"Serius wey? Adam tu kenapa kejam sangat!" Kata Alya
"A..aku tak tahu..hm..kalau tu dia nak..aku redho" Kata Nadia
"Kau kena kuat eh" Sokong Sofea
"Erm..Nadia..kau minta je la cerai dengan dia..then nikah dengan Ilyas..mesti kau lagi bahagia" Kata Atiffa
"Ish kau ni..apa kata macam tu" Marah Alya
"Aku cadang je..k..jangan lah marah" Kata Atiffa
"Dah..sekarang kau kena pikat balik dan explain satu persatu dekat suami kau. Dah ternyata kot! Kau suci! Means kau bukan seorang pelacur! Ni salah faham je" Kata Sofea
"Aku cuba okay?" Kata Nadia sambil tersenyum. Tiba-tiba, ayah mertuanya menelefonnya. Ha sudah
"Assalamualaikum Nadia" Tengku Airil memberi salam
"Waalaikumusalam ayah.." Jawab Nadia
"Kamu sihat? Di mana ni?" Tanya Tengku Airil
"Alhamdulillah sihat..ni tengah lepak dengan kawan-kawan dekat cafe..kenapa ayah?" Tanya Nadia kembali
"Hm..macam ni..kamu dah dengar yang Adam ingin menikah lagi sorang..ayah nak kamu jujur.. Kalau kamu tak setuju..ayah tak akan benarkan dia menikah lagi sorang..sekarang ni..ayah tanya..kamu setuju atau tidak..kamu akan dimadukan?" Tanya Tengku Airil serius.
Nadia terdiam sebentar dan kata-kata suaminya kembali dalam fikirannya.
"Hey perempuan..aku boleh bayarkan wang pengajian kau tapi..kau kena terima aku akan kawin lagi satu dengan Aina..bila ayah aku tanya. Kau jawab SETUJU! Faham?"
"Nadia?" Panggil Tengku Airil
"Ye..Nadia terima ja..Nadia tak kisah..Nadia benarkan Adam berkahwin lagi" Kata Nadia sambil tersenyum tawar.
"Betul ni? Kamu tak tipu?" Tanya Tengku Airil inginkan kepastian
Nadia teragak-agak. Isteri mana yang mahu dimadukan?
"Ya" Jawab Nadia sepatah
"Kalau begitu..baiklah..ayah harap kamu berbaik okay?" Kata Tengku Airil memberikan nasihat
Nadia menamatkan panggilan. Terus dia menangis di pangkuan kawannya bukan SUAMINYA. Dia tidak mampu kuat lagi
"Shuh..dah..jangan nangis..aku tau kau kuat..dah" Pujuk Alya
Skip
Majlis pernikahan Adam dan Aina bakal berlangsung minggu depan. Masa berlalu dengan pantas. Majlis diadakan di rumah Adam sendiri. Kali ini..majlis adalah secara besar-besaran. Tetamu dari pelosok negeri datang ke majlis itu. Nadia pula membantu apa yang patut kerana dia masih lagi isteri kepada Adam. Dilihatnya Adam sungguh berbahagia dengan Aina. Namun yang peliknya, mak kepada Aina iaitu Puan Sri Engku Raisha datang memeluknya.
"Sabar ya Nadia..aunty sudah penat melarang Aina tapi dia masih berdegil..nanti suatu hari nanti..Nadia akan berbahagia ya nak..perlu tunggu sahaja lagi" Kata Puan Sri Engku Raisha
"Takpa Aunty..sokay" Kata Nadia
"Mak kamu Sofiah datang tak?" Tanya Puan Sri Engku Raisha
Nadia mengerutkan dahi. Aik? Mak Aina kenal mak aku? Aku rasa mak aku tak la terkenal sangat..duduk kampung ja..kalau ya pun kenal..sampai kenal nama mak dia..hm mungkin kenal sewaktu dia dan Adam bernikah dulu.
"Oh tak..mak ayah agak sibuk sekarang..biasalah cuti sekolah" Kata Nadia sambil tersenyum
"Oh begitu..baiklah..nanti kirim salam dekat mak ayah okay?" Kata Puan Sri Engku Raisha
"Baik Puan Sri" Kata Nadia
"Jangan la macam tu..panggil mommy ja la..mommy dah anggap kamu anak kandung dah" Kata Puan Sri Engku Raisha
"Baik mommy" Kata Nadia tersenyum..alhamdulillah mak ayah Aina baik orangnya..rendah diri je
Sesi tangkap gambar bermula. Pada awalnya Nadia tidak ingin masuk campur namun atas arahan Tengku Airil,Nadia terpaksa juga bergambar. Dia berdiri di sebelah Aina memandangkan Tengku Airil berdiri di sebelah Adam. Aina membisikkan sesuatu kepada Nadia
"Welcome to the hell. Aku akan pastikan kau merana! Aku akan buat Adam bencikan kau! Kau tunggu dan lihat!" Kata Aina perlahan
Nadia hanya mendiamkan diri. Dia terlalu letih dengan semua ini. Entah kenapa dua tiga hari ni dia makan agak berselera. Badannya pun agak berisi. Entah lah..
Malam itu, hanya tinggal mereka bertiga di rumah itu. Tengku Airil sudah pulang memandangkan dia ada hal sedikit. Aina dan Adam duduk di atas sofa sambil berpelukan
"Sayang..bila sayang masuk kerja?" Tanya Aina sambil melentokkan kepalanya di bahu Adam
"Hm minggu depan..Why?" Tanya Adam kembali
"Jom honeymoon? Baby teringin nak pergi Paris! Tempat orang bercinta hm!" Kata Aina sedikit kuat supaya Nadia dapat dengar. Dia tahu Nadia dan Adam tidak pernah pergi honeymoon selama ini
"Boleh je..nanti esok sayang tempah flight" Kata Adam sambil tersenyum
"Yeay..sayanggggg my husband!" Kata Aina gedik
"Hm jom! Malam pertama aumm" Kata Adam sebelum mendukung Aina ke bilik tidur mereka
Nadia pula hanya memerhatikan mereka berdua. Titisan demi titisan air mata keluar. Takpala Nadia..nanti kau nak sambung study dah kan? So boleh la dia pergi dari hidup mereka.
Skip
Aina bangun agak awal kerana perutnya berbunyi. Semalam dia dan Adam melakukan 'projek' sehingga lewat malam. Dia terus turun dan mendapati Nadia sedang memasak. Bagus lah!
"Woi perempuan..kau masak apa? Cepatlah aku lapar ni.." Jerit Aina
"Aku masak nasi goreng ja" Kata Nadia
"Sedap mulut kau..panggil aku Puan! Dan Adam Tuan! Faham?" Jerkah Aina
"Ke..kenapa pula..saya pon isteri Adam" Bela Nadia
"Isteri? Hergh..ada dia layan kau macam isteri? Ada? Ada dia layan kau macam dia layan aku? Ada? " Provok Aina
Nadia hanya mendiamkan diri. Benar apa yang Aina cakap. Layanan Adam terhadap Aina dan Nadia berbeza.
"Kalau kau nak selamat..nak jadi isteri solehah..dengar cakap aku..sekali je aku cakap kau nak bunuh aku..Adam mesti akan percaya! So ikut cakap aku faham!" Kata Aina
"Fa..faham" Patuh Nadia
"Apa yang bising-bising ni? Pagi-pagi dah gaduh?" Tanya Adam
"Takdak apa lah sayang..ni ha jom makan..baby masakkan nasi goreng! Harapkan bibik yang depan mata ni..haram tak reti nak masak" Kata Aina
"Wah..baby masak hm.. Sedapnya aroma..jom makan" Kata Adam
"Bibik..buatkan air..jangan letak racun pula" Arah Aina
"Baik Puan" Kata Nadia. Adam pelik dengan panggilan itu dan diendahkan sahaja
"Minum Tuan..Puan.." Kata Nadia
Ting Tong~~~
"Sekejap..saya pergi lihat" Kata Nadia..
"Eh kejap..biar saya lihat..kau pergi basuh baju aku..guna tangan okay..no washing machine!" Kata Aina
"Ba. Baik Puan" Kata Nadia lalu segera ke tingkat atas untuk mengambil baju Aina
Aina terus ke pintu hadapan. Oh posmen.
"Ye ada apa?" Tanya Aina sombong
"Ini surat untuk Nadia Emelda" Kata lelaki itu
"Meh sini. Dah shuh shuh..busuk" Kata Aina lalu menghempas pintu dengan kuat. Sungguh biadap!
🌸🌸🌸
Done❤ jangan lupa vote⭐⭐ thanks for 6.4K viewers❤ dan 900 votes⭐ thanks guys💕 road to 7K viewers and 1K votes🌸
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...