Nadia berlari setempat selepas menghabiskan lariannya sebanyak tiga pusingan di padang. Peluh yang meleleh di dahi dikesat. Kelihatan Ilyas berlari ke arahnya.
"Woi kenapa kau lari cepat sangat hah... hurgh penat weh!" kata Ilyas dengan tercungap-cungap.
"Kau ni lembik ah. Alah aku ni mesti lah kena laju. Nak lawan kau kan waktu merentas desa hujung bulan nih," kata Nadia dengan lembut.
"Ala kau mesti menang la. Kau tu kan atlet kebanggaan sekolah kita. Siapa tak kenal Nadia Emelda. Sekolah lain takut tau nak lawan kau. Dah la kau ni cantik, atlet, bijak... hm untunglah sapa suami kau nanti. Perfect!" puji Ilyas.
Ilyas merupakan rakan karib Nadia dari sekolah rendah lagi. Mereka selalu bersama-sama. Mereka berdua ialah atlet kebanggaan Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling Jaya.
Ilyas sudah menyimpan perasaan cinta kepada Nadia cuma dia belum meluahkan. Ilyas menjadi kegilaan ramai di sekolah itu kerana dia merupakan atlet yang berjaya mengharumkan nama sekolah di samping rupa parasnya yang kacak.
"Hahaha thank you! Kau la bestfriend forever aku!" Nadia berkata dengan riang!
Ya, itulah sebabnya Ilyas tidak meluahkan perasaannya kepada Nadia. Nadia hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat.
"Weh Nadia! Pengetua panggil kau tuh!" jerit Rabiatul, rakan sekelasnya.
"Kenapa pengetua pangil aku?" tanya Nadia.
"Entahlah kau pergi la jumpa. Maybe ada benda penting nak beritahu kau," jawab Rabiatul lalu segera berlari ke arah padang untuk teruskan larian.
"Hm okaylah thank you weh!" jerit Nadia.
Rabiatul hanya mengangkat jari menandakan okey!
"Hm okeylah weh. Aku pergi bilik pengetua dulu eh... bye!" kata Nadia lalu segera menapak ke blok A yang menempatkan bilik pengetua.
"Okey! Jumpa waktu rehat!" jerit Ilyas.
Selepas tiba di pejabat pengetua, Nadia mengetuk pintu lalu memberi salam.
"Assalamualaikum,"
Nadia melihat nama yang tertera di hadapan pintu itu. Ini merupakan bilik Puan Haliza, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling Jaya.
"Waalaikumussalam. Ya Nadia... masuk," jawab Puan Haliza.
Nadia segera masuk dan berdiri di sebelah kerusi.
"Boleh saya duduk cikgu?" tanya Nadia dengan sopan.
"Duduklah." Cikgu Haliza memberi kebenaran untuk Nadia duduk.
'Sungguh sopan Nadia ini. Betulkah aku ingin melepaskannya? Ah aku mesti untuk kebahagiaan dan kesenangan dia', desis Cikgu Haliza dalam hati.
"Ada apa cikgu panggil saya? Pentingkah?" tanya Nadia dengan sopan.
"Ya Nadia. Penting! Begini kamu mendapat tawaran untuk ke sekolah baru," tutur Cikgu Haliza dengan perlahan.
"Apa? Sekolah baru? Erm taknak lah cikgu. Saya nak tinggal di sekolah ini," jawab Nadia dengan perlahan.
"Ini masa depan kamu Nadia. Sekolah ini akan memberi tawaran biasiswa kepada kamu. Kehidupan di sekolah sana lebih baik," kata Cikgu Haliza.
Nadia menundukkan kepala ke bawah.
"Saya dah telefon ibu bapa kamu dan mereka telah bersetuju. Sekolah itu menawarkan kamu tawaran yang sangat berharga. Masa depan kamu akan lebih cerah. Yuran tidak perlu dibayar dan ditanggung sepenuhnyaa oleh pihak sekolah di sana." Cikgu Haliza menyambung percakapannya.
Nadia menahan air matanya yang hampir jatuh.
"Mereka akan berasa kecewa jika kamu menolaknya. Untuk pengetahuan kamu sekolah ini berprestij tinggi dan sangat terkenal. Ramai orang yang berlumba-lumba untuk memasuki sekolah tersebut. Namun sekolah tersebut sekolah swasta. Yurannya sangat mahal. Hanya orang bangsawan yang mampu membayarnya. Awak bertuah kerana awak adalah orang pertama yang ditawarkan peluang baik ini. Nadia... Cikgu tahu awak sangat berkebolehan... awak menjadi kebanggaan sekolah ini. Cikgu berat hati nak lepaskan kamu namun masa depan kamu akan lebih cerah! peluang yang ada jangan biarkan... rezeki jangan ditolak." Cikgu Haliza memberi nasihat dengan perlahan.
"Tapi saya sayang sekolah ni... saya akan rindu kawan-kawan saya... saya sayang cikgu-cikgu di sini. Please cikgu! Saya nak bersekolah di sini! Saya janji saya akan belajar lebih berusaha lagi!" kata Nadia perlahan. Sebak!
"Awak tak boleh sia-siakan peluang ini. Awak boleh melawat sekolah ini dan rakan-rakan bila-bila masa sahaja... tetapi masa depan awak... awak tak boleh lawat! Pergila nak! Mak ayah awak dah izinkan. Esok awak akan bertolak ke sekolah sana. Esok juga kita akan buat majlis perpisahan awak," ujar Cikgu Haliza muktamad!
"Baik cikgu... Boleh saya tahu sesuatu?" tanya Nadia pasrah.
"Boleh... silakan," jawab Cikgu Haliza.
" Apa nama sekolah tu?" tanya Nadia.
"Oh saya lupa beritahu! Awak akan bersekolah di 'Highschool Star'. Sekolah swasta pertama di Malaysia," jawab Cikgu Haliza.
"Okay terima kasih cikgu," kata Nadia lalu bergerak ke kantin kerana loceng rehat telah berbunyi.
'Sama-sama' desis Cikgu Haliza dalam hati sambil melihat Nadia berjalan dengan langkah yang perlahan. Cikgu pasti awak akan lebih bersinar di sana. Dan awak akan lebih berbahagia. Keselamatan awak di sana akan lebih terjamin!
Kring... kring
"Hello"
........
"Ya dah settle tuan. Dia dah bersetuju! Esok tuan boleh datang ambil."
........
"Sama-sama tuan. Menjadi tugas saya sebagai ketua di sekolah ini"
.......
Insyaallah Nadia awak akan menjadi lebih tabah di masa akan datang!
Nadia berjalan dengan perlahan menuju ke kantin. Ilyas yang sememangnya berada di kantin melambai-lambai tangan kepada nya. Nadia lantas bergerak menuju ke Ilyas.
"Kenapa duh muka kau ni! Dah tak cantik dah. Masam saja... apa yang berlaku nih? Cerita la kat aku Nad"
"Aku... erm... aku kena"
"Kena apa? Bagitahu la cepat!"gesa Ilyas.
"Aku dapat tawaran tukar sekolah ke Highschool Star. Tadi pengetua beri surat dah. Esok ada majlis perpisahan aku. Hm. Sedih weh kena tinggal kau. Kau la sahabat aku dunia akhirat," ujar Nadia dengan nada sedih.
"Hm ye ke. Takpa la kau pergi lah. Mesti mak ayah kau izinkan. Lagipun bukan senang nak masuk ke sekolah tu. Alah kita boleh chatting dalam whatsApp lah! Kau nih... kita kan dalam era globalisasi! Hehe!" pujuk Ilyas. Namun di dalam hatinya mendoakan supaya Nadia tidak pergi! Sakit weh bila crush kau pindah!
"Hm thanks weyh. Balik nanti aku bincang dengan mak ayah aku. Terima kasih Ilyas sebab kau selama ni jadi kawan aku. Aku takkan lupakan kau! Kaulah kawan aku sehidup semati! Hehe," kata Nadia dengan senyuman.
"Pergilah kau sehidup semati! Ah jiwangnya kawan aku! Haha sudah la... jom makan. Aku belanja! Kau nak makan apa harini? Nasi ayam? Tomyam? Bihun sup? Mi sup? Maggie goreng? Meh aku belanja!"
"Erm aku nak roti je la," jawab Nadia.
"Kau ni kan! Penat aku beritahu kau menu macam-macam! Kau pilih roti je! Haih ye la... aku pergi beli. Kau nak coklat kan? Jap eh," kata Ilyas kemudian pergi ke kaunter untuk membeli roti.
"Hm thanks Ilyas! Kau la kawan aku," kata Nadia perlahan! Hm
Okay guys!! Cerita cinta pertama saya!! Support okay! Vote please!
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...