Bunyi sahaja loceng, menandakan waktu rehat. Adam dan Nadia bergerak ke kantin bersama-sama. Mereka juga memesan makanan yang sama iaitu nasi lemak dan duduk di meja yang sama. Rata-rata pelajar menayangkan pelbagai reaksi muka. Ada yang terkejut, ada yang marah dan ada yang sedih. Nadia tidak selesa disebabkan ramai pelajar perempuan yang sedang memerhatikannya.
"Sayang okey?" tanya Adam prihatin sejurus melihat
"Erm okay...just tak selesa..." kata Nadia perlahan.
"Why?" soal Adam lagi.
"Erm. Ramai yang pandang kita macam nak telan lagi." jawab Nadia sambil menundukkan kepala.
Adam melihat sekeliling. Benar kata Nadia. Ramai pelajar yang sedang memerhatikan mereka.
"Tak reti nak makan ka? Makan tu tengok la makanan...bukan tengok orang. Orang yang nak makan ni pun tak senang" kata Adam sedikit kuat sambil memerhatikan seorang demi seorang.
Apa lagi pelajar lain. Terus diam dan menikmati makanan mereka. Tidak lagi memandang mereka berdua. Berani korang ingkar arahan ketua pengawas! Dia dah bagi ayat amaran tuu
"Dah. Makanlah. Biy nak pergi ambil air jap eh" kata Adam sebelum berdiri.
Nadia hanya mengangguk tanda faham dengan apa yang dikatakan oleh Adam. Selepas sahaja Adam bangun dan bergerak ke tempat membeli air, Aina datang kepadanya dengan ahli-ahli divanyaa...
"Eh perempuan murahan. Kau buat apa eh sampai Adam sekarang melekat ja dengan kau? Kau jual tubuh kau eh? Ka kau letak minyak pengasih?" soal Aina dalam nada kegedikan.
Nadia hanya mendiamkan diri. Malas nak bertengkar dengan tiga beruk ni.
"Woi kau pekak ka apa yang Aina cakap?" kata Alia sedikit kuat membuatkan semua pelajar melihat ke arah mereka.
"Saya malas nak cakap dengan korang. Nanti takut dapat dosa" kata Nadia menjawab.
"Eh kau. Menjawab eh" kata Maya.
"Pelik la korang ni. Bila saya diam korang suruh bersuara. Bila dah bersuara korang kata menjawab. Korang nak apa ni?" kata Nadia malas mahu melayan.
"Aku nak Adam. Senang dan mudah" jawab Aina.
" Lah...minta la kat Adam. Buat apa minta dekat aku. Ingat Adam tu barang mainan?" kata Nadia sudah bertukar panggilan saya-awak kepada aku-kau. Biar...sudah berlembut tetapi still diorang ni kepala batu!
"Kau ni memang nak kena" Aina terus mengambil air sirap lalu mencurah ke muka Nadia. Habis muka dan baju Nadia lencun.
"Hahaha kau layak dapat air sirap ni. Erm tambah sikit nasi lemak ni" kata Maya lalu mengambil nasi itu lalu dilempar ke muka Nadia. Habis kotor muka Nadia akibat sambal, nasi dan air sirap.
"Tak cukup lagi nih. Hm meh aku tolong lagi" kata Alia sebelum bergerak ke tong sampah. Alia mengambil tong yang berisi penuh dengan sisa makanan lalu menuang ke atas kepala Nadia.
"Ni baru layak! Kau dengan sampah sama ja. Busuk!" maki Aina.
"Woi kau buat apa ahh dekat kawan aku" jerit Alya yang baru tiba. Jantungnya bagai hendak terkeluar kerana melihat rupa Nadia yang sebegitu rupa.
"Mai dah beruk nih" kata Aina kemudian ketawa seperti hantu!
"Kau! Aie" kata Alya ingin menampar Aina tetapi dihalang oleh Sofea.
"Hey Aina. Boleh tak kau jangan ganggu dia!" kata Sofea dalam suara yang agak tinggi.
"Suka hati aku lah..." kata Aina masih degil.
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Roman d'amour🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...