Bab 1

54.5K 3.3K 246
                                    

Air mata tumpah saat terlihat tunangnya sedang sakan berpelukkan dengan seorang gadis yang dia tidak kenali. Hati tunang mana tak remuk? Kalau ikutkan akal, mahu saja dia pergi berhadapan dengan tunangnya itu tetapi hatinya tidak kuat.

Dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Semakin lama dia melihat aksi tunangnya, semakin sakit hatinya. Dia sangkakan tunangnya itu betul-betul sayangkan dia tetapi dia silap. Semua lelaki tetap sama.

Kaki terus berlari menuju ke tempat parking kereta. Tanpa dia sedari, ada seorang jejaka selisih dengannya membuatkan jejaka itu menoleh ke belakang.

"Erianna?" gumamnya perlahan.

"But why she is crying?"

Jejaka itu tidak terus mengejar langkah gadis tadi. Dia berlalu pergi dengan perasaan tanda tanya. Dan dia amat kenali gadis tersebut.

"Should I told him about her?" soalnya sendiri lalu dia menggelengkan kepalanya. No... jangan buat hal, Yan.

"Ah... lupakan jelah apa aku nampak tadi. Kalau dia tahu, habis aku nanti balik karang."

🔥

Dalam hati, dia tak mahu majlis ini diteruskan. Siapa je sanggup nak teruskan majlis dengan lelaki curang depan mata? Cuba cakap siapa je sanggup? Tapi disebabkan dia mahu jaga air muka keluarganya, terpaksalah dia terima juga dengan hati tidak rela.

"Tolonglah sesiapa... hentikan majlis ni." jeritnya dalam hati. Nak membantah? Dia kenal papanya macam mana. Apa yang papa dia mahukan adalah berkahwin dengan lelaki pilihannya itu.

"Baiklah, kita boleh mulakan majlis sekarang." suara tok kadi mula kedengaran.

Erianna memejamkan matanya. Sungguh hati dia tak nak teruskan majlis perkahwinan ini. Kalau dia boleh lari sekarang, sudah lama dia lakukan.

"Pengantin perempuan sudah bersedia?" soal tok kadi.

"Tidak!" jawapan hati Erianna. Dia hanya menganggukkan kepala menjawab pertanyaan tok kadi.

"Kalau macam tu, mari kita mulakan sekarang." tok kadi mula bersalaman dengan bakal pengantin lelaki.

Adam Dazril.

Erianna menatap wajah lelaki itu penuh rasa kebencian sejak dia ternampak Adam curang depan matanya. Mikayla di sebelah Erianna faham perasaan rakannya itu. Erianna telah ceritakan semuanya pada dia, Alisha dan Arissa. Kalaulah dia ada waktu kejadian, memang pecah dah muka Adam tu. Ni Mikayla Arlyna okay! Juara taekwondo zaman sekolah menengah dulu.

"Babe, kau sure ke nak teruskan?" soal Mikayla secara berbisik.

"Apa aku boleh buat, Kayla? Kau tahukan papa aku nak sangat Adam jadi menantu dia." sedih Erianna membalas.

"Haish! Aku rasa nak sepak je muka jantan tu sekarang ni. Punyalah selamba macam tak ada apa-apa jadi. Tak bersalah langsung!" kata Mikayla penuh rasa geramnya.

Erianna tersenyum hambar. Mikayla memang sejenis gadis agak kasar perangainya tetapi hati dia lembut. Antara mereka berempat, Mikayla paling anti dengan mana-mana lelaki sebab tu sampai sekarang dia tak pernah ada teman lelaki.

"Adam Dazril bin Dazrin Shah."

"Saya."

"Aku nikahkan kau..."

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now