Idea Jahat❤

2.4K 197 32
                                    

"Kenapa Ilyas...kenapa! Kenapa dia tak percayakan aku! Dan..dan kenapa Aina tipu? Padahal aku dengan dia kot naik kereta sama-sama. Allah tolonglah aku..kenapa Ilyas" Nadia meracau setelah dia sedar

Ilyas hampir mengeluarkan air mata kerana Nadia. Sampai begitu Nadia sayang akan Adam.

"Dah la Nadia. Lupakan dia ja la. Biar nanti kebenaran terbongkar..mereka akan datang melutut! Sudah lah..tadi aku dah jumpa pengetua dan dia pun bersetuju untuk tukar kembali ke sekolah lama dan aku dah kaji yang gambar dan video tu tersebar hanya di sekolah ni. So bila kita tukar sekolah nanti..diorang tak akan tahu. Kita tulis nanti reason sebab tukar sekolah atas arahan pihak atasan. Okay? So balik ni kemas, esok petang kita bertolak" Terang Ilyas dengan lembut

Nadia hanya mampu mengangguk. Biarlah dia membawa hati yang lara. Nadia terus pulang ke dormnya. Diambil beg dan dilipat bajunya. Setelah selesai dia mengambil tuala lalu masuk ke bilik air. Dibuka air pancuran dan dia duduk di bawah air pancuran itu. Dia menangis apabila dikenang semula peristiwa hitamnya. Mahkota yang dijaga olehnya selama ini telah diragut oleh lelaki yang kejam! Lebih keji dari binatang! Setelah penat menangis, dia membersihkan diri lalu mengambil wuduk. Nadia sekali lagi menangis semasa membaca doa. Tidak dilupakan dia berdoa supaya Adam sihat selalu dan kawan-kawannya dapat memaafkannya.

"Ya Allah, kau maafkan dosa-dosa hambamu ni..aku tahu aku salah..tapi..aku dirogol semasa aku pengsan..aku dipaksa membuat video palsu mengatakan aku tidak ikhlas dan jujur dalam berkawan dan tidak mencintai Adam..semua itu dusta ya Allah. Aku ikhlas berkawan dengan Alya..Sofea dan Atiffa dan aku tulus mencintai Adam..andai tertulis Adam itu bukan jodohku..aku redho..namun aku tak sanggup kehilangan kawan baik aku. Aku tak sanggup. Maafkanlah dosa-dosa aku..keluargaku.. Dosa-dosa kawan-kawan ku..sesungguhnya kau maha pemaaf lagi maha menyayangi" Sesudah itu Nadia mengaminkan doa

Disebalik pintu bilik Nadia, Alya telah mendengar semua doa Nadia. Ya Allah..adakah kami tersilap? Adakah kami membuat keputusan terburu-buru? Setitis demi setitis air mata Alya keluar. Ya Allah..maafkan aku kerana membuat keputusan melulu. Sepatutnya kami tanyaa dahulu namun disebabkan itu..kami kehilangan kawan. Alya mengetuk pintu bilik Nadia.

"Nad..nadia...ak..aku min..minta maaf" Menangis Alya

Nadia yang terkejut pintunya diketuk sekali lagi terkejut apabila ada seseorang memeluknya. Rupa-rupanya Alya.

"Al..Alya?" Tanya Nadia inginkan kepastian

"Ya..ak..aku min..ta maaf se..bab t..terus serang kau..aku minta maaf sebab aku tak percaya kau..aku minta maaf sebab layan kau macam tu..aku minta maaf sebab terkasar bahasa dengan kau. Aku minta maaf sebab terguris hati kau..ak..aku minta maaf" Rayu Alya

Nadia sebak. Doanya diperkenan oleh Allah. Syukur Alhamdulillah.

"Dahh..aku maafkan kau. Kau tak pernah buat salah lah..aku anggap tu sebagai pengajaran bagi aku. Dah la" Pujuk Nadia. Namun Alya masih menangis di pangkuan Nadia. Nadia mengusap belakang Nadia. Itu tidak tumpah seperti seorang kakak memujuk seorang adik. Nadia sudah mengganggap Alya dan lain-lain sebagai adiknya memandangkan mereka lebih muda daripada Nadia.

"Maafkan a..aku yah" Kata Alya

"Ye aku maafkan" Kata Nadia tenang

"Boleh kau cerita kat aku apa yang terjadi?" Tanya Alya

Nadia mengangguk. Nadia pun menceritakan satu persatu kisah yang terjadi.

"Pelik. Habis kenapa Aina nafikan yang dia keluar dengan kau? And ada sapa-sapa nampak tak waktu kau keluar tu?" Tanya Alya

"Hm rasa macam tak sebab Aina tak bagi aku beritahu korang dan Adam..dan kami keluar pintu belakang. Driver yang bawa kami tu pun kena bunuh dengan lelaki tu." Jawab Nadia

"Then..kenapa kau tak beritahu kami dulu? So senang la kami tak akan percaya" Tanya Alya

"Aku belum ready untuk kehilangan Adam. Lelaki mana yang nak perempuan macam aku Alya..aku ni dah kotor..lelaki mana nak" Rintih Nadia

"Kau jangan kata begitu..dah lah..mesti akan ada lelaki yang sanggup terima kekurangan kau lah. Takpa lah nanti aku explain dekat Atiffa dan Sofea okay? So senang la kita berbaik" Kata Alya

"Hm ye la. Yang kau macam mana boleh tetiba ada di sini?" Tanya Nadia

"Ohh..aku tertinggal barang tadi..so aku datang lah..then terdengar kau berdoa. Awal tu aku ingat nak blah ja la then tetiba hati aku tergerak untuk stay." Terang Alya

"Oh okay. Hm nanti aku akan rindukan koranggg.." Kata Nadia sayu

"Hm..sorry wey..aku tak dapat ubah semua nih..erm aku nak tanya nih..kau masih cintakan Adam?" Tanya Alya

"Sumpah demi Allah..aku cintakan Adam. Dia lelaki pertama yang berjaya mengetuk hati aku untuk menerimanya." Jawab Nadia yakin

Selepas berborak..Alya meminta diri untuk pulang ke dormnya. Nadia tertidur akibat kepenatan mengemas baju-bajunya.

Keesokan harinya❤

Adam yang sedang bertugas di pintu masuk disapa oleh Aina...cinta hatinya.

"Morning sayang" Kata Aina sambil memeluk lengan Adam

"Morning baby..ceria ja ni..kenapa?" Tanya Adam

"Mestilahh sebab perempuan pelacur tu akan pindah harini!" Kata Aina

"Stop talking about her. Sayang rimas" Kata Adam. Sungguh sekarang dia membenci Nadia. Sanggup dia menikam belakangnya. Sanggup dia menjual tubuhnya demi wang! Tidak tahukah dia yang dia sangatlah mencintainya.

"Okay..okay..baby tak akan cakap lagi..erm sayanggg...jom kawin nak? Kita kawin muda?" Kata Aina

"What? No! Sayang masih mudalah..lagipun SPM dah nak dekat nih. Better kita kawin lepas kerja la okay?" Kata Adam

"Hm ye lah.." Kata Aina . Lambat lagi la ni boleh shopping sakan! Bukan apa..ayah dan emaknya menyekat had keluaran kad kreditnya. Sekali keluar had RM10K ja..mana la cukup! Sikit!  Beg tangannya paling murah pun 12K..baju lagi..tu belum barang mekap dengan barang kemas lagi. Haih..macam mana nak buat bagi Adam cepat kawin dengan dia hm. Sebolehnya dia nak kawin dengan Adam esok juga! Nak shopping sakan!!!!!!!! Tiba-tiba datang satu idea jahat dalam kepalanya!

Diva AAM duduk di kerusi kantin. Di waktu ini tiada siapa pun. Aina sendiri yang hendak membuat mesyuarat tergempar!

"Cepatlah Aina. Nanti boyfriend kau datang..naya kita" Kata Maya

"Tu lahh" Sokong Alia

" Okay macam ni. I nak kawin dengan Adam secepat mungkin! Tapi Adam tu kata lepas dia kerja barulah nak kawin! OMG..lambat lagi lah! So I ada rancangan dan U alls kena tolong I bagi sukses! Bila berjayaa I akan bagi la duit nanti bila I dah officially isteri Adam!" Kata Aina angkuh

"Okay..so what's the plan?" Tanya Alia

"Hehe..tangkap basah!" Kata Aina

Alia dan Maya terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Aina namun sejurus itu mereka tersenyum! Bijak!

Disebalik dinding yang memisahkan meja itu..ada seseorang yang mendengarinya


🌸🌸🌸
Done❤ JANGAN LUPA VOTE⭐⭐⭐ siapa yang dengar rancangan Aina tu? Cer teka😋 dan... dannn Aina  hm! Dia nak kena tangkap basah dengan Adam lah! Hm! Korang komen lah!


ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now