Petang itu tepat jam 5 petang, mereka berkumpul di cafe Adam. Mereka semestinya ialah Alya, Atiffa, Sofea, Adam, Aiman dan Awie.
Mereka memesan makanan dan minuman ringan sahaja.
"So cepat la kita mulakan" kata Alya tidak mahu menangguhkan masa.
"Okay. So korang nak tanya apa?" tanya Adam straight to the point.
"Kenapa kau benci sangat dekat Ilyas?" tanya Sofea tanpa berlengah.
"Ha ah. Aku rasa dia baik ja. Muka macam baby face ja." Atiffa menyuarakan pendapatnya.
"Haih. Disebalik muka tu la terserlah kejahatan. Okay aku cerita tentang kejahatan dia. Actually...Aina bukan first love aku." kata Adam perlahan.
"What...macam mana kami tak tahu sedangkan kami kawan dengan kau seen sekolah menengah lagi" kata Aiman sambil menggaru dahinya.
"Diam boleh tak? Biarlah Adam explain" marah Alya. Ish suka ganggu betullah.
"K fine! Perempuan semua nak menang. Ha ambikk laaa" kata Aiman mengalah.
"Ye Aina bukan first love aku. Sebelum kau kenal dengan aku...aku rapat dengan Ilyas. Kira kami ni sejak kecil lagi kenal. Rumah pun berjiran ja. Alaa kira teman sepermainan aku la. Kami memang rapat sejak kecil. Pergi ja mana-mana...akan ada kami berdua. Then disebabkan satu peristiwa ni kami putus kawan dan ambil haluan masing-masing." terang Adam sambil menghirupkan minumannya.
"Peristiwa? Peristiwa apa?" tanya Sofea menhentak meja tanda tidak sabar.
Adam mengeluh sebelum menceritakan satu persatu peristiwa silamnya
Flashback
Adam dan Ilyas menaiki basikal bersama-sama ke sekolah. Seperti pelajar biasa, mereka datang awal kerana mereka berdua ialah pengawas sekolah. Mereka menjaga pintu masuk sekolah. Tepat jam 7.30 a.m mereka menutup pagar sekolah dan bergerak ke tapak perhimpunan. Selesai sahaja perhimpunan pagi mereka berdua bergerak ke kelas mereka yang terletak di tingkat 2 iaitu kelas tahun 6. Waktu pembelajaran pertama ialah kelas Bahasa Inggeris. 10 minit belajar, kelas mereka didatangi oleh pengetua sekolah. Pengetua sekolah itu kemudian memberitahu bahawa terdapat pelajar baru yang memasuki sekolah ini dan ditempatkan di kelas ini. Pengetua kemudian menjemput pelajar itu dan ramai pelajar lelaki terpesona dengan kecantikan pelajar perempuan itu. Namanya Neldia Atikah. Seorang pelajar kacukan inggeris dan melayu. Adam turut terpukau dengan kecantikan Atikah. Ini merupakan kali pertama dia rasa begini. Perasaan yang berdebar-debar.
"We yas (Ilyas) , aku rasa aku macam tersuka dekat Atikah." kata Adam perlahan.
"Serius ah? Kau pergi la tanya dia single ka taken" Kata Ilyas memberi pendapat. Waktu itu Ilyas tidak berminat dengan Atikah kerana dia sudah mempunyai kekasih hati.
"Aku segan lah. Kau tanya la...boleh?" pinta Adam.
"Untuk kau...everything boleh. Jap" kata Ilyas sebelum bangun pergi ke arah Atikah.
"Hai...nama saya Ilyas...saya penolong ketua pengawas dan tu kawan saya...Adam...dia ketua pengawas...boleh saya tanya something?" tegur Ilyas ramah.
"Hai. Oh nice to meet you. Nama saya Neldia Atikah. Boleh panggil Nel atau Atik. Ye tanya lah" kata Atikah turut ramah.
"Hm awak dah berpunya?" tanya Ilyas straight to the point.
"Oh hahaha. Belum kenapa?" tanya Atikah sambil ketawa. Haih lelaki ni nak tackle aku ke.
"Oh okay. Takdak apa-apa. Thanks" kata Ilyas sebelum bergerak ke tempatnya.
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...