" Pandai awak pilih tempat. Cantik! Nyaman!" kata Nadia lalu duduk di sebelah Adam.
"Thank you" ucap Adam.
"So...beritahu saya kenapa awak benci sangat dekat saya. Apa salah saya?" tanya Nadia straight to the point.
"Sebab...sebab kau perfect di mata orang lain" Adam menjawab ringkas.
"Hah? Perfect? Mana ada. Semua manusia tidak sempurna malah semua orang ada kekurangan." kata Nadia sambil memandang pemandangan dari atas sekolah.
"Tak...kau disayangi oleh pihak sekolah. Kau...jadi anak emas sekolah ni.." kata Adam sambil melihat warga sekolah Highschool Star.
"Hah? Apa maksud awak? Anak emas? Bukan awak ke?" tanya Nadia pelik.
"Itu dulu. Now...kau...kau lebih bijak dan pandai bersukan daripada aku" kata Adam. Sungguh! Ini kali pertama dia berbual dengan seorang perempuan DAN bercerita isi hatinya paling lama masanya.
" Mana ada la. Awak lagi hebat duh. Saya ni biasa ja la! Awak ni" ujar Nadia tidak mahu mengalah.
"No...kau lagi hebat. Haritu aku ada dengar yang Puan Pengetua akan hantar kau ke pertandingan di luar negara. Aku dah kena hantar tahun lepas dan kalah so pihak sekolah nak hantar kau kali ni dan mereka harap kau boleh menang. Tambahan pula aku dengar Cikgu Rosilah iaitu ketua guru pengawas bakal lucutkan jawatan aku sebagai ketua pengawas dan akan diberikan kepada kau. That why aku benci sangat dekat kau. Tapi...aku dah buat salah dekat kau...aku hina kau...so aku layak dapat balasan ni." terang Adam
Nadia terdiam sebentar lalu.
"HAHAHAHA awak! Hahaha awak jeles dengan saya? Hahaha wauu! Saya orang pertama? Haih Adam...Adam...awak ni dah salah faham sangat dah ni... Baru nak buat suprise hm nampaknya saya kena cerita la juga" kata Nadia menghabiskan sisa lawaknya.
"Salah faham apa ni? Suprise?" tanya Adam pelik!
"Haih sebenarnya" kata Nadia dan dia mula menceritakan peristiwa itu yang berlaku semalam.
Flashback
"We Nad...pengetua nak jumpa kau" kata Alya yang sedang berdiri di hadapannya.
"Hah? Macam mana kau tahu?" tanya Nadia.
"Tadikan aku pergi tandas...then terserempak dengan pengetua...so dia panggil kau. Cikgu Rosilah pon nak jumpa kau juga...so pergi la pejabat pengetua..maybe ada something urgent!" ujar Alya.
"Oh okay thanks! Aku gerak dulu" kata Nadia lalu bergerak ke bilik pengetua.
Nadia mengetuk pintu dan memberi salam. Kedengaran suara pengetua menyuruhnya masuk. Nadia melihat susuk tubuh pengetua dan seorang wanita yang memakai tudung duduk di hadapannya. Mungkin itulah Cikgu Rosilah.
"Ye Cikgu? Ada apa panggil saya? Saya ada buat salah ka?" tanya Nadia risau.
"Eh mana ada awak buat salah...perkenalkan ini guru ketua pengawas sekolah ini, Puan Rosilah...Cikgu...ini Nadia...pelajar baru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling Jaya." Pengetua memperkenalkan satu sama lain.
Nadia terus menyalami tangan Cikgu Rose dan Cikgu Rosilah.
"Bagus budak ni...sopan" ucap Cikgu Rosilah memuji Nadia
"Hehe terima kasih cikgu" kata Nadia lalu tersenyum kepadanya.
" Baiklah sebenarnya cikgu panggil kamu ke sini ialah cikgu nak kamu sertai Pertandigan Bakat Star di luar negara. Awak akan mewakili sekolah kita dalam akademik dan sukan. Kami harapkan awak dapat memenanginya. Kita ada dua kategori iaitu perempuan dan lelaki namun sekolah kita hanya akan menghantar seorang saja. Maka pihak sekolah telah memilih kamu" terang Pengetua.
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...