Keesokan harinya, Nadia pergi ke sekolah berseorangan. Alya, Sofea dan Atiffa pulang ke rumah mereka kerana mak ayah mereka risau akan mereka. Pengetua juga sudah menyiasat hal ini. Semua pelajar agak risau kerana mungkin mereka akan datang lagi namun pengetua menegaskan yang sistem keselamatan sudah diperketatkan dan hal ini tidak akan berlaku lagi.
Nadia pula agak murung selepas kejadian itu. Dia takut sekiranya gambar dan video itu tersebar.
"Morning sayang" kata Adam tersenyum manis.
"Mo...morning" balas Nadia lalu segera melarikan diri daripada Adam.
"Hey...sayang...why?" kata Adam risau.
Saat ini air mata Nadia keluar bercucuran. Tak sanggup ya Allah nak hadapi semua dugaan ini. Sesungguhnya aku benar-benar mencintai Adam ya Allah.
"Nah" kata seseorang menghulurkan tisu.
Nadia menoleh ke arah suara itu. Ilyas. Ya Allah Ilyas!
"Thanks" kata Nadia.
"Sama-sama. Kau okay? Kenapa aku rasa macam kau lain ja?" tanya Ilyas curiga.
"Nothing. Aku cuma erm rindukan mak ayah aku. Tambahan lagi aku takut dengan kejadian hari itu" kata Nadia tipu.
"Hm dah...esok kan cuti seminggu. Balik la kampung. Lawat mak ayah kau. And tentang kejadian tu kau tak perlu risau lah. Ni sekolah swasta. Pengetua dah upah pengawal keselamatan yang banyak untuk kawal keselamatan pelajar." kata Ilyas menerangkan apa yang dikatakan oleh pengetua tadi.
"Oh...o...okay...thanks...dah la aku nak masuk kelas dulu" kata Nadia.
"Okay. Aku nak cari Adam jap" kata Ilyas sebelum pergi. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah. Ilyas berhenti daripada melangkah kerana Nadia memanggilnya.
"Eem Ilyas...boleh tolong aku?" Nadia menelan air liur.
"Boleh. Apa dia?" tanya Ilyas
"Kau bagitau dekat Adam, aku nak jumpa dia petang ni. Ada something nak bagitau. Jumpa lepas asar di padang sekolah" kata Nadia lalu bergegas pergi kerana khuatir Ilyas akan bertanyakan pelbagai soalan.
Setiba sahaja Nadia di mejanya, terdapat sepucuk surat. Nadia membelek surat tersebut sekiranya terdapat nama pengirim dan penerima.
Nadia
Okay. Surat ini untuk dia. Dibuka sampul surat itu lalu membacanya
Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Adam dengan segera atau gambar kau aku akan viralkan! As soon as possible! Ingat! Aku ada pasang spy dekat sekolah tu! Pastikan kau ikut apa arahan aku!
Haziq
Muka Nadia terus pucat. Allah! Satu dugaan lagi! Maafkan aku Adam...aku terpaksa. A...aku dah tak suci. Aku tak kisah kalau gambar aku tersebar namun aku tak sanggup kau beristerikan perempuan kotor. Adam...awak layak dengan perempuan yang lebih baik.
Setitis demi setitis air mata Nadia keluar tanpa henti. Begitu perit dugaannya. Allah! Apa motif Haziq ini! Nadia terus teringatkan Aina! Ya Aina juga ada waktu kejadian itu. Tapi mana Aina? Mungkin tidak dapat hadir ke sekolah juga dek penculikan hari itu. Tak apa lah...nanti jika sesuatu berlaku...Aina akan membantunya! Fikir Nadia yang langsung tidak menyedari niat Aina yang sebenar. Dia tidak tahu! Punca semua ini ialah Aina!
Adam masuk ke kelas seperti biasa. Dia duduk di sebelah Nadia dan memerhatikan Nadia yang agak pelik
"Sayang...sayang okay? Ada masalah lagi ka? Duit tu biy dah hantar dekat Ah Long tu. Tak perlu risau dah. Kenapa ni? Ada masalah?" tanya Adam prihatin. Adam serabut! Lepas satu-satu kejadian menimpanya.
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...