Selamat Tinggal✔

4.9K 377 10
                                    

"Assalamualaikum mak ayah...Nadia dah balik nih." Nadia memberi salam kepada mak dan ayahnya setibanya dia tiba di rumahnya yang terletak 2Km dari sekolahnya.

Nadia hanya berbasikal kerana keluarga mereka agak susah. Ayahnya menjadi nelayan dan hanya turun ke laut apabila cuaca baik. Maknya pula menjual nasi lemak dan kuih muih untuk menyara kehidupan mereka. Nadia akan membantu maknya setiap selepas solat subuh. Kemudian Nadia akan membawa bakul yang berisi nasi lemak ke tempat yang disewa oleh mereka. Begitulah rutin Nadia sebagai anak yang solehah. Nadia ialah anak tunggal kepada pasangan itu.

"Waalaikumussalam," jawab Encik Hisham, ayahnya.

Nadia terus bersalam dengan ayahnya.
"Mana mak, ayah? Selalunya waktu sekarang mak dah balik dari tempat berniaga," tanya Nadia.

"Entahla nak...dari tadi ayah tak nampak emak kamu. Cuba kamu pergi lihat dekat warung Mak Jah. Ayah nak pergi baiki jala sekejap. Esok nak turun laut. Tadi ayah dengar dari berita yang esok cuaca baik. Moga-moga banyaklah hasil tangkapan," kata Encik Hisham lalu bergerak ke pangkin di belakang rumah mereka.

Nadia tanpa banyak soal terus bergerak ke Warung Mak Jah. Di situlah emak berniaga. Mak Jah ialah adik emaknya yakni makciknya. Mak Jah sekarang berpindah ke Kedah untuk tinggal dengan anaknya. Mak Jah memberi amanah untuk menjaga kedainya kepada emak. Sedang dalam perjalanan Nadia terlihat van putih berhenti di depan warung Mak Jah. Nadia terus berlari dengan sepantas kilat menuju ke emaknya. Kedengaran sayup-sayup suara emaknya menangis.

"Tolonglah Ah Chong. Nanti aku ada duit aku bayarlah. Aku kena bayar duit sekolah anak aku lagi. Tolonglah Ah Chong. Kesianlah kat aku!" menangis Puan Sofiah.

"Gua tak kira. Lu dah hutang gua maka lu kena bayar. Kalau Lu taknak bayar gua bunuh keluarga lu. Cheng! Bob! Kau bunuh perempuan ni!" arah Ah Chong.

"Stop!" jerit Nadia. Nadia sudah hendak terputus nyawa apabila melihat emaknya menangis di hadapan lelaki berbangsa Cina.

"Kau ni siapa eh! Kenapa kau nak bunuh emak aku! Aku panggil polis kot!" marah Nadia.

"Hey lu...kalau lu nak tau. Gua ni Ah Chong! Emak lu ni hutang gua rm8K! Sudah 2 bulan mak lu tak bayar," kata Ah Chong.

Nadia terkaku. What? Mak dia berhutang dengan Ah long?

"Betulkah mak? Emak pinjam duit dari dia? Kenapa mak pinjam duit ah Long?" tanya Nadia.

"Be...betul nak... E...emak pinjam duit dari dia... Se...sebab nak ba...yar duit persekolahan kamu. Emak takdak duit ketika tu," kata Puan Sofiah dengan sayu.

'Astagfirullah. Nampaknya aku kena berpindah juga ke sekolah tuh. Tadi Cikgu Haliza ada mengatakan mereka akan memberi biasiswa penuh. So aku akan gunakan duit tu untuk bayar hutang emak sedikit-sedikit. Ala makan roti ha. Macamlah aku tak biasa' desis Nadia dalam hati.

"Okay macam ni. Kau beri aku masa untuk aku bayar duit kau. Aku janji aku akan bayar tepat pada masanya," ujar Nadia.

"Ahh lu kena janji eh! Okay fine! Aku beri kau masa! Berapa lu mau?" tanya Ah Chong.

"9 bulan," jawab Nadia dengan yakin.

"No! 5 bulan...sekali dengan bunga semua rm12K! Kalau lu tak bayar! Tubuh lu gua punya! Amacam! Setuju?" tanya Ah Chong dengan muka miangnya.

"What! Maruah aku penting! No aku tak setuju!" tegas Nadia.

"So gua akan bunuh mak lu! Lu pilih sekarang!" tengking Ah Chong.

Nadia buntu! Ahh!

"Okay...ak...aku se...tu...ju," jawab Nadia dengan tergagap!

"Ingat ya! 5 bulan or badan lu hak gua! " kata Ah Chong sambil ketawa besar. Dia lalu bergerak pergi dari warung itu.

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now