"Tomorrow 9am we'll going back to Malaysia." kata Rayyan mendatar sebelum melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Aryan, Asyraff dan Haikal berpandangan. Aik? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dah nak balik.
"Kau tahu ke, Raff?" soal Aryan.
Asyraff menggelengkan kepalanya. Dia menghembus nafas berat. Sudahlah dia baru saja rancang mahu pergi mengajar anak-anak buah di tempat latihan terpaksa dibatalkan niat. Kenapa suka sangat cakap tak bincang dulu?
"Dahlah. Pergi buat kerja masing-masing. Nanti balik sana kena buat kerja juga tahu merungut macam tak ada hari esok." kata Asyraff seakan memerli seseorang sebelum dia turut melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Aryan merenung tajam pemergian Asyraff. "Bullshit." gumamnya perlahan. Faham Asyraff sedang memerlinya.
Haikal hanya tersengih lalu dia juga melangkah ke arah bilik pejabatnya. Sejak tiada Shawn bersama, dia kurang bermain-main dalam hal kerja kecuali Aryan datang mengganggu. Budak tu memang tak ada life ke? Tahulah adik ceo syarikat besar.
🔥
Shawn berdiri di hujung tangga sambil pandang ke tingkat atas. Rasanya tadi dia perasan Erianna naik ke atas semula lepas sarapan. "You! Ada dekat atas ke?"
Tak lama lepas tu, Erianna berdiri di tepi tangga bahagian atas. Ternyata betullah gadis itu sudah naik.
"Kenapa, Shawn?" soal Erianna.
"Nak ikut I dengan Zach keluar tak? Kitaorang nak pergi office kejap lepas tu keluar cari barang dapur. You ajaklah Mikayla sekali. Dia ada dalam bilikkan?"
Sejak Erianna di minta tinggal bersama Rayyan di rumah tersebut, tidaklah lelaki itu membiarkan hanya Erianna seorang saja di dalam rumah yang dipenuhi lelaki. Dia meminta kawan-kawan Erianna turut tinggal bersama. Tanpa banyak soal Alisha, Mikayla dan Arissa terima.
Erianna sekadar mengangguk. "Okay. Bagi I siap sekejap. You dengan Zach tunggulah dulu dekat bawah." kata Erianna sebelum menuju ke bilik Mikayla berada.
Shawn melangkah ke ruang tamu. Zach sedang duduk di sebuah sofa sambil ralit tangannya memeriksa tiga buah fail yang perlu dihantar semula ke pejabat sebentar lagi.
"Apa pasal kau tiba-tiba rajin hari ni?" soal Shawn lalu mengambil tempat di sofa berhadapan Zach. Ipad di atas meja dicapainya untuk melihat jikalau ada meeting penting yang harus dihadirinya.
"Entah. Dah nak mampus kot." balas Zach selamba.
"Kepala otak kaulah!" Shawn menjeling. Gila ke mamat ni?
Zach hanya senyum. "Bila Ray flight? Katanya esokkan? Kerja dekat sana semua dah settle ke? Siapa ambil diaorang dekat airport esok?" bertubi-tubi Zach melontarkan soalan.
"Haah, esok diaorang balik. Habislah masalah dunia terbesar sampai. Memang 7ft underground dunia aku lepas ni. Ray kata diaorang tengah push siapkan kerja penting dekat sana sebelum flight balik. Nanti biar aku je pergi ambil diaorang, kau duduk rumah jagakan Erianna dengan yang lain." balas Shawn mendatar. Apple pen ditangannya dipusingkan beberapa kali sambil melihat jadual kerja.
"Hidup kau bila je nak normal? Tambah ada si Iyan tu memang innalillah jelah jawabnya. Tu dekat sana pun, belum tentu beruk tu nak buat kerja. Aku confirm punya mesti Haikal jadi mangsa." Zach tersengih pada Shawn. Bukan tak kenal Aryan macam mana. Pemalas tahap apa pun tak tahulah.
"Bilalah dia nak serius dalam hal kerja? Tahulah adik ceo syarikat kalau ye pun tolonglah sikit buat kerja tu. Baik tanam je kalau tak function." amboi belakang Aryan bukan main lagi mengutuk. Cuba depan lelaki tu? Mahu kena celup kepala dalam kolam belakang rumah.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.