Aina mengandung?❤

3.6K 195 27
                                    

Nadia bangun awal untuk memasak. Dikerling sebelah menampakkan Adam sedang tidur bersebelahannya. Nadia tersenyum. Akhirnya dia bahagia. Selesai mandi, Nadia turun ke dapur. Adam yang sudah bangun terkejut apabila isterinya tiada di sebelahnya. Terus dia turun mencari Nadia.

"Awak..sini rupanya" Kata Adam melepaskan lega

"Ye..sorrylah tak kejutkan awak..nampak awak lena..taknak ganggu..awak pergi mandi dulu lepastu gerakkan Aina. Kita makan" Kata Nadia

"Tapi..kan orang mengandung tak boleh buat kerja berat. Tunggu kejap..saya gerakkan Aina suruh dia masak" Kata Adam prihatin

"Takpa..saya dah nak siap ni..dah pergi mandi dan turun makan okay? Jangan lupa gerakkan Aina sekali" Kata Nadia sambil tersenyum. Tidak sabar dia ingin memberi tahu Alya dan lain-lain tentang perkembangan Adam.

"Baby...bangun lah..Nadia dah siap masak" Kata Adam menggerakkan Aina

"Hm..mana sayang tidur semalam? " Tanya Aina

"Oh sayang tidur dalam bilik Nadia..kesian dia..mengandung..takut dia nakkan sesuatu nanti" Jawab Adam

"Ish! Habis awak nak tinggalkan saya macam tu je? Ingat saya ni patung? Tak dak perasaan?" Jerit Aina

"Baby..sekarang saya ada dua isteri..maka saya kena adil..faham?" Kata Adam

"Eleh adil konon...habis tu dulu tu? Adil ke" Perli Aina

"Dah la..jom turun makan" Kata Adam

Sebaik sahaja Adam turun ke bawah,Aina mengamuk. Sampai hati Nadia rampas balik suami dia! Dia akan pastikan Adam membencinya balik dan akan ceraikan perempuan tu! Dia segera bersiap untuk menuju ke rumah Haziq dengan segera. Stress! Selesai bersiap,Aina turun ke bawah. Dilihat Adam sedang berborak gembira dengan Nadia. Hampeh!

"Aina..jom la makan.." Ajak Nadia

"Taknak..aku nak keluar ni..sediakan kasut aku" Jerit Aina

"Baby..Nadia kan mengandung..mana  boleh buat kerja dah..buatlah sendiri..bukan takdak tangan" Kata Adam sambil menjamah nasi lemak buatan Nadia. Sedap!

"Ish" Jerit Aina sebelum menghempaskan pintu dengan sekuat hati. Aina terus memandu kereta membelah jalan raya. Sebaik tiba di rumah Haziq, dia terus duduk dan mengambil sebotol arak. Diteguknya sehingga habis. Dia mabuk seketika. Haziq yang baru selesai mandi terkejut apabila mendapati Aina mabuk di ruang tamu. Hmmm habuannya pagi ini. Haziq terus mendukung Aina ke bilik tidurnya dan membuka semua pakaian Aina. Aina yang tidak sedar terus diperlakukan oleh Haziq.

Skip

Sudah sebulan lebih menandakan usia kandungan Nadia mencecah 2 bulan setengah. Mereka sekarang lebih berbahagia. Panggilan pun sudah bertukar.

"Abang..mari makan" Ajak Nadia

"Ye sayang..kejap..abang nak habiskn kerja sikit" Kata Adam. Sekarang Adam sudah mula bekerja dengan ayahnya. Adam memegang jawatan CEO syarikat TAF sempena namanya Tengku Adam Firash. Aina pula sekarang sibuk dalam dunia permodelan sehingga selalu pulang lewat. Sudah dimarahinya Adam namun biarlah. Janji sekarang dia kena fokus dengan Nadia kerana dia sedang mengandung kan anaknya.

Aina yang baru selesai shooting berasa mual. Terus pergi ke tandas dan memuntahkan segala isi. Entah kenapa badannya naik seminggu dua ini. Hairan namun biar kan je la. Namun saat itu dia merasa sakit kepala..terus dihubungi kawan baiknya..Alia dan Maya. Mereka membawa Aina ke hospital swasta.

"Ahli keluarga Engku Aina Safia Binti Tan Sri Engku Haqiem?" Tanya jururawat hospital itu

"Kami" Kata Alia dan Maya

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now