Bertemu akhirnya❤

4.7K 275 23
                                    

" Kau nak tahu something tak?" Tanya Sofea

"Apa?" Jawab Nadia. Gosip panas!

"Bekas suami kau tu sekarang macam lembu dicucuk hidung tau..ikut je apa kata Aina si bengap tuh. Bajet cantik!" Kata Alya

"Amboi kau macam tahu-menahu ja aku nak cerita yang tu"  Kata Sofea

"Hm lantaklah kat dia. Sekarang aku dah berubah! Aku bukan lagi Nadia yang dulu. Sekarang aku lebih better" Kata Nadia

"Betul weyh...serius aku cakap! Waktu jumpa kau tadi..aku ingat orang lain! Kau bukan lagi macam dulu. Pakaian pon dah berubah bhaii..lebih moden! Patutlah Ilyas tersenyum ja dari tadi" Kata Atiffa

"Hahaha mana ada lah..biasa ja. Oh ya..aku beli syarikat ni tau..korang nak join? Alah aku jual produk kecantikan ja." Cadang Nadia

"S..serius wah..alah tak boleh lah..kami masing-masing ada syarikat ayah kami..kena urus huhu.." Kata Alya

"Lah ye ke..takpalah..aku handle..tapikan kat UK tu aku ambil course perniagaan dan keusahawanan jugak la sana. Macam course sampingan lah..so now faham la selok belok bisnes..sebab tu aku boleh beli syarikat kat Malaysia..haa mana la aku nak ambil duit" Kata Nadia

"Nama syarikat kau?" Tanya Atiffa

"Hehe..mesti korang kenal! NE'S Holding" Kata Nadia. Sebenarnya mereka bertiga dah pernah bergandingan dengan NE'S Holding punya..cuma mereka berunding dengan P.A nya.

"What! So kau la CEO! Pehhh weyy produk tu gempak weyh! Tambah-tambah produk Beauty kau..aku restok banyak juga" Kata Sofea

"Kan..aku suka produk Healthy kau..aku pon guna beb" Kata Atiffa

"Hahaha thanks..alhamdulillah rezeki anak-anak aku" Kata Nadia

"So sekarang doktor or businesswoman?" Tanya Alya

"Erm itulah..kalau aku apply doctor..susah nak handle syarikat aku..nak bagi orang lain pegang. Tahu-tahu ja lah..sayang lah..hm takpalah nanti bila anak-anak aku dah besar..dah bijak handle syarikat aku apply la doktor! Ataupon nanti aku dah nikah dengan Ilyas..aku suruh dia pegang..sekarang aku pegang dulu syarikat aku" Kata Nadia

"Acewahh...nikah u alls! Cepat-cepat lah nikah..aku nak anak buah lagi" Kata Sofea

"Banyak la kau..ingat aku kilang bayi?" Seloroh Nadia

Mereka berempat banyak gosip. Anak-anak Nadia ditinggalkan dengan Ilyas. Jenuh Ilyas melayan kerenah anak-anaknya.

Skip

Adam bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Esok dia akan berkolaborasi dengan sebuah syarikat baharu. Syarikat yang besar dan maju di luar negara. Gementar itu ada!

"Ha Adam..dah siap kertas kerja untuk perjumpaan esok? Dengar kata owner syarikat tu dah pulang ke Malaysia" Kata Tengku Airil

"Dah ayah.." Kata Adam syukur dapat menyiapkan kerja dalam masa yang tepat

" Bagus..ni ha..mana isteri kamu? Dan ayah nak tanya..bilalah ayah nak menimang cucu? Ayah ni dah tak larat.." Kata Tengku Airil. Selepas penceraian Adam dengan Nadia,Tengku Airil agak mengamuk. Ditarik semua saham dan nama dari syarikat nya. Adam memulakan kembali bisnes dari bawah dan alhamdulillah dia dah berjaya mengambil kembali jawatan CEO syarikat AF Holding.

" Aina pergi jumpa client. Soal anak tu..erm Aina taknak anak lagi sebab ye la dia kan nak kena urus butik lagi..then dia tu model..so kena jaga badan " Kata Adam

"Sampai bila kamu nak ikut arahan dia? Kamu tu suami bukan kuli. Cuba buka minda tu betul-betul. Fikir!" Kata Tengku Airil

"Hm sudah la..ayah..Adam nak balik masak dulu..satgi Aina pulang dah" Kata Adam. Entah la..dia rasa takut untuk ceraikan Aina kerana dia sayangkan Aina tapi Aina selalu mengabaikan tanggungjawab nya sebagai isteri. Duitnya sudah habis akibat berbelanja boros. Kalau sebelum ini Aina mempunyai 10 butik di seluruh Malaysia sekarang tinggal 1 sahaja kerana dijual untuk melangsaikan hutang-hutang mereka. Sebab itulah Adam perlu berjaya dalam rundingan bersama syarikat terkemuka esok. Banyak keuntungan yang diorang akan dapat jika berjaya.

"Apa nak jadilah kamu ni Adam..haih" Kata Tengku Airil sambil menggelengkan kepala

Skip..keesokan harinya

Adam menjejak kaki di syarikat itu. Besar! Namun langsung tiada wajah pemilik syarikat ini.

"Ye Tuan..boleh saya bantu?" Tanya seorang pekerja perempuan

"Saya Tengku Adam dari syarikat AF Holding ada mesyuarat dengan pemilik syarikat ini" Kata Adam tersenyum manis

"Oh..Tuan Adam..pemilik syarikat ini belum tiba..Tuan Adam boleh tunggu di biliknya. Terima kasih" Kata pekerja perempuan itu

"Baiklah" Kata Adam. Adam masuk ke bilik CEO itu. Tertera nama Emelda. Oh perempuan..

Adam melihat sekitar bilik pemilik itu. Besar, cantik dan kemas. Di atas meja terdapat sebuah frame. Terpampang wajah dua bayi. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Comel! Entah kenapa dia tertarik dengan wajah kedua-dua bayi itu. Nampaknya pemilik syarikat ini sudah bernikah.

"Maafkan saya kerana terlambat" Kata seseorang

Adam terus menoleh ke suara itu. Dan jeng jeng jeng~~~





























Dilihat seseorang yang mempunyai rupa paras yang cantik sedang berjalan ke arahnya. Bila diamatinya betul-betul terlintas satu nama

"Nadia" Sebut Adam

" Encik? Hello?" Kata Nadia. Awalnya sedikit gugup namun dia kena kuat untuk menghadapi semua ini

"Apa kau buat dekat sini?" Tanya Adam

"Maaf encik..ini bilik saya. Saya CEO syarikat NE'S Holding. Tuan ni siapa?" Tanya Nadia seolah-olah tidak mengenalinya

Adam bagai tidak percaya. Nadia yang kini bukan lagi seperti dulu. Lebih cantik..lebih anggun. Dibetulkan suaranya sedikit dan mula berkata-kata

"Mana kau pergi selama ni?" Tanya Adam

"Sorry encik..saya tak kenal awak..boleh kita teruskan meeting?" Kata Nadia

"Ini aku Adam! Mana kau pergi ha perempuan! Banyak duit kau sekarang Nadia" Kata Adam

"Oh ya..encik Adam..baik kita teruskan kita punya agenda..btw panggil saya Puan Emelda. Saya bukan Nadia ye" Tutur Nadia

"Hey perempuan..ak" Kata-kata Adam dipintas

"Maaf Encik Adam. Sekarang awak nak saya tolak hasil kerja awak ka? Please behave! Kalau taknak berunding..bekerjasama dengan syarikat saya..get OUT! Saya tak rugi apa-apa pon..encik yang akan rugi..saya dengar syarikat encik dah nak bankrup..so now?" jerit Nadia

Adam berfikir sejenak. Marahnya masih kekal di hatinya. Kalau bukan sebab perempuan ni..mesti dia ada anak dengan Aina. Mesti anak-anak dalam gambar tu anak dia dengan lelaki lain. Tapi sekarang perempuan ni lebih banyak harta berbanding dia maka dia terpaksa turunkan egonya

"Ma..maaf..saya akan teruskan" Kata Adam. Mereka berbincang tentang kolaborasi mereka. Adam selalu juga merenung Nadia tapi Nadia hanya buat tak tahu sahaja.

🌸🌸🌸

Done⭐ Jangan lupa vote⭐

Keputusan semalam

Sad Ending vs Happy Ending

0-1

❤⭐ okay so next syarat :

Bab ni 🌸

Sad Ending = 0-35 vote
Happy Ending= 36- infinity vote

So nak happy Ending? Vote lah⭐❤ bye guys☺

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now