KAWAN SEMULA❤

3.2K 189 26
                                    

"Okay sekarang kau cerita tentang apa yang terjadi". Kata Sofea.

"Okay macamni petang tu Aina datang jumpa aku dia minta maaf dengan aku then dia ajak minum petang.Aku pon setuju tanda persahabatan.Tapi yang peliknya dia tak bagi aku beritahu korang dan Adam.Aku pon lepas asar terus pergi ke gate belakang seperti yang dijanjikan.Kami pon pergi dan sampai satu kawasan ni kami disekat oleh seorang lelaki dan dia bunuh pemandu kereta Aina...then  ikat kami berdua. Kami dibawa olehnya ke satu tempat. Sampai ja kat sana sekali lagi aku kena cucuk dengan ubat pelali. Bangun..bangun ja lelaki tu kata Aina dah lari. Then dia suruh aku buat video tu atau dak perompak yang masuk dalam dorm kita tu akan rogol dan bunuh korang. Aku taknak la sebab aku sayangkan korang..lepastu tsk tsk..dia tunjuk gambar tu..ak..aku tak tahu..aku kena ubat pelali tu that why aku pengsan..korang tolonglah percayakan aku tsk..tsk..aku sekarang rasa jijik dengan diri aku tau" Terang Nadia

Yang lain hanya senyap.

"Serius weyh? Patutlah lelaki tu just blah macam tu ja.." Kata Alya

"Maaff kan kami ya Nadia..kami sepatutnya tanya dulu kau. Kami minta maaf ya" Kata Sofea

"Betul tu..kami menyesal..rupa-rupanya kau cuma nak selamatkan kami ja and kesannya kau yang kena..kami minta maaf ya" Kata Atiffa

Nadia mengangguk dan terus memeluk mereka.

"Aku dah lama maafkan korang..korang ja yang ada..please jangan tinggalkan aku" Kata Nadia

"Shuh..sekarang kau dah ada tanggungjawab besar..kau kena laksanakan juga..kami dah lihat dan dengar sendiri macam mana Adam layan kau..kau kena sabar eh..insyaallah nanti akan terbongkar semua ni" Kata Sofea

"Pelik kan..kenapa Aina tak bagi tau apa-apa haritu..lebih baik kita siasat!" Kata Alya

Nadia hanya mendiamkan diri. Alhamdulillah..mereka bertiga dah berkawan baik dengan dia.

Habis sahaja sekolah, Alya menghantar Nadia pulang memandangkan Adam pulang bersama Aina. Sejak hari tu lagi, Alya dan lain-lain sudah tidak tinggal di aspuri kerana tidak mahu mengingat kejadian pecah bilik itu.

Skip

SPM tiba dengan cepat. Adam dan Nadia masih belum berbaik. Mereka masih tinggal di rumah Tengku Airil. Adam sudah memberitahu Tengku Airil yang dia ingin duduk di rumahnya sendiri namun Tengku Airil mengatakan ada baiknya selepas habis SPM. Habis sahaja kertas fizik kertas 3 maka habislah SPM bagi kelas 5A. Semua bersorak gembira.

" Malam ni jom lepak" Kata Awie

"Ha ah..jom" Sokong Adam

"Sayanggg..baby nak ikut boleh?" Kata Aina

"Mestilah boleh.." Kata Adam sambil tersenyum.

"Nadia macam mana?" Tanya Aiman saja menyelit

"Dia? Duk rumah lah..untuk apa bawa perempuan tu? Nak taste dia ka?" Sindir Adam

Nadia hanya mampu mendengar..ya mampu mendengar sahaja kerana itu suaminya. SUAMI..takkan dia nak melawan? Nanti tak bau syurga. Biar dia miskin tapi dia nak bawa mak ayahnya ke syurga.

"Weyh..petang ni jom lepak!" Kata Alya memecahkan suasana krik krik tadi.

"Erm kan..dah habis sekolah dah kita..jom la lepak" Sokong Sofea

"On!" Kata Atiffa

"Kau ilyas?" Tanya Alya

"Aku okay ja" Kata Ilyas sambil tersenyum

"Kau Nadia?..jom lah" Ajak Alya

"A..aku..kena tanya suami aku dulu..takut nanti dia tak izinkan" Kata Nadia sambil menunduk kepala nya. Dia tidak mahu menghampakan kawan-kawannya tapi suami tetap suami.

"Erm..kau tanya la sekarang" Kata Alya

" Hm jap" Kata Nadia sebelum bergerak ke arah Adam. Dilihat pasangan sejoli itu sedang rancak berbual-bual.  Nadia takut untuk mencelah kerana bimbang dirinya akan dimarahi.

"Hm..sayang..bini sayang ada dekat belakang tu..maybe ada something nak cakap" Kata Aina sambil membuat muka menyampah

"Alah biarlah dekat dia..jom makan nak?" Ajak Adam

"Erm..awak..saya nak minta izin nak keluar lepak dengan kawan-kawan boleh?" Tanya Nadia

"Hey perempuan..kau tak perlu acah baik lah..kalau kau nak keluar..keluar lah! Ada aku kisah? Oh btw malam ni aku keluar dengan Aina and hari ni kita pindah rumah baru. Mesti kau seronok kan dapat rumah baru? Jangan mimpi okay? Balik cepat..kemas! Lepas tu kita gerak balik rumah aku. Tahu la aku nak seksa kau nanti!" Kata Adam perlahan tidak mahu pelajar lain dengar

"Ba..baik" Kata Nadia

Skip

Nadia mengemas pakaiannya dan pakaian Adam ke dalam bagasi. Selepas zohor mereka bergerak. Hanya mengambil masa 15 minit ke rumah Adam. Sampai sahaja di rumahnya, Nadia tergamam. Sungguh besar dan cantik.

"Kau tak perlu berangan lah perempuan..nanti ni rumah aku dengan Aina..bukan kau..kau layak as bibik aku ja..bilik kau nanti kat dapur..bilik pembantu rumah..apa ingat aku nak tidur sekatil dengan kau? Memang taklah! Tidur sebilik pun aku dah nak ter muntah! Jijik!" Hina Adam

Nadia sudah penat mengeluarkan air mata. Kenapa dia lemah sangat? Nadia membawa begnya ke biliknya. Tiada katil. Hanya beralaskan tikar mengkuang dan bantal serta selimut saja. Namun Nadia bersyukur kerana dia sudah biasa dengan semua ini. Tiada tingkap mahupon kipas...dan tiada penghawa dingin menyebabkan bilik itu agak panas..namun Nadia tetap bersyukur. Nadia terus mengangkat bagasi Adam pula ke tingkat 3. Rumah Adam mempunyai tiga tingkat..tingkat pertama ruang tamu,dapur, tingkat dua mempunyai perpustakaan, gym dan bilik tetamu manakala di tingkat tiga mempunyai bilik Adam dan beberapa bilik lagi serta beberapa bilik khas seperti bilik muzik, bilik seni dan lain-lain. Adam melarangnya untuk menggunakan lif maka dia harus memanjat hampir 110 anak tangga sendirian dengan dua buah bagasi!

Peluh menitik di pipi Nadia hanya dilap menggunakan bajunya. Sampai sahaja di dalam bilik Adam, Nadia mengetuk pintu lalu diarah oleh Adam untuk masuk.

"Kau kemas dalam almari tu" Arah Adam

"Baik" Patuh Nadia

Sambil Nadia mengemas, dia hanya mendengar video call dari Aina. Mereka seolah-olah sengaja berbuat begitu. Mereka berborak romantik..

"Lembab gila bibik sayang buat kerja" Kata Aina dalam talian

"Itulah baby..haih lembab gila! Susun baju pun lembab! Ada hati nak jadi isteri solehah! Pehh.." Sindir Adam

"Hahaha..nanti bila kita kawin..baby akan tolong sayang kemas rumah! Hehe" Kata Aina gedik!

"Okay baby..macam ni la baruu lelaki sayang! Ni tak! Jual tubuh dekat orang lain then bila terbongkar..ha acah ustazah!" Sindir Adam lagi

"Alolo..bila kita nak kawin ni hm?" Tanya Aina

"Nanti sayang bincang dengan ayah okay? Lepas ceraikan perempuan ni..sayang kawinlah dengan baby..hm dah la..sayang nak tidur sekejap..malam ni kita jumpa okay? See you soon baby..muah..i love you" Kata Adam

"Muah..okay sayang..i love you more" Kata Aina

"Pukul 8 gerak aku faham?" Kata Adam

"Baik." Kata Nadia sebelum keluar dari bilik Adam

🌸🌸🌸

Done❤ sorry lama menghilang❗ author tak berapa sihat👀 oh ya! Jangkaan cerita ni akan hbis adalah bulan ni! So author akan cepat kan update💕 jangan lupa vote⭐⭐⭐

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now