Sekolah Baru✔

4.2K 358 60
                                    

Keluar sahaja dari kereta,Nadia tergamam. Sekolah itu besar!
Mak aikk...sekolah ke istana ni. Dah la besar...warna emas pula tu. Peh bersinar mata aku. Ni kalau kikis agak-agak mahal tak. Siap ada tugu muka orang lagi. Wah...Agak-agak berapa la yuran diorang!

"Nadia? Jauh termenung," soal Cikgu Rose.

"Eh hehe maaf cikgu. Saya terkejut tengok tugu tu," jawab Nadia.

"Oh itu muka pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan besar khususnya SPM. Kalau kamu berjaya nanti...muka kamu akan diukir. Jadi goodluck!" jawab Cikgu Rose.

"Oh...insyaallah saya akan berusaha," kata Nadia dengan yakin!

"Okay kalau begitu...mari cikgu tunjukkan kelas kamu. Mesti kamu tidak sabar untuk melihat kelas dan bertemu dengan rakan-rakan baru kamu!" ajak Cikgu Rose.

Nadia hanya sekadar mengangguk. Fikirannya gusar kerana takut dipinggirkan kerana dia bukanlah golongan bangsawan. Nadia mengikut langkah Cikgu Rose dengan perlahan. Kelihatan mereka berjalan di Blok A.

Nadia sempat melihat trofil, pingat dan sijil yang banyak di sebelah tangga. Trofil, pingat dan sijil itu diletakkan di dashboard khas dan dicerminkan.

Cikgu Rose dan Nadia menaiki tangga ke tingkat 2. Blok A mempunyai 3 tingkat keseluruhannya. Hanya beberapa meter sahaja lagi mereka akan tiba di kelas Nadia. Sebelum mereka pergi ke kelas Nadia...mereka bergerak ke pejabat Cikgu Rose yakni pengetua untuk mengambil fail peribadi pelajar.

"Jom masuk dulu Nadia. Mungkin kita lewat sikit sebab cikgu nak cari dulu fail kamu. Mungkin bertindan dengan fail yang lain. Maklumlah sekolah ini ada dekat 600 pelajar," ajak cikgu Rose.

"Erm takpa la cikgu. Cikgu cari lah dulu. Saya nak lihat sekeliling sekolah ni jap. Boleh cikgu?" tanya Nadia sopan.

"Hm kalau kamu kata begitu...suka hati kamulah. Tetapi jangan pergi jauh-jauh tau!" pesan Cikgu Rose.

"Baik cikgu," Nadia menjawab dengan sopan.

Nadia berjalan di koridor itu dan secara tiba-tiba dia terdengar suara orang merintih kesakitan. Nadia cuba melihat sekeliling dan dia terlihat ada seorang lelaki yang agak hensem cuba memukul seorang lelaki bercermin mata yang tidak kurang hensemnya. Nadia segera turun ke belakang blok itu.

"Woi! Kau buat apa ni! Membuli eh! Aku report dekat Cikgu Rose jap gi!" jerit Nadia.

Lelaki yang ingin menumbuk lelaki bercermin mata itu berhenti dan memusing belakang untuk melihat siapa yang menganggunya. Kelihatan seorang yang dia tidak mengenalinya. Seorang perempuan yang berfree hair dengan mata hazelnya. Siapa budak ni? Mesti budak baru sebab dia tidak mengenali nya.

"Kau siapa?" tanya lelaki itu garang.

"Tak kisah la siapa aku. Yang aku tahu kau membuli dan membuli itu salah!" tegas Nadia.

"So?" tanya lelaki itu.

What! Dia kata so? Apa masalah jantan ni!

"Harapkan muka je hensem tapi otak lembab...membuli itu salah!" kata Nadia.

"Terima kasih," kata lelaki itu tiba-tiba.

"Kau ni gila ke? Kenapa berterima kasih pulak?" tanya Nadia sedikit bengang.

"Kau kata aku hensem," balas lelaki itu selamba .

"Ah kau ni sah gila! Aku report dekat Cikgu Rose! Biar kau kena denda!" marah Nadia

"Report lah. Ada aku kisah?" jawab lelaki itu yakin lalu lelaki itu berjalan selamba meninggalkan mereka.

Nadia terus bergerak ke arah lelaki yang dibuli itu.

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now