JUMPA✔

3.5K 318 22
                                    

Setelah selesai melakukan tekan tubi sebanyak 20 kali, Adam meminta semua untuk berkumpul.

"Baik la semua! Kita akan mulakan kelas PJ kita harini. So far disebabkan Nadia dari kelas 5A berjaya lengkapkan pusingan, Nadia akan mengambil alih kelas harini. Kalau berjalan dengan lancar selepas ini kita akan ada dua guru muda! Aku tak nak sebarang bantahan! So korang boleh pilih team sendiri. Team aku dan team Nadia. Memandang jumlah pelajar di kedua-dua kelas ialah 64 pelajar so satu team ada 32 pelajar. Lebih! Ketua akan keluarkan! Now bergerak ke kanan untuk team aku dan bergerak ke kiri untuk team Nadia" jelas Adam.

Nadia terkejut apabila namanya disebut. Lorgh! Aku jadi cikgu? Erm! Redho je la!

Pelajar lain tergamam. First time dalam hidup ini ada dua tenaga pengajar. Ada yang bersorak kerana telah terlepas dari genggaman penuh Adam. Ada yang terlebih gembira! Oh of course la! Si Alya. Dia siap berbisik dekat Nadia supaya tidak mengeluarkannya.

Pelajar yang lain terus bergerak. Secara majoritinya semua bergerak ke kiri iaitu team Nadia. Yang kekal di kanan hanyalah Diva AAM. Mesti la dekat dengan 'boyfriend' dia. Nak taknak Nadia kena la 'singkirkan' beberapa orang untuk balancekan jumlah!

Kelas PJ berlangsung selama 1jam. Sepanjang latihan itu kedua-dua team berusaha bersungguh-sungguh untuk berlatih. Nadia juga kejam seperti Adam. Bak kata guru sukannya " Dalam sukan kita kena kejam supaya kita dapat menang!". Maka Nadia melatih mereka untuk lebih mempunyai semangat berpasukan. Tidak kurang juga Adam turut melatih mereka dengan gigih. Yang lemah dikuatkan yang salah dibetulkan.

Melalui celah tingkap, seseorang tersenyum manis.

Sungguh sejuk hati ini apabila mereka sudah berbaik. Moga mereka akan berbaik lagi. Nampak sepadan mereka berdua! Pasti sekolah ni akan bersinar lagi! Kata seseorang iaitu Cikgu Rose merangkap pengetua di sekolah itu.

Waktu PJ tamat. Semua pelajar letih! Ada yang berbaring kerana terlalu penat dan ada yang sedang meminum air kerana terlalu dahaga. Ada yang sedang mengipas-ngipas diri mereka dengan tangan dek panas! Namun Adam dan Nadia tampak tenang!

"We Nad...kau tak letih ke?" tanya Sofea perlahan.

"Tak" jawab Nadia sambil tersenyum.

"Seriusly! Aku yang lelaki ni pon penat!" kata Aiman sambil terbaring lemah.

"Haha aku dah biasalah! Setakat lari sekeliling padang, tekan tubi, lari setempat, lompat jauh tu apa la sangat!" kata Nadia.

"Bapak ah. Kau ni robot ke?" kata Awie tidak percaya.

"Ha ah! Aku robot! Hahaha" gelak Nadia. Haih la nasib kawan ja.

"Dah la jom masuk kelas. Lepas ni waktu mata pelajaran fizik" ajak Nadia segera melangkah keluar dari padang.

"Sabar la! Bagi la kami rehat kejap!" ujar Atiffa dalam nada keletihan.

"Tah kau ni! Kau takpa la robot! Kau naik la dulu!" kata Alya tidak lagi mampu berdiri.

Nadia hanya menggelengkan kepala. Haih penat sikit dah tak larat. Dah la baik aku naik dulu. Nadia bergerak ke kelasnya yang berada di blok A. Nadia memasuki kelas dan waktu itu hanyalah terdapat Adam sahaja di tempatnya. Oh ya selepas peristiwa itu mereka menukar tempat dengan rakan sekelas yang lain. Si Alya yang beria-ria nak tukar padahal Nadia okay je. Nadia berfikir lalu mengambil keputusan untuk bergerak ke arah Adam. Tepat di sebelah meja Adam, Nadia meminta izin untuk duduk.

"Boleh saya duduk?" tanya Nadia sopan.

Adam pada mulanya tidak perasan Nadia berada di sebelahnya. Hampir sahaja dia menyiku Nadia. Fikirannya tadi berada di tempat lain.

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now