Sesampai sahaja di restoran pilihan Tengku Airil, mereka memesan makanan. Muka Adam masih lagi ketat. Tengku Airil pelik dengan sikap anaknya itu. Tadi awal muka bukan main happy...bila sampai ja dekat restoran muka tegang ja. Ada apa? Dilihat muka Nadia pula agak resah dan kelihatan fikirannya bukan berada di sini.
"Nadia?" panggil Tengku Airil.
Nadia mendiamkan diri. Sah! Ada something yang berlaku antara mereka berdua.
Nadia yang masih mendiamkan diri terkejut apabila seseorang menamparnya. Dilihat siapa yang menamparnya dan orang itu ialah Alya. Menggunakan ekspresi muka...dia bertanya 'apa'.
Alya pula menjeling. Dibisik di telinga Nadia
"Tengku Airil panggil kau. Kau mengelamun apa?" bisik Alya.
Nadia terkejut. Ya Allah! Apa yang aku buat!
"Ma...maaf uncle...ada ...apa?" tanya Nadia tersekat-sekat.
"Kamu okey? Uncle tengok kamu macam runsing ja? Any problem?" tanya Tengku Airil.
"Erm nothing uncle. Nadia okay" kata Nadia. Dijeling ke Adam dan lihat dia masih lagi tegang.
"Ah jap eh Nadia...kami pergi tandas jap!" kata Sofea tiba-tiba.
"Sekejap eh uncle" kata Alya pula mengikut Sofea.
Sebenarnya mereka ada merasakan sesuatu di antara mereka. Mereka bukan nak pergi tandas pon! Saja nak beri ruang dekat mereka.
"Ash...kamu pergi ambil kek dekat kaunter tu. Kamu pilih la flavors yang menarik." suruh Tengku Airil. Sengaja dia menyuruh Adam untuk pergi memilih kek supaya dia boleh berbicara dengan Nadia.
"So...cerita lah" soal Tengku Airil selepas Adam bangun dari tempat duduknya.
"Erm...cerita apa?" tanya Nadia.
"Tak perlu selindung lagi la Nadia...uncle nih dah makan garam lama dah dari kamu. Uncle tahu kamu ada problem...about Adam?" soal Tengku Airil.
"Erm actually salah Nadia..." kata Nadia bersalah.
"Maksud Nadia? Cerita lah dekat uncle...mungkin uncle boleh tolong... Lagipun Adam tu anak uncle...uncle lebih mengenalinya" kata Tengku Airil.
Nadia terdiam. Betul juga.
"Sebenarnya...di London...kami...erm Adam minta couple dengan Nadia. Selepas berfikir...Nadia juga ada perasaan dekat dia. So Nadia terima... Sampai saja di airport tadi...Adam suruh naik kereta dengan dia. Nadia cakap la tak nak sebab nanti apa kawan-kawan Nadia fikir. Then Nadia suruh Adam rahsiakan dulu hubungan ni sebab Nadia takut orang berprasangka buruk. Then Adam marah...dia kata Nadia tak suka couple dengan dia...so now dia marah dengan Nadia" terang Nadia jujur.
Tengku Airil tersenyum. Alhamdulillah Adam dah moveon dengan bekas kekasihnya, Aina. Tambahan lagi...Tengku Airil suka dengan sikap Nadia yang sopan santun dan rajin belajar. Bila Adam serius dalam percintaan maknanya Adam betul-betul jatuh cinta. Nadia pula cantik dan manis...memang semua lelaki akan cair dengan dia.
"Oh...begitu rupanya...hm" kata Tengku Airil teranguk-anguk.
"Ye uncle. Nadia minta maaf sangat-sangat. Erm uncle tahu tak macam mana nak pujuk?" tanya Nadia.
"Adam suka kek cheese. Apa kata Nadia buat sendiri kek tu? Nadia tahu tak... nak buat?" tanya Tengku Airil.
"Tahu. Senang ja. Baik...nanti Nadia buat kek tuh" kata Nadia. Sekarang dia sudah tahu macam mana nak pujuk Adam!
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...