Bab 23

25.4K 1.5K 124
                                    

Bukk!

Perit. Itulah yang Shawn rasakan selepas menerima tumbukkan padu dari Aryan. Kepalanya tertoleh ke kiri. Pipi terasa kebas.

"Bodoh!" tengking Aryan. Tajam matanya merenung wajah Shawn.

"Yan, sabarlah. Bukan salah Shawn. Lagi pun semuanya selamat dari apa yang dah jadi petang tadi." pujuk Haikal lalu menarik bahu Aryan.

"Kau sedar tak yang kau hampir bahayakan nyawa adik dengan kakak ipar aku! Kalau apa-apa jadi dekat diaorang macam mana?! Rasa dah hebat sangat ke sampai berani nak lawan sorang-sorang hah?! Bodoh! Kalaulah jadi apa-apa dekat adik aku, aku tak teragak-agak nak hukum kawan aku sendiri!" marah Aryan sebelum berlalu pergi. Bahu Shawn dirempuh dengan kasar.

Shawn memejamkan mata saat Aryan melanggar bahunya yang terkena tembakkan petang tadi. Lepas saja Rayyan dan yang lain pulang, Asyraff terus merawat lukanya.

"Yan!" panggil Haikal tetapi dihiraukan Aryan.

"Kal, pergi tengokkan Aryan." arah Rayyan yang hanya berdiam diri dari tadi.

Haikal angguk. Dia kembali memandang Shawn masih menunduk. Dia tahu pasti Shawn rasa serba salah tapi dia sudah tahu perkara sebenar. Bahu kanan Shawn di sentuh perlahan.

"Kau janganlah ambil hati apa Iyan cakap tadi. Kau tahukan dia cuma risaukan pasal Ardell dan Rian. Dia cuma tak nak perkara lama berulang, Shawn. Apa-apa pun lepas ni jangan buat tindakkan macam tu lagi." kata Haikal sebelum melangkah pergi mencari keberadaan Aryan. Pasti lelaki itu sedang berada di bilik gym tingkat atas ataupun tingkat bawah tanah.

"Aku minta maaf, Ray." ucap Shawn perlahan. Kepala masih menunduk.

Rayyan menghembus nafas berat. Alangkah terkejutnya dia bila dapat tahu yang kereta milik Shawn petang tadi di serang pihak musuh. Dia pun sudah tahu perkara sebenar dari adik perempuannya jadi dia tak mahu untuk marah lebih pada Shawn.

"Bukan salah kau. Janji semua selamat itu cukup bagus untuk aku. Cuma lepas ni, jangan ulang lagi. Tak kisahlah apa jadi sekali pun, jangan cuba-cuba untuk buat keputusan sendiri atau dengar keputusan orang lain selain dari kitaorang. Aku tahu nyawa kita semua sentiasa berada dalam keadaan bahaya tak kira kat mana. Pasal Aryan... kau jangan ambil hati sangat. Dia marah kejap je tu. Dia cuma risaukan Ardell kalau apa-apa jadi tanpa pengetahuan dia." jelas Rayyan tenang. Keadaan isterinya juga mujurlah tiada yang serius melainkan rasa terkejut.

Ardell berada di ruangan dapur tidak sengaja terdengar segala perbualan abangnya bersama dengan yang lain di ruang tamu. Rasa serba salah dalam diri atas tindakkan dia menghalang Shawn dari menghubungi abang-abangnya dari kejadian petang tadi. Tak pasal-pasal Shawn jadi mangsa terima pukulan dari Aryan.

"Sejak bila pandai jadi cctv tak berwayar ni?" tegur satu suara dari arah belakang Ardell membuatkan gadis itu hampir menjerit. Terus mulutnya ditekup lalu berpaling.

Zach!

"Macam mana..."

"Aku baru je pergi check kereta Shawn tadi. Jumpa benda ni. Macam mana benda ni boleh ada dekat bawah kereta Shawn?" soal Zach sambil menunjukkan satu alat seperti alat pengesan bersaiz kecil ditangannya.

Mata Ardell membulat. Bila masa ada alat tu bawah kereta Shawn?!

"Macam mana... benda tu ke ada bawah kereta Shawn? Siapa punya? Jadi benda tu boleh katakan punca asal macam mana kitaorang boleh tiba-tiba kena follow?" soal Ardell terkejut.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now