"Woi mengelamun apa? Ingat rumah buruk kau ke?" tanya Aina sambil menyilang tangan. Angkuh dan berlagak!
Nadia terkejut dengan suara yang nyaring itu.
"Erm takdak apa-apa" jawab Nadia sambil tersenyum.
"Sedihnya kau ni. Memang layak la as anak nelayan. Ada hati nak masuk sekolah kaya. Mesti kau jual tubuh badan kau kemudian guna duit tu masuk sekolah ni kan? Dah la miskin...keji pula tu. Perempuan murahan!" sinis Aina tidak sedar telah melukai hati seorang gadis.
Nadia tergamam dengan kata-kata Aina. Sungguh biadab percakapannya. Kata-kata itu mengguris hatinya. Nadia cuba bersikap tenang.
"Hey kau dengar tak perempuan murahan? Ke kau pekak sangat? Oh betullah orang kata diam tanda setuju. Jadi kau setuju la. Oh perempuan murahan!" kata Aina lagi.
Sofea dan yang lain tidak dapat menahan kemarahan mereka. Melampau betul si Aina! Tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana Adam telah mengarahkan seseorang untuk memerhatikan mereka. Pasti lebih teruk jika mereka melanggar denda yang diberikan. Namun rakannya sedang dicaci! Ah serabut! Maaf Nadia!
"Untuk pengetahuan Engku Aina yang MULIA dan SUCI, bukankah dalam islam kata ' memfitnah itu lebih teruk dari membunuh'. Walaupun saya ni tak berhijab saya jaga mulut saya. Pepatah Melayu pon kata 'Kerana mulut badan binasa'. Awak tak belajar agama ka? Jatuh fitnah tu," bidas Nadia cuba melawan.
Aina terdiam. Sentap! Makan dalam!
Namun egonya tinggi. Belum sempat Aina ingin membalas, percakapannya dipintas."Kenapa diam? Orang kata diam tanda setuju?" ujar Nadia kembali mengajuk ayat yang diberikan oleh Aina.
"Kurang ajar! Kau memang nak kena eh." Aina terus mengambil botol yang berisi air sirapnya lalu mencurahkan ke baju Nadia. Habis baju Nadia lencun dan berwarna merah.
Nadia terkaku. Erm dah la aku ada dua helai je! Mesti tak sempat nak basuh!
Rakan kelas yang lain hanya melihat. Tiada siapa berani melawan Aina. Dia merupakan orang kedua yang digeruni di sekolah itu kerana sikapnya yang suka membuli. Pernah dia membuli seorang pelajar junior sehingga pelajar junior itu mengalami depresi namun Aina tidak didenda kerana dengan bantuan ayah dan emaknya yang berpengaruh.
"Apa yang kecoh ni?" tanya Adam. Dia terkejut apabila kelas yang ditinggalkan sebentar tadi huru hara. Dia keluar sebentar untuk ke tandas namun apa yang berlaku di dalam kelas hanya sekelip mata!
"You tengok ni! Perempuan tak guna ni dia hampir nak tuang air sirap I dekat I tapi I sempat elak kemudian kena baju dia sendiri. Kemudian dia kata I ni perempuan murahan. I hampir menangis tahu tak! I ada hati dan perasaan. I ada maruah! " Aina mengeluarkan air mata palsu untuk menutup kesalahannya.
"Tak dia tip-" Kata-kata Nadia dipintas sekali lagi.
"Kau ni kan...memang bodoh tahu tak? Kau sebelum nak kata dekat orang please la cermin diri kau dulu. Kau ni memang PEREMPUAN MURAHAN...kau tak perlu fitnah orang sangat! Memang padan muka kau baju kau basah. Aku pon pelik sebab kau ni bukan anak bangsawan tapi bagaimana kau boleh masuk? Aku rasa kau goda pihak atasan kan? Sah bodoh! Dah la bodoh! Murah pula tu! We aku nak 'rasa' sikit boleh? Ala kau pon bukan ada dara kan?" sinis Adam. Pelajar lain hanya tergamam dengan apa yang dituturkan oleh Adam. Sememangnya Adam seorang yang mulut lancang.
Nadia sudah tidak tahan! Dia menangis. Kata-kata Adam ibarat menghiris hatinya. Hatinya di siat-siat! Sakit sungguh.
Sofea, Alya dan Atiffa terkejut dengan apa yang Adam tuturkan. Begitu juga dengan Aiman dan Awie. Itu Adam ke? Takkan dia bodoh sangat dengan lakonan Aina.
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...