Bab 6

36.7K 2.3K 219
                                    

Wow! Ruangan besar bilik gym itu sungguh mengkagumi Erianna. Besar gila! Ni dah macam tempat gym selalu kat luar tu. Agak-agak apa lagi yang ada dalam penthouse Rayyan ni eh?

"Nah, pakai ni." Aryan menghulurkan sepasang sarung tangan pada Erianna. Huluran Aryan disambutnya.

"I nak kena buat apa dengan sarung tangan ni?" soal Erianna. Dia tahu sarung tangan ni digunakan untuk menumbuk punching bag.

Aryan menunjuk ke arah kanan. Terdapat satu punching bag elok tergantung. Hah! Sudahku bilang. Aduh... seram betullah tengok benda tu. Bukan dia tak pernah nampak. Ada je kadang-kadang Edryl dengan Luis bawa dia masuk gym.

"You tahu tak guna punching bag ni?" soal Aryan.

Erianna menggelengkan kepalanya.

"Okay, tengok I buat macam mana. First, you buat macam ni." Aryan menunjuk posisi tangannya sebelum melepaskan tumbukkan pada punching bag.

Bum!

Terkebil-kebil mata Erianna melihat tumbukkan Aryan. Gila! Ni kalau kena tumbuk dengan Aryan memang arwah dibuatnya.

"I nak you pula try tumbuk. You buat je sekuat mana you boleh." kata Aryan lalu berdiri memeluk tubuh di tepi. Menanti gerakkan Erianna.

Erianna cuba meniru gaya Aryan sebentar tadi. Jantungnya berdegup laju. Relax, Erianna... Aryan cuma nak ajar kau. Bukan suruh ajak pergi bergaduh.

Bum!

"Pfftt..."

Kedengaran tawa Aryan dari belakang. Sakan dia mengetawakan Erianna selepas melihat gadis itu melepaskan tumbukkan pada punching bag tersebut. Ni kalau yang lain nampak, semua ketawa punyalah!

Erianna menunduk malu. Dah kata! Dia tak reti semua ni.

"You... hahahahaha... tu kalau you nak lawan orang hahahaha silap-silap diaorang ketawakan you dulu tahu." kata Aryan masih dengan sisa tawanya.

"Ishh! I dah cakap I tak pernah main benda ni."

"Hahahaha sumpah kelakar. You tumbuk tu hahahaha macam tumbuk angin. Haih... Rian... hahaha patutnya you kena buat macam ni."

Bum! Bum! Bum!

Dua kali tumbukkan dan sekali tendangan dari Aryan. Erianna kagum. Lagi pun padan jugalah dengan tubuh badan Aryan jenis fit.

"You memang selalu main gym ke?" soal Erianna.

"Sometimes. Depends jugalah kalau I ada masa, I workout kejap. But lately ni I tak ada masa sangat nak masuk gym. Kenapa you tanya?"

"Nothing, just asking. You... memang kaki gym ke? I mean tengok cara you macam dah biasa dengan semua ni."

Aryan senyum ke arah Erianna. "Well, lelaki haha biasalah workout tu kira hobby. I belajar semua ni dari umur 15 tahun lagi. That's why you nampak I macam dah biasa. I train diri I dulu, setiap hari sakit tangan kaki badan and then lama-lama dah lali sakit semua tu. Work hard is important. Kalau nak jadi kuat, mental pun kena kuat juga hadap apa yang dibelajar."

"Wow... so maknanya yang lain pun sama? Kalau ikutkan antara korang semua, siapa lagi kuat?"

"Of course, Ray. He know many types of martial arts. Bila kitaorang ada masa terluang berlatih sama-sama, memang takutlah sikit nak challenge dengan Ray haha. Tapi biasanya Ray jarang join sebab yelah busy kerja 24 hours. Workaholic person. Kalau Ray tak ada dengan kitaorang, Asyraff jadi pengganti."

"Asyraff jadi pengganti Ray? Habis antara you dengan Asyraff, who's win?"

Aryan menjungkitkan keningnya beberapa kali. "Mestilah I. Haha tapi I jenis main-main sikit tak macam Asyraff jenis strict macam Ray. Sebab tu Ray lagi percaya Asyraff so that's why Ray chose him."

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now