"Waktu tu mak ayah awak cakap something yang saya sendiri tak boleh percaya..saya kusut juga tapi argh.. Mak awak bagitau yang awak bukan anak kandung mereka. Dan anak kandung mereka ialah saya." Kata Aina
"Apa? Ma..macam mana pula tu..tak faham" Kata Nadia
Aina menceritakan peristiwa itu semula
Flashback
" Sebenarnya awak tu anak kami! Anak kandung kami. Dan Nadia cumalah anak angkat kami..ka..kami terpaksa berbuat begitu kerana ada sebab tertentu" Kata Puan Sofiah
"Hah? Hahahaha lawakkk..ingat aku bodoh nak percaya? Memang tak lah" Kata Aina
"Anakku..Aina ada tahi lalat di bahagian dada dan belakang. Parut di dahi juga ada kerana waktu tu Aina jatuh basikal. Tu dekat dahi tu. Betul?" Kata Puan Sofiah
Aina tergamam. Betul! Dia ada tahi lalat di dada dan belakang..
"T..tipu..korang skodeng aku!" Kata Aina
"Hm..mak cakap benda betul. Okay..kamu ada tanda lahir yang agak besar di punggung..betul?" Kata Puan Sofiah
Sekali lagi Aina tergamam. Kali ini betul. Takdak sapa yang tahu kecuali dia dan Haziq semestinya.
"Huh..apa semua ni..so aku bukan anak Tan Sri Engku Haqiem dan Puan Sri Engku Raisha?" Tanya Aina
"Ye" Jawab Encik Hisham
"Damn. Ke..kenapa? Dah sekarang korang blah. Ak..aku tak nak dengar lagi" Kata Aina sebelum menutup pintu
End Flashback
"Takkan lah..saya nak bunuh parents saya? Saya pon terkejut bila dapat tahu parents saya meninggal dibunuh. Saya pon ada waktu majlis tu cuma duk belakang..di kubur pon saya ada.." Kata Aina
Nadia kaku ibarat ais. Apa semua ni lepas satu-satu masalah yang kena hadap..benarkah?
"Nadia..ni surat untuk kau..mungkin kata-kata akhir daripada mak ayah kita" Kata Aina sebak. Dia memberikan surat itu kepada Nadia
Nadia mengambil surat itu dengan tangan terketar-ketar dan membaca
Ke hadapan Nadia ku sayang
Ini emak..emak nak bagitau yang emak sayangkan kamu..mak nak kamu terima ni dengan hati terbuka. Mak tulis surat ni sebab entah kenapa mak rasa macam mak akan tinggalkan kamu. Sebenarnya kamu anak angkat kami. Anak kandung kami Aina. Mak minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa menipu korang. Kalau kamu nak tahu perkara sebenar..Tengku Airil tahu. Tanyalah diorang. Mak ayah kamu yang sebenar ialah mak ayah Aina yakni Engku Haqiem dan Engku Raisha. Sebenarnya mak pun tak tahu sangat perkara ni tapi apa yang mak tahu kamu dalam bahaya. Ingat eh. Jaga suami kamu baik-baik dan maafkan kesalahan mak dan ayah. Mak ayah sayang kamu. Kamu anak yang baik dan taat. Maaf sebab rampas kesenangan kamu. Maaf ya. Mak sayang kamu. Andai kami tiada nanti..tolong tengokkan Aina ya. Sayang kamu Nadia.
Daripada Puan Sofiah, ibumu
Nadia menangis. Ya Allah kenapa dia tidak tahu perkara ni. Mak..Nadia rindukan mak dan ayah. Terima kasih mak..ayah sebab jaga Nadia. Setitis demi setitis air mata Nadia keluar.
"Dah jangan menangis. Tak cantiklah nanti" Adam mengelap air mata Nadia.
"Saya nak jumpa ayah. Saya nak jumpa Engku Raisha dan Engku Haqiem" Kata Nadia
"Okay..sekejap saya call" Kata Adam sebelum menelefon ayahnya dan Engku Haqiem dan Engku Raisha
30 minit kemudian mereka tiba. Mereka berkumpul beramai-ramai di situ
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...