Bab 43

24.5K 1.3K 128
                                    

"Surprised!!"

Laju tangan Erianna naik menutup mulut. Terharu melihat kejutan diterimanya saat itu. Langsung dia tidak menyangka bahawa mereka semua mengadakan kejutan untuk hari jadinya.

Rayyan melangkah menghampiri Erianna dengan membawa sejambak bunga ros merah. Senyuman manis terukir dibibir. Rayyan juga segak mengenakan pakaian sama warna seperti Erianna. Hanya mereka berdua saja memakai tema putih manakala yang lain sama-sama tema lilac purple. Warna kesukaan Erianna.

"Happy early birthday to my lady, my precious one, my queen of all my heart and my beautiful wife ever." Ucap Rayyan penuh romantik.

Erianna tersentuh hati. Huluran jambakkan bunga ros itu diambilnya. "Thank you so much, my handsome husband. Walaupun esok birthday saya tapi saya hargai sangat semua sanggup raikan sehari awal."

"We all celebrate your birthday early because tomorrow I have another surprise for you, my lady."

"Woah, really? What is it?"

Rayyan mengenyitkan sebelah mata. "It's a secret. Just wait until tomorrow."

"Dah, dah tak payah nak berdrama loving loving sangat kat sini. Potong kek cepat." Celah Aryan sambil memutarkan bebola mata. Menyampah tengok kemesraan abangnya. Macam dia berdua-duaan je dekat yacht ni tak ingat orang lain.

"Bisinglah kau ni." Rayyan menjeling tajam.

Rayyan dan Erianna jalan bersama-sama menghampiri meja kecil yang adanya sebiji kek red velvet ditempah khas oleh Rayyan. Di atas kek itu pula terdapat empat batang lilin serta sedikit tulisan menunjukkan 'happy birthday Erianna Adrylene a.k.a Mrs Rayyan'.

Mereka semua mula menyanyikan lagu happy birthday buat Erianna.

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Erianna Adrylene,
Happy birthday to you...

Saat leka semua meraikan ulang tahun untuk Erianna, Ardell terlebih dahulu melarikan diri ke bahagian yacht tanpa sesiapa sedari. Tetapi mata Zach lebih pantas menangkap pemergian gadis itu. Dahinya berkerut kecil. Rasanya tadi Ardell elok je, ni kenapa nampak macam tak sihat?

Zach mendekati Aryan lalu membisikkan sesuatu. "Yan, kenapa dengan Ardell?"

"Kenapa apa?" Soal Aryan hairan. Turut dibalas secara berbisik. Tak mahu ganggu suasana ketika itu.

"Tak tahu. Aku nampak dia lari pergi belakang yacht. Apa kata kau pergi tengok. Nampak macam Ardell tak okay je."

Aryan tersentak. Apabila Zach memberitahu dia tentang keadaan Ardell, barulah dia teringat perkara lama yang pernah terjadi. Pantas Aryan berjalan menuju ke belakang yacht. Rayyan perasan pemergian adiknya mula berasa pelik. Dialihkan pandangan ke arah Zach lalu sebelah kening dijungkitkan.

"Ardell." Zach hanya memberi isyarat mulut.

Di kawasan belakang yacht pula...

Ardell tercungap-cungap cuba mengawal pernafasan. Matanya mula berair serta kedua tangannya menggeletar kuat. Panic attack Ardell datang secara tiba-tiba sewaktu mereka semua sedang menyanyikan lagu happy birthday buat Erianna. Ardell teringat hari kejadian di mana arwah abang kembarnya bersama arwah daddy terlibat dalam kemalangan. Itu sebab Ardell pilih untuk lari ke bahagian belakang yacht terlebih dahulu tanpa sesiapa sedari.

"El!" Aryan pantas mendapatkan adiknya. Bahu Ardell digenggam erat.

"Control yourself, Ardell Aryana!"

Ardell menggelengkan kepala. Dia masih tidak dapat mengawal pernafasan. Badannya juga masih lagi menggigil.

"Ardell! Pandang mata abang!" Kata Aryan dengan menguatkan suaranya tetapi masih cuba di kawal tanpa yang lain berada di bahagian hadapan yacht terdengar.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now