Gaduh✔

2.5K 219 10
                                    

"Woi" jerit seseorang.

Adam yang melihat aksi yang tidak menyenangkan itu terus menumbuk muka Ilyas. Sesampai sahaja di sekolah, dia terus mencari Nadia dan terlihat Ilyas sedang memeluk Nadia. Adam yang panas hati terus menumbuk kuat muka Ilyas. Bibir Ilyas pecah dan berdarah.

"Apa ni!" marah Nadia.

Nadia terus mengangkat Ilyas. Dilihat bibir Ilyas pecah.

"Kau ok? Jom aku rawat luka kau" kata Nadia prihatin.

Adam yang berang terus menarik tangan Nadia lalu mengheretnya ke arah keretanya. Nadia cuba melepaskan diri.

"Tepilahh...saya nak rawat luka Ilyas tu" kata Nadia cuba meronta-ronta.

"Eh perempuan kau diam boleh? Diam lahh...kau suka la jantan tu peluk kau?" kata Adam sudah tidak sedar apa yang di katanya.

"Astagfirullah apa ni? Tadi saya terjatuh dan dia selamatkan saya!" kata Nadia membela diri.

"Alasan ja eh" kata Adam malas melayan.

Nadia berang dengan sikap Adam. Terus dia meronta-ronta dan akhirnya terlepas juga dari pegangan Adam. Adam berang! Terus dia menampar pipi Nadia.

Nadia tergamam. Tubir matanya penuh dengan air mata. Tunggu sedikit sahaja lagi bakal pecah empangan air matanya.

"How dare you. Awak lelaki dayus! Awak ni sukakan tak dengar dulu penjelasan orang. Sampaikan Ilyas, kawan baik awak pun awak tak nak dengar penjelasan...kalau awak nak tahu, Ilyas tak bersalah dalam kematian Atikah!" jerit Nadia. Pipinya sudah terasa panas akibat tamparan yang agak kuat.

Adam serabut! Terus diraup rambutnya ke belakang.

"Ah tak payah tipulah! Sebab jantan tu Atikah bunuh diri! Dia tu buaya darat!" kata Adam.

"Adam...awak dah kenapa? Boleh tak jangan berperangai budak-budak. Fikir la macam orang dewasa sikit! Dah matang kan!" marah Nadia.

Adam menghembuskan nafasnya.

"Sa...sayang...biy minta maaf...maaf" kata Adam sayu.

"No until awak dengar dulu penjelasan Ilyas!" kata Nadia tegas.

Kemudian waktu itu, rakan-rakan mereka yang lain tiba.

"Nadia...jauhi Ilyas! Dia tu buaya darat!" kata Alya terus menuduh.

"Dan korang juga! Dengar penjelasan dua pihak bukan satu pihak! Jangan sesekali tuduh kawan aku!" kata Nadia dengan nada sedikit tinggi.

"Ta-" Alya yang baru ingin bersuara dipintas oleh Nadia

"Dengar ja la!" kata Nadia sedikit kuat

"Ilyas...cerita dekat diorang! And Adam! Dengar cerita ni baik-baik! Buka telinga luas-luas!" kata Nadia memaksa Ilyas untuk membuka mulut.

Ilyas pun menceritakan satu persatu peristiwa yang telah berlaku. Riak Adam berubah dari masa ke masa. Adam meraup kasar rambutnya ke belakang! Benarkah apa yang dikatakan oleh Ilyas?

"Now terserlah dekat korang nak percaya atau tidak. Bagi aku...aku percayakan kawan baik aku. Dah sekarang tepi aku nak rawat luka Ilyas" kata Nadia memapah Ilyas.

"Sa...sayang tunggu. Biy min...ta maaf atas apa yang berlaku dan maaf sebab tampar sayang...maafkan biy" kata Adam ikhlas. Dia betul-betul buntu dan tertekan tadi!

"Tepilah. Saya nak rawat luka Ilyas. Tepii" jerit Nadia menolak Adam yang menghalang jalannya.

Adam hanya membiarkan Nadia pergi. Salahnya juga!

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now