"Kau?" tutur Nadia dan Adam serentak.
Semua pelajar tergamam dan terdiam termasuklah Cikgu Rose dan Cikgu Ain.
"Kenapa kau dekat sini?" tanya Adam kasar.
"Suka hati akulah nak duk sini pon. Aku tak ganggu kau pon kan?" jawab Nadia kasar. Bikin gue panas nih.
" Kau ganggu pemikiran aku! Kau ganggu pemandangan aku! Ah semak la...apa yang perempuan ni buat dekat sini eh!" marah Adam.
"Eleh biarla aku datang sini nak belajar bukan macam kau! Kerja membuli je... Sembang ah ada kes...kes tengkorak kau! Membuli! Kau tau tak lelaki yang suka membuli ni dayus! Eee dayus!" kata Nadia melawan.
"Eee perempuan ni...kau tunggu nasib kau," jawab Adam lalu pergi ke tempat duduknya.
Kedengaran bisikan halus daripada para pelajar di kelas itu. Ada yang memandang sinis dan ada yang memandangnya dengan muka terkejut. What? Apa masalah aku!
"Okeylah cikgu bergerak dulu eh. Selamat belajar Nadia," kata Cikgu Rose.
"Terima kasih cikgu dan maafkan saya sebab kurang ajar tadi." Nadia meminta maaf atas sikapnya tadi. Tapi pelik kenapa Cikgu Rose tidak mengambil sebarang tindakan? Erm pelik bin ajaib!
"Okay kelas kita akan bermula! Nadia disebabkan tiada tempat kosong awak duduk di sebelah Adam. Cikgu harap kamu berbaik," arah Cikgu Ain,yang mengajar subjek Sejarah.
Semua pelajar sekali lagi terkejut! Nadia sekali lagi pelik. Kenapa diorang ni! Ah serabut deh. Semasa Nadia bergerak menuju ke meja di sebelah meja Adam yang berada di belakang sekali kedengaran bisikan sekali lagi!
"We dia duduk sebelah crush aku!"
"We dia ni berani gila cakap macam tu dekat Adam!"
"Ew busuk nya we,"
"Cantik duh dia ni,"
"Aku nak tackle dia la,"
Dan banyak lagi. Kenapa meja ni rasa jauh sangat nih.
Nadia duduk di meja berkenaan dan kepalanya tergerak hati untuk melihat 'jirannya'. Ye la siapa lagi kalau bukan Adam. Dilihat mukanya yang tegang. Erm salah aku ke?
Selepas 15 minit Cikgu Aina berbincang mengenai Imperialisme, loceng berbunyi menandakan kelas sejarah tamat! Cikgu Aina memberi salam dan keluar dari kelas.
Nadia menoleh kepala. Kelihatan muka Adam tetap sama! Aduh aku mintak maaf je la kat dia.
"Erm Adam saya mintak maaf," kata Nadia dengan tenang. Ye la kau! Muka dia kelat semacam je...takut aku!
Adam masih diam.
"Awak saya mintak maaf," kata Nadia dengan sedikit kuat. Mungkin dia tak dengar tadi?
"Eh kau ni jangan ganggu aku boleh tak! Aku stres la dengan kau . Kau ni bodoh ke hah? Jangan cakap dengan aku la perempuan! Hey bodoh!" Adam menengking Nadia dengan kuat.
Kalau tadi kelas riuh...semua terdiam dan melihat kejadian itu. Adam terus menyepak mejanya dengan kuat lalu beredar dari kelas.
Nadia tergamam. Tubir matanya dipenuhi dengan air mata. Sedikit je la bakal meluah-luah air mata ini. Sakit sungguh hati ini.
"Hm sorry we kawan aku tu...dia stres kot...nama aku Tengku Syazwi bin Tengku Nazhan...panggil aku Awie je...maaf la Adam tu memang begitu. Dia jarang gaul dengan perempuan," ucap Syazwi lalu beredar dari kelas. Mungkin nak pujuk lelaki tu?
"Dasar perempuan! Eh kau tu dah la miskin sedar diri sikit! Nak bercakap dengan boyfriend aku pula. Hey anak nelayan...kau dengar ni...kau jangan mimpi nak berkawan dengan Adam a.k.a bakal suami aku! Dah la busuk...ee geli aku dengan kau...tengok muka macam ikan dah aku tengok!" kutuk Aina sambil ketawa besar.
"We Aina. Kau jangan menyusahkan orang boleh tak! Kau pergi tempat duduk kau!" arah seorang perempuan berbaju biru. Barangkali seorang pengawas?
"Hm hai nama saya Engku Sofea binti Engku Haikal! Panggil saya Sofea je. Maaf eh tentang perangai Aina tu. Dia tu memang acah diva sikit," sapa Sofea sambil tersenyum.
Kelihatan seorang perempuan memberi tisu kepada Nadia.
"Hai saya Tengku Atiffa binti Tengku Roslan...panggil saya Atiffa ja," sapa Atiffa pula.
"Hai nama saya Engku Raisha Alya binti Engku Nik. Panggil saya Alya je!" Alya menyapa mesra.
"Hai Sofea, Atiffa dan Alya...terima kasih...selamat berkenalan," jawab Nadia dengan mesra.
"Erm korang tak malu ke kawan dengan saya? Saya pula rasa malu nak kawan dengan korang. Korang anak bangsawan dan saya anak nelayan ja." tanya Nadia inginkan kepastian.
"Ish apa kata begitu. Kami ikhlas kawan dengan kau. Sebelum itu, nama kau Nadia kan? Sedap nama...dan kau cantiklah! Mata hazel kau tu ahh cantik. Dengan rambut kau...putih pula tu muka kau! Takdak jerawat!" puji Sofea melambung-lambung.
"Hehe thank you awak. Ye nama saya Nadia Emelda. Kita kawan eh...saya tiada kawan di sini...awak bertiga pun cantik," kata Nadia dengan segan. Ye la orang puji kot.
"Hehe welcome!" jawab Sofea.
"Saya nak tanya ni. Macam mana awak dapat tukar ke sekolah ni? Ye la erm maksud saya yuran di sinikan mahal...maaf eh saya bukan nak lukakan hati awak," tanya Alya perlahan.
"Sokay...saya tak ambil hati pun...saya dapat surat tawaran dari sekolah ni. Pengetua lama saya kata ada biasiswa penuh dan yuran semua ditanggung oleh pihak sekolah," jawab Nadia dengan tenang.
"Surat tawaran? Biasiswa?" Atiffa menanyakan kembali.
"Ye...kenapa?" tanya Nadia hairan.
"Setahu kami...sekolah ni takdak pula beri surat tawaran...tahun sebelum ni ada je budak genius aktif sukan dapat tempat pertama dalam daerah ni tapi kenapa sekolah tak beri surat tawaran pon? Biasiswa lagi la tak pernah dengar. Kami ni dah 5 tahun di sini," jawab Atiffa.
"Oh ye ke...hm entah la," kata Nadia. Pelik again!
"Ah lantaklah...By the way kalau awak nak tau...Adam tu ketua pengawas di sekolah ni...semua pelajar takut nak cakap dengan dia. Dia tu memang kasar sikit...pernah dulu dia baling bekas makanan peminat dia. Menangis duh junior tu. Dia tengking plus maki lagi...hm" bisik Alya.
Nadia hanya mendengar.
" Tak buat report ke kat pengetua?" tanya Nadia lagi."Kalau nak tahu...walaupun dia macam tu...dia jadi anak emas sekolah ni sebab berjaya raih banyak pingat emas dalam pelbagai acara. Dan dia tu anak kepada owner sekolah ni...sebab tu la tiada sebarang tindakan diambil. Tapi masalah disiplin dekat sekolah ni clean! Sebab tu la tiada siapa berani tegur dia. Ada dulu cikgu baru masuk...pastu dia tegur Adam sebab masuk kelas lewat...hm habis Adam marah... mengamuk dia...gerun weyh...aku ni yang selalu dengan dia pon takut!" bisik Sofea.
"Oh patutla dia membuli suka hati dia ja...hm... Boleh aku tanya? Siapa tu?" Nadia menunjukkan jari ke arah Aina.
"Oh tu Engku Aina Safia Binti Tan Sri Engku Haqiem. Dia tu memang acah sikit. Sikit-sikit bising...muka dah la macam air longkang ada hati kata dia paling cantik dalam sekolah tu...kalau kau dengar dia kata si Adam tu boyfriend dia...kau pekakkan telinga je la...perasan nak mati...Adam tu tengok dia pun nak termuntah," gelak Atiffa.
Nadia turut tergelak...alhamdulillah dia dapat kawan baharu. Tiba-tiba dia terasa aura menakutkan.
"Seronok gosip di sini?" tanya seseorang!
Okay done! Hm siapa yang cakap tu? Tunggu next chapter! Vote guys! Support author! Tekan ⭐⭐⭐
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...