Bab 18

30.4K 1.7K 71
                                    

Majlis perkahwinan antara Rayyan dan Erianna dibuat secara kecilan. Hanya ahli keluarga terdekat saja dijemput hadir. Bukan tak mahu buat besar-besaran tetapi dalam situasi begini, bagi Rayyan tak perlulah dulu. Keselamatan lebih diutamakan. Dan Erianna juga setuju untuk tidak buat majlis besar-besaran seperti orang lain di luar sana.

Bahu si abang di tepuk perlahan. Rayyan segera menoleh dan terlihat Aryan yang menegurnya. Sebelah kening dijungkitkan.

"Did mummy already know about this? I guess you still didn't discuss with her about your marriage right?" soal Aryan mengenai ibu mereka yang berada di Milan sekarang ini.

Rayyan diam sebelum kepala digelengkan. "She didn't know yet. Later I'll tell her about Erianna."

"Kalau mummy tak restu macam mana? Kau tahukan yang mummy sebenarnya nak kau kahwin dengan sepupu tiri kita tu. Aku bukan apa, long... aku cuma risaukan Rian bila dia jumpa dengan mummy nanti." jelas Aryan sambil menoleh seketika pada kakak iparnya yang sedang berada bersama dengan tiga orang rakan gadis itu.

"Mummy should accept it no matter what. Erianna already be my wife. No one can stop this. Aku tahu apa aku patut buat, Yan. Kau jangan risau. I'll protect her until my last breath." ucap Rayyan ikhlas. Dia betul-betul menyayangi gadis itu sejak dari awal perkenalan lagi. Tiada perempuan lain mampu tandingi perasaannya.

Selain dari Rayyan mempunyai masalah dengan musuhnya, dia turut ada satu lagi masalah besar.

Sang ibu.

Dari dulu lagi ibunya ingin jodohkan dia dengan sepupu tirinya tetapi dia tidak setuju. Puas sudah pujuk hati si ibu dan jelaskan bahawa dia sudah mempunyai pilihan sendiri.

"Congrats on your wedding, Ray." tegur Asyraff baru saja tiba bersama dengan Shawn, Haikal dan Zach. Mereka berempat baru menyelesaikan tugas pantauan di luar dewan majlis bagi memastikan tiada sebarang mencurigakan tidak diingini.

Rayyan tersenyum nipis. Dia berpelukan seketika dengan Asyraff. "Thanks, Raff. Is everything okay?"

"Yeah. Don't worry. Budak-budak ada jaga dekat luar."

"Ray." tegur satu suara dari arah kanan mereka berenam. Semua serentak menoleh. Kelihatan Edryl dan Luis berjalan menghampiri.

"Edryl. Luis." Rayyan bersalaman dengan dua jejaka itu atau lebih tepat sudah menjadi abang iparnya.

"Congrats, bro. Lepas ni aku harap kau jaga adik aku baik-baik. Dia jelah satu-satunya permata kitaorang berdua ada sekarang ni. Aku nak kau sayangi dia, didik dia supaya jadi isteri yang baik." kata Edryl memberi peringatan ringkas pada Rayyan memandangkan dia adalah abang pertama Erianna. Wali sah selepas ketiadaan bapanya.

Rayyan mengangguk faham. "Kau jangan risau, Ryl. Aku akan jaga dia macam nyawa aku sendiri. Soal didik tu... aku akan cuba walaupun aku bukanlah lelaki yang sempurna untuk dia."

"Aku tahu kau boleh jadi suami terbaik untuk adik aku." kata Luis pula lalu bahu Rayyan di tepuk perlahan.

"So... lepas ni adik aku kena ikut kau balik Milan, right? Kawan-kawan dia macam mana pula?" soal Edryl teringat akan tiga orang gadis itu.

"Nanti ada budak-budak aku tolong tengokkan diaorang bertiga. Kata Erianna, ada kawan dia tengah sambung pelajaran lagi. Alisha Hazreen, kalau tak silap akulah. Dalam bidang kedoktoran. Dalam masa yang sama dia tengah kerja part time dekat cafe Mikayla." jelas Rayyan. Dia sudah pun tahu semua latar belakang tiga orang rakan Erianna itu. Hanya tinggal Alisha sorang saja masih dalam sesi menyambung pelajaran. Mikayla dan Arissa pula sudah bekerja.

Edryl hanya mengangguk kepala sebagai balasan. Baguslah kalau Rayyan sudi untuk jagakan sekali rakan adiknya.

🔥

Selesai sudah majlis malam itu, semua kembali pulang ke rumah. Lagi beberapa hari mereka semua bakal berangkat semula ke negara Milan seperti yang telah dirancangkan Rayyan. Mereka tidak boleh berlama lagi di Malaysia. Risau kalau banyak lagi masalah menimpa.

Erianna berjalan keluar dari bilik air jelas gadis itu baru selesai membersihkan diri. Rambut panjang yang sedikit basah dibiarkan lepas. Matanya terlihat Rayyan sedang bersandar di kepala katil sambil menghadap Ipad di tangan.

"Busy ke?" soal Erianna lembut.

Rayyan senyum. "Taklah... tengah check schedule meeting kerja lepas balik Milan nanti."

"Ohh. Nanti dekat sana mesti awak lagi sibukkan? Mesti saya kena tinggal sorang-sorang dekat rumah." Erianna melabuhkan diri di sebelah Rayyan. Tangan kanan suaminya itu ditarik lalu digenggam dengan tangan kecilnya. Jelas berbeza saiz antara mereka berdua.

"Hm nampaknya macam tulah. Tapi awak jangan risau, saya takkan biarkan awak tinggal sorang diri dekat rumah." kata Rayyan sambil merenung setiap inci wajah si isteri. Siapa sangka akhirnya gadis ini telah menjadi isteri sah buatnya.

Dahi Erianna sedikit berkerut. "Habis tu? Awak suruh kawan-kawan awak jagakan saya dekat rumah?" soal Erianna semula.

Rayyan angguk sedikit. "Sama ada Shawn, Haikal atau Zach akan berganti-ganti jagakan sayang dekat rumah. Tapi ada lagi satu. Saya minta adik perempuan saya balik Milan dan dia juga akan teman awak dekat rumah nanti. Tak adalah awak bosan."

"Adik perempuan? Bila masa awak ada adik perempuan?"

"Aryan tak ada cerita apa-apa dekat sayang ke?" soal Rayyan semula. Pertanyaan isterinya tidak di jawab.

Erianna menggeleng kepala. Terkejut juga dengar yang suaminya itu mempunyai adik perempuan. Ingatkan hanya Aryan sorang saja adik Rayyan.

"Okay. What do you want to ask me other than about my little sister? Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab." Ipad diletakkan pada meja kecil bersebelahan katil bersaiz king itu. Erianna ditarik duduk berhadapan dengan dirinya.

"Umm... awak kerja apa sebenarnya? Awak ada berapa adik beradik selain dari Aryan? Adik perempuan? Kenapa saya tak pernah tahu? Kenapa saya rasa saya macam belum kenali sepenuhnya tentang awak, Ray?" soal Erianna bertubi-tubi membuatkan Rayyan tertawa kecil. Amboi! Bukan main banyak dia bagi kita soalan.

"Hey, sabarlah satu-satu bagi saya soalan tu. Okay... let me answer your question. Saya kerja sebagai seorang CEO dekat syarikat ternama di Milan. Syarikat keluarga sebenarnya dan saya telah mengambil alih lepas arwah daddy saya pergi. Saya ada empat adik beradik. Saya yang pertama, Aryan yang kedua dan ketiga adalah kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Cumanya adik saya yang lelaki tu dah meninggal dunia waktu dia umur 10 tahun. Terlibat dalam kemalangan waktu bersama dengan daddy saya. And yes, I have a little sister. Ardell Aryana, 20 years old. Beza jauh jugalah umur dengan Aryan. Abang kembar Ardell pula nama dia, Ayden Arrayyan. Sayang tak pernah tahu sebab waktu kita kenal dulu, Ayden dan Ardell belum ada. Sekarang... sayang dah faham?" panjang lebar Rayyan menjelaskan segala pertanyaan isterinya. Dia tidaklah memberi tahu tentang kerjanya lagi satu itu. Nanti-nanti jelah.

Tiba-tiba Erianna menepuk dahinya. "Sorry, sekarang baru saya ingat. Aryan pernah cerita pasal Ardell dengan arwah kembar dia."

Rayyan hanya senyum. "It's okay. Itulah saya pelik rasanya haritu Iyan ada bagitahu yang dia dah cerita dekat awak. Saya cuma syak mungkin awak lupalah kot."

"Kejap. Kalau awak kerja sebagai CEO, macam mana... korang semua boleh ada senjata berbahaya? Siapa korang semua sebenarnya?" Erianna merenung tepat pada anak mata suaminya. Mencari kepastian.

Rayyan hanya senyum. "About that... I'll tell you later, my princess. Now let's sleep. Saya mengantuk dah ni." balas Rayyan cuba mengelak dari menjawab pertanyaan terakhir Erianna. Tangan gadis itu ditarik untuk baring disebelahnya.

Erianna akur. Tidak mahu memaksa Rayyan. Mungkin ada sebab kenapa. Lama kelamaan matanya tertutup rapat. Penat dengan majlis yang berlangsung pada hari itu.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now