Bab 12

31.6K 2K 185
                                    

"Ada apa-apa tak dekat tingkat tu, Shawn?" soal Aryan setelah berjaya memanjat pokok tinggi tersebut. Boleh tahan juga. Tiba-tiba aku rasa gayat pula tengok pokok ni dari atas.

"All clear."

"Tak semua. Dekat luar bilik tu ada dua orang jaga. Kalau kau nak pecah masuk ikut tingkap sekali pun, diaorang akan perasan walaupun bilik tu silent proof. Adam licik. Dia takkan senang-senang bagi kita selamatkan Erianna macam tu je." celah Asyraff melalui earpiece.

Aryan merengus geram. Sejak bila jantan tu lagi pandai dari aku?!

"Shawn boleh tembak dari jauh tak?" soal Aryan mendatar.

"Aku rasa boleh tapi mesti budak-budak lain dekat luar aras tu akan perasan. Dan bom dekat badan Erianna tu pun mesti akan automatik hidup. Kau kena ada backup lain dekat luar tu, Yan." beritahu Asyraff lagi.

"Got it. Haikal, aku nak kau dengan budak-budak sikit tolong cover bahagian atas. Shawn akan bagi signal dari luar sebelum aku masuk ke dalam bilik Erianna dikurung. Semua buat secara serentak. Jangan sampai ada yang terlepas. Faham."

"Alright." balas Haikal dan Shawn serentak.

Aryan berdiri pada pohon pokok besar itu penuh berhati-hati. Bukan sengaja dia cari jalan ringkas tapi dia mahu singkatkan masa semua orang dari berada di tempat tersebut. Settle awal, balik awal.

"Shawn, now!"

Dalam masa serentak, Aryan masuk ke dalam bilik tersebut melalui tingkap dan Shawn melepaskan dua das tembakan ke arah anak buah Adam yang sedang menjaga di luar bilik itu. Signal terus diberi pada Haikal.

"Nice kill, Shawn."

"No problem." balas Shawn sebelum kembali meneruskan tugasnya memerhati dari jarak jauh itu.

Keadaan di luar bilik pula, Haikal dan beberapa orang anak buahnya sedang bergelut dengan anak-anak buah Adam yang menjaga aras itu. Mujurlah tak ramai.

"Asyraff, deactivate bom sekarang." arah Aryan. Tanpa sesaat, Asyraff segera mematikan bom C4 pada badan Erianna.

"Now, you only have 15 minutes. Be faster, Yan." kata Asyraff mendatar.

"I know." Aryan memerhati sekeliling bom C4 yang dipasang pada tubuh badan Erianna. Dia tak boleh tersilap langkah. Bahaya.

Wait a minute!

Dahi Aryan sedikit berkerut melihat bom C4 tersebut. Macam ada yang tak kena. "Raff, aku rasa pelik sikit C4 ni. Dia nampak lainlah."

"Maksud kau?" soal Asyraff hairan. Apa yang pelik pulanya bom jantan tu guna?

"Kenapa C4 ni banyak sangat wayar dia tak macam biasa kita tengok? Lepas tu ada empat wayar bersambung dekat timer dia. And why timer dia berjalan? Bukan kau dah deactivate bom ni ke?"

Asyraff terdiam seketika. Cuba menghadam setiap butir ayat Aryan. Tapi... memang betullah tadi dia tengok tu bom C4. Ah, masak! Dia ubah suai ke bom tu?!

"Yan, listen here. Tolong bagitahu aku ada berapa wayar dalam bom tu, warna apa dan ke bahagian mana dia bersambung."

Aryan terus memberi segala maklumat bom tersebut pada Asyraff. Mampus aku kalau silap potong. Mahu arwah semua orang dalam bangunan ni.

Di tempat Asyraff pula, dia cuba melakar bentuk dan kedudukan wayar yang di beritahu Aryan. Betul cakap Aryan tadi. Bom ni telah di ubah suai. Haih kenapalah rumit sangat hidup jantan ni sampai nak rumitkan hidup orang lain sekali?

"So, macam mana?" soal Aryan lagi.

"Kejap. Kenapa aku rasa macam pernah tengok semua kedudukan wayar bom ni?" kata Asyraff perlahan tetapi dapat didengari Aryan.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now