Malaysia✔

2.8K 240 16
                                    

Adam dan Nadia bergerak ke lapangan terbang dengan segera. Selepas mereka makan sarapan pagi tadi mereka terus bergegas ke lapangan terbang!

"Yeay akhirnyaaaa Malaysia!!!" jerit Nadia gembira.

"Amboi bukan main suka eh balik Malaysia" kata Adam menyakat.

"Ye laa...saya rindu Alya, Sofea dan Atiffa hm...selalu video call ja" kata Nadia sambil membuat mimik muka sedih.

"Saya tak rindu laaa" sakat Adam

"Untuk apa rindu...awak dah ada depan saya ni haa" jawab Nadia sambil menjeling.

Adam ketawa besar. Haih girlfriend siapa la ni?

"Dah jom gerak. Dah nak bertolak dah tu" kata Adam.

Nadia mengikut langkah Adam. Masuk sahaja di dalam kapal terbang, Nadia terus menghubungi maknya. Rindu yang teramat! Maknya sekarang sudah habis berniaga. Waktu di London sekarang ialah 8 pagi maka di Malaysia sekarang dalam pukul 3 petang.

Tut...tut...tut

"Assalamualaikum... Nadia" panggil emaknya.

"Waalaikumusalam" jawab Nadia.

Semasa di London, dia telah menelefon emaknya. Pada awalnya emaknya tidak mengenalinya kerana telefon inikan Alya and the gengs beli. So maknya belum tahu. Selepas diceritakan mengenai telefon itu barulah emaknya mengenalinya.

"Emak sihat? Ni Nadia nak beritahu yang harini Nadia akan bertolak balik ke Malaysia." kata Nadia ramah.

"Sihat alhamdulillah. Oh ya ka. Emak doakan kamu selamat tiba di Malaysia. Macam mana selama ni tinggal di London?" tanya emak Nadia. Nak telefon setiap hari bil telefon mesti melambung.

"Sejuk sikit tapi besttt...banyak tempat cantik. Nanti bila Nadia dah kaya...Nadia akan bawa emak dan abah ke sini!" cerita Nadia excited.

"Wah bagusnya. Oh ya abah kamu tanya...menang tak?" tanya Puan Sofiah ingin tahu.

"Alhamdulillah mak...menang! Tahun ni Malaysia sapu habiss! Hehe Nad dapat dua anugerah!" cerita Nadia lagi.

"Oh alhamdulillah baguss...mak tahu kamu boleh!" kata Puan Sofiah yakin.

"Hehe...semua berbuah hasil. Penat lelah berlatih semua..." kata Nadia gembira.

"Awak...end call. Kapal terbang dah nak berlepas. Nanti pramugari marah awak pula" tegur Adam perlahan.

"Oh okay la mak. Nadia dah nak bertolak. Bye assalamualaikum" kata Nadia patuh.

"Waalaikumusalam" jawab Puan Sofiah.

Nadia terus memutuskan talian dan menyimpan telefonnya.

"Sakan awak berborak dengan emak awak. Taknak kenalkan saya ka dekat emak mertua saya" sakat Adam.

"Ish awak ni! Tumbuk kang" jawab Nadia sambil menunjukkan penumbuknya.

"Haha setakat tumbukan kecil tu...takdak hal lah! Tangan kecil macam baby! Haha!" gelak Adam sakan.

Nadia terus menumbuk lengan Adam dengan kuat. Geram! Suka sakat arr

"Aduhh...kuatnyaa" kata Adam.

"Haha tahu pun! Tadi kata kuat!" ejek Nadia kembali.

"Hm sakittt" kata Adam sengaja. Ala mana sakit pun! Saja nak lihat sama ada Nadia caring tak dengan dia.

"Erm sakit sangat ka awak?" tanya Nadia risau. We sakit sangat kaaa!!!

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now