soal Asyraff pula.

"Aku nak kau balik Malaysia malam ni. Ada beberapa mesyuarat penting dekat sana dan aku rasa tak sempat aku nak uruskan jadinya aku hantar kau sebagai wakil."

"Why me? Where's Iyan?"

Rayyan tersenyum pendek. Melihat riaksi wajah Rayyan, tahulah Asyraff apa maknanya. Satu keluhan berat dilepaskan. Fail tersebut bertukar tangan.

"Berapa lama kali ni?" soalnya lagi. Tak pasal-pasal kerja orang lain dia kena uruskan. Memang tak boleh harap betul manusia sorang tulah.

"Mungkin dalam masa seminggu. Depends on our clients. Kalau cepat siap, cepatlah habis mesyuarat tu then kau boleh balik sini semula. Bukan kau tak tahu some of our clients jenis tak menepati masa."

"Then, why you still choose them?"

"Raff, aku tahu kau tak suka bila orang tak menepati masa macam ni. Tapi semua client kita tu kebanyakkan dah lama bekerjasama dengan kita. Well, what can I say tak semua orang boleh kejar waktu masing-masing walaupun dah cuba yang terbaik. People make mistakes, right?"

Asyraff mengecilkan matanya pandang ke arah Rayyan. "Kau sebenarnya sengajakan hantar aku untuk pergi semua mesyuarat ni?" soalnya seperti rasa curiga dengan Rayyan.

Terus Rayyan melepaskan tawanya. Dengan Darren Asyraff ni, memang lambat lagilah kau nak menipu dia sekali pun. Asyraff bukan jenis kaki senang kena tipu.

"Alah... bukan selalu pun. Kau tak ada bini, bolehlah cakap pergi sana sini senang je hati tak risau. Aku tak rasa buat masa sekarang ni nak tinggalkan Erianna lagi. Banyak mata tengah perhatikan gerak-geri kita semua terutama sekali aku target utama. Lagi pun ni semua memang kerja Aryan. Aku bukan tak percaya nak bagi dia uruskan cuma agak kurang yakin so that's why I send you." balas Rayyan tenang. Sebelah keningnya dijungkitkan beberapa kali.

Asyraff merengus geram. Adik-beradik sama je. Elok aku humban dua-dua dalam Laut China Selatan sana.

"Kau tahukan Adam masih kat Malaysia lagi." kata Rayyan mendatar.

"I know."

"Be careful, Raff. Kita tak dapat nak agak siapa target dia selain dari dia cuba nak apa-apakan Erianna."

"No need to worry. I know to take care of myself."

Rayyan menjeling. "Aku cuma ingatkan je. Kalau ada deria rasa lain, dah lama aku boleh agak apa lagi Adam tu cuba buat."

Asyraff senyum nipis. "Kau risaukan aku?" soalnya sengaja mengusik Rayyan.

"Eh, taklah. Tak ingin pun aku risaukan kau. Baik aku risaukan pasal bini aku." balas Rayyan geram lalu dijeling Asyraff sekali lagi. Aku serius, dia main-main pula.

"Cakap jelah kau risaukan aku." usik Asyraff lagi. Tersengih sinis dia memandang Rayyan.

"Dahlah! Malas aku nak layan kau. Ingat, flight malam nanti semua aku dah uruskan. Aku nak kau pergi dan balik dengan selamat." kata Rayyan mendatar sebelum melangkah keluar dari bilik pejabat Asyraff. Malas nak layan usikkan Asyraff.

Saat pintu di tutup, Rayyan terdengar Asyraff melepaskan tawanya hanya seketika. Dia menggelengkan kepala. Gila! Ingat aku main-main ke nak risaukan pasal dia?

🔥

Bag bagasi dibiarkan saja terletak di tepi sofa lalu dia terus merebah diri. Penat. Habis kerja petang tadi langsung tak menyempat rehat kat rumah. Selebihnya tidur dalam kapal terbang.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam waktu tempatan. Mujurlah Rayyan tempahkan penerbangan awal. Kiranya dapatlah dia rehat lama sikit sebelum sambung kerja esok pagi.

Ting!

Satu notifikasi mesej diterima.

Dengan rasa berat kemalasannya, Asyraff keluarkan phone dari poket jaket kulit yang dipakainya semasa dalam perjalanan. Mesej diterima oleh Aryan. Nak apa pula budak ni haih.

'Lazy Aryan'

Bro, report meeting semua ada dekat pejabat sana. Nanti esok pagi kau ambil dulu dalam office aku. Dah cau.

"Kau tak payah mesej aku pun tahulah, sengal." rungut Asyraff sebelum phone di campak ke atas meja. Aku penat ni. Tidur sekejaplah baru keluar cari makan.

Keesokkan hari, seawal jam 8 pagi lagi Asyraff sudah gerak ke pejabat. Pasal makan malam semalam? Haha sebab mengantuk dan penat sangat, sampai ke tadi pagi dia tertidur dekat ruang tamu.

Sebelum masuk ke pejabat, Asyraff singgah dahulu ke cafe berdekatan dengan bangunan syarikat. Suasana cafe tersebut kelihatan agak tenang di mata Asyraff. Bau harum coffee membuatkan dia tersenyum nipis. Well, morning coffee person.

"Welcome to M'Kays Cafe." ucap seorang gadis yang berada di kaunter utama cafe itu. Dia sentiasa memberi senyuman mesra setiap kali pelanggan datang.

Eh, macam kenal?

Asyraff mengecilkan matanya lihat wajah gadis itu. "Are you Alisha Hazreen?"

Gadis itu kelihatan sedikit terkejut. Namun dia masih setia senyum pada Asyraff. "Yes, it's me. Are we... know each other, sir?"

"Kawan suami Erianna."

Lama Alisha berfikir sebelum membulat matanya. "Ah! Encik ni kawan Ray yang ada waktu majlis malam tu kan? Maaflah, tak berapa kenal sebab malam tu saya nampak semua macam serius sangat jadi takut nak tengok." Alisha tersengih malu.

Asyraff mengangguk kepalanya. Betullah tak salah pun apa yang gadis itu katakan. Memang kawalan ketat majlis malam tersebut.

"Kerja sini ke?" soal Asyraff lagi.

Giliran Alisha pula mengangguk. "Part time. Cari duit untuk study."

"Course apa?"

"Doktor."

Wow, interesting! puji Asyraff dalam hati.

Tak sangka dalam masa yang sama gadis seperti Alisha ni mampu atur masa untuk kerja dan belajar. Bagi Asyraff yang sudah ada kelulusan doktor, tak mudah untuk semua orang hadapi.

"Lama lagi grad?" soal Asyraff masih pada topik sama. Rasa tertarik ingin tahu.

"One semesters left. Tak lama lagi dah nak final, itu yang cari part time nak guna duit untuk belajar. Sepanjang saya sambung belajar ni, mostly saya tanggung sendiri." balas Alisha mesra. Awalnya agak kekok dengan lelaki itu tetapi dia anggap saja seperti layan seorang pelanggan cafe.

"Family?" pelik. Takkan keluarga dia tak ada yang bantu.

Alisha tersenyum nipis. "I have family issues. Sekarang ni pun tinggal sendiri cuma kadang-kadang tu je duduk sekali dengan Mikayla. Ni pun cafe dia, ada masa terluang saya datang kerja tolong. Kalau busy assignment banyak memang Mikayla tak bagi saya datang kerja." jelasnya lagi.

Asyraff sekadar diam menjadi pendengar. Tak sangka gadis sopan macam Alisha ni ada masalah peribadi sampaikan sanggup tanggung penat demi mencapai impian dia menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran.

"Asyik cerita pasal saya pula haha naik segan saya. Encik nak order air apa?" soal Alisha cuba mengalih topik perbualan. Tak mahulah Asyraff tahu lebih tentang hal keluarganya.

"Ice Coffee Latte."

"Itu saja?"

Asyraff angguk.

"Alright. Wait a minute. Nanti dah siap saya panggil encik." Alisha senyum sebelum berlalu pergi untuk menyiapkan pesanan air lelaki itu.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now