Sekolah bermula seperti biasa. Hari ini semestinya perhimpunan sekolah. Maka semua pelajar mesti datang awal ke sekolah. Tidak terkecuali Nadia dan lain-lain, mereka juga datang awal pada pagi itu. Alah! Dah tinggal kat sekolah...memang awal lah!
Sebaik sahaja Nadia duduk di tapak perhimpunan, Adam memanggilnya. Oh ya, Nadia belum dilantik menjadi pengawas dan lebih tepat penolong ketua pengawas.
"Kenapa awak?" tanya Nadia hairan.
"Good morning sayang" bisik Adam. Nanti kalau jerit mampus kena serang.
"Morning. Lah ingatkan apa" kata Nadia ketawa kecil.
"Hehe...lupa nak wish tadi" kata Adam menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.
"Ahemmm" Alya cuba menganggu.
"Kenapa?" kata Adam serius. Woo tukar mood sekejap je.
"Cikgu panggil kau. Kau jangan buat lupa yang kau jadi pengacara majlis harini" Alya mengingatkan Adam. Bukan apa Adam ni jenis pelupa.
"Ye la aku tahu la...nak jumpa someone special jap ja" kata Adam perlahan pada penghujung ayat.
"Apa? Someone special? Siapa?" tanya Alya yang telinga nya boleh dengar apa yang Adam kata.
"Tak...mana ada...aku kata nak samyang special" kata Adam lalu bergerak ke depan dewan.
"Samyang? Serius ah...aku dengar someone special kot. Kau kan Nadia? Better kau cerita dekat aku apa terjadi" kata Alya terus menyiasat.
"Ma...mana ada" Nadia cuba membangkang.
"Tipu. Fine...nih la kawan...haritu bukan main janji tak akan ada rahsia antara satu sama lain. Dah la. Kau cari la kawan yang suka langgar janji" kata Alya cuba merajuk. Bukan apa dia buat begitu untuk mendapatkan maklumat.
"Haih ye la...nanti free aku cerita" Nadia mengalah. Sahabat kan!
"Macam ni la kawann...aku tuntut nanti" kata Alya lalu bergerak untuk mengawal barisan pelajar. Nasib kau la Alya kena berdiri! Pelajar biasa duduk jaaa...biarlah aku nak menikmati sekejap nanti dah kena berdiri plus always dengan ketua pengawas jaaa.
"Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua guru dan pelajar." Adam memulakan ucapannya. Nadia memandangkan Adam bagai nak tusuk badan Adam...tiba-tiba Adam menghadiahkan satu kenyitan mata. Auchh cairrr. Dia juga ada terdengar beberapa suara halus
"We Adam kenyit mata kat akuuu"
"We Crush"
"Alaaa bakal suami aku tuuu"
Nadia hanya menggelengkan kepala. Lantak la diorang nak cakap apa. Janji Adam dah jadi orang terpenting dalam hidup aku.
"Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada puan pengetua kita" kata Adam mematikan lamunan Nadia.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Ok harini saya tak nak cakap banyak. Saya nak cerita mengenai pertandingan di London. Seperti yang semua tahu, pertandingan itu ialah pertandingan yang penting dan sekolah kita telah memenangi pelbagai pingat pada tahun sebelum ini. Kita telah menghantar Nadia Emelda dari kelas 5A dan Tengku Adam juga dari kelas 5A. Pertama kalinya dalam sejarah sekolah kita, menghantar dua peserta atas permintaan Nadia. Rezeki kita. Sukacita dimaklumkan sekolah kita memenangi dua anugerah utama! iaitu Athlete Award dan Academy Award. Malah kedua-dua peserta mendapatnya! Ini merupakan kebanggaan sekolah! Oleh itu kami ingin menjemput Nadia Emelda dan Tengku Adam naik ke pentas bagi menerima sedikit hadiah daripada pihak sekolah. Dijemput" Pengetua mempersilakan Nadia dan Adam untuk naik ke pentas.
Nadia terkejut apabila namanya dipanggil. Sejurus itu, dia terus berdiri dan berjalan ke arah pentas utama. Dilihat Adam sedang menunggunya di tangga. Adam memberikan senyuman kepada Nadia...Nadia turut membalas senyuman itu. Mereka naik ke pentas bersama-sama.
"Tahniah Nadia. Cikgu bangga dengan kamu. Tak sia-sia saya hantar dua wakil. " kata Cikgu Rose, yakni Pengetua sekolah.
"Kamu juga Adam. Tidak sia-sia cikgu hantar kamu juga bersama Nadia. Tahniah" ucap Cikgu Rose lagi.
"Sama-sama. Alhamdulillah berkat latihan kami" kata Nadia.
"Betul tu. Saya lagi seronok hehe" kata Adam. Seronok lah! Di samping memenangi pertandingan, dia juga dapat kekasih hati.
"Baiklah itu sedikit hadiah yang diberikan. Dan ini hadiah sebenar. Kita akan sediakan tugu muka mereka! Kami dah berbincang dengan sesama guru dan semua menyetujui hal ini. Maka tugu mereka akan siap dalam masa yang terdekat. Tahniah diucapkan" kata Pengetua lalu menghabiskan ucapannya.
Perhimpunan tamat selepas nyanyian lagu sekolah.
"Bestnya kau. Untung kau ada tugu sendiri. Nanti boleh la anak kau plus cucu kau tengok! Tumpang bangga" kata Sofea entah datang dari mana.
"Banyak la kau cucu. Aku muda lagi kot. Tak dak makna kawin awal." kata Nadia tidak mahu menyebut hal perkahwinan. Baginya perkahwinan itu rahsia Allah dan biarlah ditentukan oleh nya.
"Aku doakan kau kawin awal hahahaha" kata Alya pula. Ha ni sorang lagi. Dari mana muncul
"Yo...sembang apa" tutur Atiffa yang baru tiba.
"Ni ha...Nadia nak kawin awal! Hahaha" sakat Alya.
"Sepak satgi" kata Nadia kemudian menjeling Alya.
"Wauuu hahaha aku doakan kau kawin awal" seloroh Atiffa pula.
"Malas nak cakap dengan korang." Nadia buat-buat merajuk.
"Alalala merajuk pula...merajuk...merajuk jugaaaa nanti jangan lupa cerita!" pesan Alya.
"Cerita apa?" tanya Sofea berminat.
"Kau tak pelik ka semenjak sekarang ni...Adam rapat dengan Nadia? Tambahan lagi sekarang Nadia asyik terperap ja dalam bilik" terang Alya mula menjadi detektif. Ha mesti nanti Alya jadi detektif!
"Ha ah la! Haritu aku ada terdengar juga siap bergelak tawa lagi" kata Sofea memberi pandangan.
"Yesss...haritu waktu aku dengan Nadia sedang tengok movies...ada orang call...then aku tanya la siapa...then dia kata mak dia...lepastu an dia angkat call dalam bilik...sedangkan selama ni...rilekk ja dia cakap telefon dengan mak dia depan kita" terang Atiffa pula.
" Hm korang tak rasa ka yang diorang couple?" kata Alya menyuakan pandangan.
"Aku pun rasa begitu... Nanti kita tanyaa" kata Sofea.
Selepas membawang, mereka bergerak ke kelas. Nanti ada pula yang mengamuk. Siapa lagi? Ketua pengawas korang lahh.
Masuk sahaja di dalam kelas, mereka dikejutkan dengan penukaran tempat duduk Nadia. Erm Nadia dah berubah tempat yang sebelum ini jauh dengan Adam namun sekarang sudah duduk sekali. Sah! Something wrong.
Mereka hanya menghantar isyarat mata ' apa yang berlaku'. Nadia hanya membalas isyarat mata dengan dijeling ke arah Adam menandakan Adam yang suruh.
Mereka pula memandang Aina, muka agak ketat. Maybe tengok Adam dengan Nadia berbaik. Haha padan muka. Alya menjulurkan lidah tanda 'padan muka'. Aina pula hanya menjeling...tidak pula melenting... Mungkin kerana ada Adam. Tidak berani la tuw! Ye la nanti Adam mengamuk tak tahu laaa.
Kelas bermula seperti biasa. Guru mata pelajaran matematik tambahan. Subjek yang paling tidak disukai oleh semua pelajar namun disukai oleh Adam dan Nadia. Pelik bebenor mereka ni! Kelas bermula dengan kesunyian dan kebosanan!
🌸🌸🌸
Jangan lupa tekan ⭐⭐⭐ keep support me❤
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...