Sahabat❤

3.2K 190 15
                                    

Adam bangun awal kerana hari itu mereka akan mula bersekolah. Dilihat ayahnya sudah berada di meja makan.

"Ha Ash, jom makan. Mana Nadia?" Tanya Tengku Airil. Tidak nampak pula harini menantunya

"Tidur lagi." Jawab Adam sepatah

"Tidur lewat ka semalam?" Tanya Tengku Airil.

"Ha..ah" Kata Adam ragu-ragu. Takkan dia nak kata kawan tu sejuk kot? Tadi bila dia bangun, badan Nadia menggeletar dek sejuk. Namun tidak timbul perasaan kesian mahupun bersalah.

"M..maaf ayah..awak..s..saya tertidur..hurgh" Kata Nadia

"Takpa. Mari makan. Kenapa muka Nadia macam pucat ja? Demam ka?" Tanya Tengku Airil

"Eh tak..okay ja" Kata Nadia. Dia tidak mahu memberitahu hal semalam kerana dia sayangkan Adam dan tidak mahu Adam dipersalahkan.

Di dalam kereta Nadia hanya senyap manakala Adam sedang bercakap telefon dengan hm kekasihnya. Sapa lagi? Aina lah.

"Ye baby..sekejap lagi sayang dah nak sampai" Kata Adam

"Ala hm harini driver baby cuti lah. So baby naik grab ja la harini..maybe lewat la sampai" Kata Aina

"Lah kenapa tak cakap awal-awal. Takpa sekarang sayang pergi ambil baby okay" Kata Adam. Adam terus membelok ke arah taman Aina. Tidak sampai 10 minit mereka tiba. Sampai sahaja di situ, Aina keluar dari rumah.

"Ha yang kau tunggu apa lagi? Duduk belakang lah. Ada hati nak duduk depan dengan aku. Ingat aku kuli kau?" Arah Adam

Nadia tersentap. Dia terus membuka pintu lalu duduk di belakang. Aina pula masuk ke dalam kereta tanpa menutup pintu kereta

"Eh U tak reti nak tutup pintu kat I ka? Hello" Kata Aina kegedikan

"Awak..tutup la.." Kata Nadia. Kenapa dia perlu tutup pula. Benda tu senang ja pun. Bukan kena masak ka apa..tutup ja pun.

"Sayang tengok tu..hm" Kata Aina merajuk

"Woi perempuan. Kau dengar tak? Pergilah tutup pintu" Marah Adam

Nadia terdiam dan menghembuskan nafas. Sabar Nadia. Itu arahan suami kau. Buat ja lah. Nadia keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta di depan. Saat dia ingin membuka pintu kereta belakang,Adam terus memecut kereta.

"Padan muka kau..puas hati aku hahahaha" Gelak Adam

Aina turut ketawa.

"Bijak la sayang nih. Padan muka dia. Tak sedar diri la tu" Kata Aina

Nadia tergamam. Allah. Sanggup Adam melakukan semua ini. Sanggup dia tinggalkan dia keseorangan. Nampaknya dia kena berjalan ke sekolahlah. Dalam 3 Km ja. Hm. Nadia berjalan perlahan-lahan sambil menitiskan air mata. Sudah la dia tidak berapa sihat. Ya dia selsema pagi tadi kerana terlalu sejuk. Terketar-ketar badannya. Sungguh dia tidak larat namun digagahnya juga. Dalam perjalanan ke sekolah, sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Tingkap kereta dibuka dan terserlah la Ilyas.

"Nadia..jom masuk" Kata Ilyas ingin membantu

Nadia terus memasuki kereta Ilyas. Mereka bergerak ke sekolah sejurus itu

"Mana Adam?" Muncul soalan tu dari mulut Ilyas

"Di..dia ada kerja..ha sebab tu di..dia gerak dulu..tadi Tengku Airil keluar so aku pula bateri telefon habis so jalan ja la" Kata Nadia mencipta alasan

"Nadia..kau tak payah tipu aku lah. Aku tak bodoh. Kau ingat aku tak tahu? Ni kawasan perjiranan Aina dan kenapa kau berada di sini? Adam tinggalkan kau kan? Suami apa tu?" Kata Ilyas.

"Hm sokay la Ilyas. Dia nampak aku salah..aku nak buat apa lagi kan? Apa yang aku buat semua salah dan apa yang dia buat betul. Aku sekarang dah jadi isteri dia..so aku kena ikut arahan dia. Aku tak boleh buat apa pun" Kata Nadia menangis teresak-esak

Ilyas kasihan. Ya Allah bantulah hambamu ini.

Sampai sahaja di sekolah,Nadia turun dari kereta Ilyas dan masuk ke perkarangan sekolah. Di pagar kelihatan pasangan sejoli bergelak ketawa.

Adam ketawa dengan jenaka Aina. Namun dia terpandang susuk tubuh yang dikenalinya. Ya..Nadia..dia keluar dari kereta Ilyas? Sh*t. Perempuan ni memang cari nahas

"Hey perempuan. Datang sini. Kenapa kau naik dengan Ilyas? Apa Ilyas beli tubuh kau?" Tanya Adam sarkastik

Nadia menangis lagi. Suaminya kata begitu? Ramai pelajar berkerumunan sekarang. Ilyas yang mendengar perkara itu terus meluru ke Adam dan menumbuknya di pipi. Adam tidak tunggu lama terus menumbuk pipi Ilyas. Nadia memberhentikan pergaduhan itu.

"Sudah lah. Jangan gaduh. Ilyas..pergilah" Rayu Nadia. Ilyas menghembuskan nafas besar lalu bergerak pergi dari situ. Sungguh dia panas dengan Adam. Tergamak dia kata begitu!

"Hey perempuan" Kata Adam sambil mengenggam rambut Nadia dengan kuat

"Kau dengar sini..kau tu pelacur! PELACUR! so kau layak dekat tapak kaki aku ja! Sekarang kau tengok apa yang terjadi! Sebab kau! Aku dengan Ilyas bergaduh! Sebab kauu kami bertumbuk! Kau sedar tak kau tu bodoh! Kau tu aie! Kenapa kau perangkap aku eh? Heh!" Marah Adam

"S..sa.skit..tsk..tsk..ma..maaf" Kata Nadia teresak-esak. Orang ramai hanya mampu melihat. Mereka tidak mampu melawan amarah Adam. Aina pula tersenyum puas apabila melihat Nadia diperlakukan begitu.

"Berhenti! Ya Allah Nadiaaa" Jerit Cikgu Rose.

Adam terus berhenti dari mencengkam rambut Nadia. Terus dia blah dari situ dengan Aina. Pelajar yang lain terus berlari masuk ke kelas masing-masing. Cikgu Rose segera memeluk Nadia

"Sabar ya Nadia. Kenapa Adam buat begitu? Allah" Kata Cikgu Rose.

Nadia menangis teresak-esak di dalam pelukan Cikgu Rose. Nadia berehat sebentar lalu bergerak masuk ke kelas seperti biasa. Waktu rehat, Nadia bergerak ke kantin. Di kantin, para pelajar memandang sinis kepada Nadia

"Tu la perempuan pelacur tu"

"Harap muka cantik tapi hati busuk"

"Uii..malam ni jom..aku bagi rm50 semalam hahahaha"

Itulah kata-kata yang dilemparkan oleh para pelajar. Sedang Nadia menangis dia terlanggar seseorang

"Ma..maaf" Kata Nadia. Dia melihat gerangan itu dan itu kekasih suaminya. Aina. Bihun goreng jatuh di atas kasut Aina. Aina terus mencebik lalu memberitahu kepada Adam.Amarah Adam makin membuak-buak.

"Setan kau! Kau memang kan? Ada mata letak dekat lutut! Bodoh!" Jerkah Adam

"Ma.maaf.. Saya akan bersihkan kasut awak" Kata Nadia lalu tunduk mengambil kain yang sering dibawanya dan mengelap kasut Aina. Dibuang sisa bihun dan lap. Kasut itu seperti awal. Bersih.

"Kau ingat bersih dah ka? Melutut! Jilat kasut dia! Sekarang!" Jerkah Adam. Nadia tergamam. Dia dimalukan di khalayak ramai dan dipaksa me..menjilat kasut Aina.

"JILAT!" marah Adam

Nadia perlahan menunduk dan mengeluarkan lidah namun Alya sempat menahannya

"Stop Nadia! Jangan ikut sangat arahan laki kau ni! Kalau dia suruh kau bunuh diri..kau nak buat juga la? Dah lah jom ikut aku" Kata Alya. Dibelakang Alya ialah Sofea dan Atiffa. Mereka turut kasihan dengan nasib Nadia. Dan Alya telah menceritakan kisah yang berlaku di bilik Nadia saat Nadia berdoa dan mereka berjanji untuk menyiasatnya.

"Nadia..aku minta maaf..kita kawan eh?" Kata Sofea

"Aku pun. Kitakan sahabat" Kata Atiffa

"Wau..korang nak sokong pelacur ni ka? Wahh" Kata Aina

"Shut up Aina" Kata Alya

Mereka berempat terus bergerak ke taman sekolah. Dibiarkan Adam dan Aina di sana. Mereka ingin dengar penjelasan dari mulut Nadia sendiri!

🌸🌸🌸
Jangan lupa vote⭐⭐⭐ sorry lama menghilang 😴

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now