Matanya fokus memandang Ipad di tangan. Erianna sedang melukis lakaran baju-baju fesyen yang selalu ditayangkan setiap kali event fashion show diadakan. Sejujurnya dari dulu itulah minat Erianna, idamkan untuk menjadi pereka fesyen terkenal tetapi tak kesampaian. Jadinya dia hanya mampu membuat semua lakaran itu bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.
"What are you doing, my lady?" Rayyan datang memeluk leher Erianna dari belakang. Di pandang sekilas screen Ipad. Hm melukis?
"Ni... tengah lukis design baju. Saja buat hilang bosan."
"Sayang teringin nak jadi fashion designer ke?"
Erianna angguk. "Tapi tu dulu. Saya tak rasa sekarang saya boleh capai impian saya yang satu ni. Tak apalah, buat hilang bosan je dekat rumah."
Rayyan merenung lakaran yang dibuat oleh isterinya. Cantik. Dia terlebih dahulu sudah tahu gadis itu lama idamkan untuk jadi pereka fesyen tapi apakan daya, impian tak dapat dicapai. Serba sedikit buat Rayyan rasa serba salah dalam hati.
"Sayang."
"Yes?"
"What if... one day abang buat impian sayang tercapai?"
Berkerut kecil kening Erianna. Di toleh melihat wajah suaminya. "What do you mean? Abang nak sediakan butik untuk saya ke?"
"Kalau itu yang sayang nak, abang okay je."
"Ishh tak perlulah. Simpan je duit abang tu tak payah bazir buat butik untuk saya. Ni semua cuma cita-cita saya dulu sebelum kahwin dengan abang. Sekarang ni tugas saya adalah sebagai isteri abang sepenuh masa."
"Sayang, duit abang tu duit sayang juga. Tak luak mana pun kalau abang buat impian cita-cita sayang tercapai. Mana tahu satu hari nanti sayang jadi pereka fesyen terkenal? Tapi abang tak naklah sayang tunjuk diri sayang. Kiranya buat macam identiti sayang ni dirahsiakan."
Erianna ketawa kecil. "Nantilah saya fikir balik. Ni ada apa abang cari saya? Bukan tadi abang kata abang turun bawah ke dengan yang lain?"
"Jom." ajak Rayyan. Tangan dihulurkan kepada isterinya.
"Jom? Pergi mana?" soal Erianna pelik.
"Ikut abang turun bawah. Abang nak ajar sayang sesuatu. Ardell pun ada sekali dekat bawah."
Erianna cuak. "Abang nak Rian belajar apa? Jangan macam-macam eh... abang tahukan Rian takut tengok semua tu. Tak naklah, Rian ni perempuan."
Nak saja Rayyan melepas tawa sekarang ini. Tangan kanan Erianna ditarik perlahan menyuruh isterinya bangun. Nak tak nak, pasrah jugalah Erianna ikut. Mereka berdua turun ke tingkat bawah dengan menggunakan lif. Tak lama kemudian, tiba di hadapan pintu menunjukkan perkataan 'no entry without permission'.
"Is this your training room?" soal Erianna.
"Yes, my lady. Jom masuk." Rayyan menyentuh jari telunjuk pada mesin pengesan sebelum pintu itu terbuka. Maka terserlah Haikal dan Shawn sedang berlatih tinju di dalam gelanggang kecil. Zach dan Aryan pula berlawan pedang kayu. Dua orang lagi tidak kelihatan.
Asyraff dan Ardell.
"Eh, bro. Kau buat apa bawa Erianna turun sini?" soal Haikal selepas perasan kehadiran pasangan itu. Sempat meminta Shawn untuk rehat seketika.
"Saja. I want to train her."
"Otak kau dah gila ke, long? Bukan kata haritu tak nak Erianna sentuh benda-benda bahaya ni ke?" soal Aryan pula. Tiba-tiba dia teringat yang dulu dia pernah bawa Erianna masuk bilik gym rumah kat Malaysia. Mujurlah Rayyan tak pernah tahu.
Rayyan menjeling. Bising jelah adik aku ni. "Aku bukan suruh dia belajar menembak. Banyak lagikan benda lain boleh buat." hand target pad yang tergantung pada dinding diambilnya. Tidak lupa juga sarung tangan boxing.
"Wear this." Rayyan hulurkan sarung tangan boxing pada isterinya.
Aryan dan Zach berpandangan. Betul ke tak betul si Rayyan ni?
"Buat apa?" soal Erianna kurang faham.
"Abang ajar sayang basic untuk taekwondo. As I know, Mikaela is taekwondo's champion right?"
Erianna angguk kecil.
"So, abang nak sayang belajar juga. Buat masa ni belajar basic dulu nanti bila sayang dah terbiasa baru abang ajar next step pula."
Erianna menyambut huluran sarung tangan itu. Disarungkan pada tangan kanan dan kiri. Rayyan pula menyarung hand target pad sebelum berdiri di posisi siap bersedia.
"First, abang nak sayang cuba tumbuk benda ni. Dua-dua sekali so that means you should use both of your hand." Rayyan mula memberi arahan.
Erianna membuka sedikit langkah apabila disuruh oleh suaminya. Dia pernah tengok bagaimana cara bersedia dalam sesi latihan tersebut ketika dia mengikuti Mikayla berlatih dahulu.
Dbuk! Dbuk!
Terkebil-kebil mata Erianna. Err... betullah dia buat tu kan?
Rayyan senyum. Alahai, sayang. Cubalah tumbuk kuat sikit. Ini kalau tumbuk macam tu dekat pokok pun belum tentu buah jatuh gugur.
Kedengaran suara Aryan ketawa. "You... hahaha you tumbuk apa, Rian? Hahaha kalau macam tu cara you nak lepas penumbuk, orang jahat pun boleh ketawa tahu tak." Aryan masih sisa dengan tawanya. Shawn, Haikal dan Zach hanya senyum. Tak mahu lebih-lebih mengusik Erianna, karang ada kejap lagi mata sorang sebelah lebam.
"Aryan Ivan Ezkiel." seruan dari Rayyan membuatkan tawa Aryan serta merta berhenti. Badan berdiri tegak. Air liur ditelan kelat.
"Sini kau." kata Rayyan dengan merenung tajam ke arah adiknya.
Aryan tersengih. "Tak apalah, long. Aku nak jumpa Asyraff kejap dekat bilik sebelah hehe." laju Aryan membuka langkah melarikan diri ke arah bilik dibahagian sebelah kanan melalui sebuah pintu dari bilik tersebut.
Rayyan menggeleng kepala. Bukan tak tahu adik dia sengaja nak lari. "Dah, biarkan je budak gila tu. Sekarang abang ajar sayang macam mana cara betul nak tumbuk hand target pad ni."
🔥
Pagi itu, semua kembali masuk ke pejabat. Hanya tinggal Erianna, Ardell dan Zach saja di rumah. Suasana rumah agam itu sunyi menyepi. Biasanya riuh dengan suara bising antara Aryan, Shawn dan Haikal. Tak lupa juga Zach sekali.
"Akak." bahu Erianna ditepuk beberapa kali oleh Ardell. Punyalah satu rumah dia pusing mencari kakak iparnya itu, rupanya Erianna berada dalam bilik bacaan.
Erianna berpusing ke belakang. "Eh, Ardell? Bila masa masuk? Buat apa dekat sini?" soalnya sedikit terkejut. Tak perasan pula Ardell buka pintu.
"Baru je. El ketuk pintu tadi mungkin akak tak dengar. Sibuk ke?"
Kepala digelengkan. "Tak sibuk pun. Saja baca novel sikit dalam bilik ni. Bosan haha. Kenapa El cari akak sampai ke sini?"
"Nak ikut Ardell tak?"
"Pergi mana?"
"Kita main dekat bawah." belum sempat Erianna membalas, Ardell lebih laju menarik lembut tangannya berlari keluar dari bilik. Malas mahu menggunakan tangga, Ardell memilih untuk guna lif. Butang tingkat bawah yang menunjuk -0.
Erianna pula sudah hairan. Main apa pula adik iparnya ini sampai bawa ke tingkat bawah tanah? Setahu dia, bilik-bilik bawah tanah tu semuanya...
"Ardell Aryana, don't tell me that you..." Erianna cuba menduga sesuatu. Mata dikecilkan memandang wajah Ardell.
Ardell tersengih. "Tak apa, jangan risau. Just only you and me. Zach tidur dekat atas."
"El nak ajak akak main apa ni? Kat bawah tu kan semua bilik latihan."
"Jom, El nak dare akak untuk menembak."
Pintu lif terbuka. Ardell bawa Erianna menuju ke bilik paling hujung sekali. Perkataan 'no entry' sempat di baca oleh Erianna sebelum Ardell mengajaknya masuk ke dalam. Terlebih dahulu, Ardell mengesan cap jarinya pada mesin di pintu tersebut.
"Hello, Miss Ardell Aryana. Your fingerprint is successfully." suara dari mesin pengesan itu berbunyi selepas Ardell meletakkan jari.
Pintu besi itu terbuka. Jelas dari penglihatan Erianna, segala peralatan menembak memenuhi bilik itu. Dan sangkaannya bilik itu pasti soundproof.
"Oh my god..."
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.