Nadia membuka mata perlahan-lahan. Dilihatnya kipas yang berpusing-pusing. Apa yang berlaku ni? Nadia mengurut kepalanya. Terasa sakit. Nadia cuba untuk bangun namun gagal kerana kepalanya begitu sakit.
"Eh kau dah bangun? Sorry aku tak perasan." kata Sofea.
"Aku dekat mana ni?" tanya Nadia lemah.
"Oh kau dekat bilik rehat atau bilik sakit. Tadi kau pengsan so kami bawa la kau dekat sini" jawab Sofea prihatin.
"Erm thank you" ujar Nadia.
"Yer sama-sama...so kau dah okay? Jom kita pergi ke bilik kita. Kalau kau nak tahu kita berempat tinggal sebilik! Alya dan Atiffa tengah siapkan tempat tidur kau! Almaklumlah bilik tu ada kami 3 je so faham-faham je la...semak itu biasa...hehe" kata Sofea sambil tersengih.
"Oh ye ke...korang pon tinggal di sini?" tanya Nadia.
" Yer...rumah aku jauh...Rumah Alya pon...Atiffa tu saja je nak hidup berdikari dia kata," ujar Sofea.
Nadia hanya mengangguk.
"Jom la kita pergi...btw kau jangan risau lelaki tu dengan perempuan tu tak tinggal di sini" tutur Sofea. Barangkali gusar Nadia trauma.
"Oh erm...okay" kata Nadia.
Sofea memapah Nadia perlahan-lahan ke bilik mereka. Di blok A, B, C, D dan E ada kelas, makmal, bilik guru dan pejabat serta dewan dan tapak perhimpunan. Blok F pula ialah Aspuri dan Blok G ialah Aspura. Bilik rehat di Blok E. So dekat je.
Sampai saja di dorm mereka...Sofea mengetuk pintu lalu memberi salam.
"Waalaikumusalam, ha dah datang! Meh masuk, buat macam rumah sendiri, hahaha" seloroh Alya.
Nadia meletakkan kasut di rak kasut yang disediakan dan masuk ke dorm mereka. Sekali lagi Nadia tergamam. Ya Allah...ini bilik ke hotel! Semua lengkap! Dapur, TV, Sofa...peh ini rumah ke bilik... Memang sekolah kaya.
"Yang kau tercegat dah kenapa? Jom la aku tunjuk bilik kau" kata Atiffa mematikan lamunan Nadia.
Oh ya mereka dah tukar panggilan saya-awak kepada aku-kau kerana mereka kata panggilan saya-awak terlalu sopan dan itu bukanla sikap mereka. Nadia hanya mengiyakan bahawa mereka agak 'ganas'. Tengok sudah la kejadian Alya menampar Aina tu. Oh ya...Sofea dah cerita semua kejadian yang berlaku hari ini. Nadia agak terkejut apabila diberitahu Alya telah menampar perempuan yang tiada insurans tu. Main lepas je cakap.
"Welcome to Nadia' s ROOM." ucap Alya...acah-acah upacara perasmian.
"Wau cantiknya." Nadia tergamam sekali lagi, sungguh cantik! Dindingnya dicat berwarna biru laut dan cadar katil pon berwarna biru. Itu memang warna kegemaran dia!
"Macam mana korang tahu warna biru warna fa-" Kata-katanya di pintas oleh Sofea.
"Warna favourite kau? Haha dah agak...well ini Sofea! Segala maklumat kau aku tahu la...well aku ni bahagian maklumat pelajar. Hehe...sorry tertengok!" kata Sofea tersengih.
"Oh wau...thank you guys! Siap ada lampu kelip-kelip lagi. Hehe...okay la aku nak mandi dulu...nanti kita borak eh!" kata Nadia.
"Okay." kata mereka serentak. Amboi sehati sejiwa sungguh!
Nadia terus menyalin pakaian dan mandi. Selepas membersihkan badan Nadia hanya memakai T-Shirt dan bertrack suit. Nadia keluar dari bilik lalu bergerak ke ruang tamu. Kelihatan yang lain sedang menonton cerita seram. Macam mana tahu? Ha si Alya tu menjerit-jerit macam hantu itu akan keluar dari tv. Harapkan kasar ja depan orang tapi penakut juga!
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...