" ULAR!" jerit Adam.
" Warghhhhhhhhhh" jerit Nadia pula. Nadia memejam mata akibat kegelian.
"HAHAHAHAHAHA kau ni! Tu rumput je la" kata Adam menghabiskan sisa ketawanya. Ketawa sampai menangis adeh.
Nadia membuka mata perlahan-lahan. Dilihat di tangannya ada rumput kering. Nadia membuang rumput itu lalu bangun untuk menampar Adam. Nadia menampar lengan sebelah kanan Adam. Tindakan itu ialah spontan!
Adam tidak merasa apa-apa. Tangan itu kecil seperti bayi. Rasa seperti di gigit semut. Haha...tapi bila difikirkan kembali...Nadia merupakan wanita pertama yang berani menampar nya!
Nadia yang terdiam tadi direnung. Pelik...kenapa dia diam?
"Hey...kau okey?" tanya Adam.
"Eem...saya minta maaf sebab pukul awak...say...saya tak sengaja...maaf !" kata Nadia perlahan. Takut untuk memandang mata Adam.
"Ala takpe" kata Adam cuba menghilangkan rasa janggal antara mereka berdua.
"Hm thank you. Erm boleh saya tanya awak something?" tanya Nadia.
"Kenapa? Tanyalah" balas Adam.
"Aina tu girlfriend awak ka? Kalau betul dia girlfriend awak...kenapa awak layan dia macam awak tak kenal dia?" tanya Nadia seperti seorang detektif muda.
"Just my ex" kata Adam perlahan.
"Wow! Ex? Serius ah!" ujar Nadia tidak percaya.
"Yer...dulu la waktu aku form 2. Kami couple 2 tahun. Then putus. Setahun juga la aku nak move on tapi tak boleh." terang Adam sambil mengeluh kasar.
"Kenapa korang putus?" tanya Nadia perlahan tidak mahu menganggu emosi Adam.
"Hm dia curang" kata Adam ringkas.
"Oh...sorry...tapi kenapa sekarang dia cari awak balik?" tanya Nadia pelik.
" Dulu waktu aku form 1- form 2 aku ni tak kaya seperti sekarang. Ada perniagaan kecil je. Aku memang cintakan dia sangat-sangat. Tapi dia curang! Waktu form 4, perniagaan mak ayah aku meningkat and aku jadi kaya...so dia nak getback balik...tapi aku cuba nak move on! Aku nak lupakan dia. Saat tu aku dah takut nak bercinta lagi. Sebab tu aku dingin dengan korang." terang Adam sambil tersenyum hambar.
"Oh...tak sangka dia macam tu" komen Nadia.
" Kau pula?" tanya Adam ingin tahu perihal Nadia
"Kenapa saya ?" tanya Nadia semula.
"Kau macam mana? Pernah bercinta?" tanya Adam semula.
"Oh... saya tak pernah couple." kata Nadia jujur.
"Serius ah! Kau canti-" Adam terdiam. Alamak terlepas!
"Erm...dah la...stop tanya pasal percintaan ni" Nadia menyuruh Adam untuk berhenti. Ya la ! Dia dah hampir cair sebab Adam ni puji dia cantik! Ohhh! Stop jadi gedik NADIA ! BEHAVE! Nadia mengambil nafas lalu menghembus perlahan.
" Erm okay" tutur Adam lalu mendiamkan diri. Ya Allah! Malunya! Apa kau kata Adam!
" Kita berlatih sama-sama eh nanti. Kita bantu saling membantu apa yang kurang. Awak tegur saya kalau saya buat silap dan saya tegur awak kalau awak buat silap" pinta Nadia jika dia tersalah langkah.
"Erm okay...boleh je...tapi kau kena tahan la sikap aku" kata Adam tersengih.
" Kita bantu sama-sama naikkan nama sekolah dan kurangkan masalah disiplin dengan cara BAIK." kata Nadia menekankan perkataan baik.
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...