"Sayang kena jadi kuat okay? Sayang tak boleh lemah. Kalau kita lemah... nanti orang pijak kepala kita. So start dari sekarang, sayang kena kuat okay?" kata Adam sebelum Nadia masuk ke dormnya. Sayang sungguh Adam sehinggakan dia menemani Nadia dari padang hingga ke dormnya.
"Okay... sayang cuba... dah la... pergi balik... rest... thanks untuk harini," kata Nadia.
"Okay... sama-sama untuk kesayangan hehe," kata Adam sambil mengenyitkan matanya.
"Mengada," kata Nadia sebelum melambai-lambai tangan kepada Adam.
**********
Keesokannya
Alya, Sofea dan Atiffa sudah pulih dan sudah kembali ke sekolah. Mereka sudah mula bergembira. Nadia tersenyum apabila mereka sudah pulih dan secara tidak sengaja dia memikirkan video itu. Dia harap mereka tidak akan mempercayai. Aina juga sudah kembali ke sekolah namun dia bagai selalu diperhatikan oleh Aina.
Waktu rehat seperti biasa,Adam dan Nadia akan duduk berdua. Namun secara tiba-tiba, Aina menghampiri mereka dan duduk di sebelah Adam.
"Eh kau ni kenapa. Duduk tempat lain lah. Jangan ganggu kami! Ni kan meja untuk kami dua ja," kata Adam malas ingin melayan Aina.
Aina yang gedik melentokkan kepalanya di bahu Adam. Nadia yang melihat itu terus berpaling ke arah lain.
"Eh kau ni kenapa eh? Pergi la... Kau jangan rosakkan hubungan kami berdua!" kata Adam sedikit marah.
"W...what? Korang couple lagi ka?" tanya Aina sedikit kuat menyebabkan ramai orang melihat pertelingkahan itu.
Adam pelik. Dia memang couple dengan Nadia dari awal lagi kan?
"Mesti lah. Kenapa kau fikir kami bukan couple? Bukan kau ka yang meroyan dulu kami couple!" kata Adam memerli Aina.
"No. Hari itu I dengar U dah putus! I dengar dengan telinga I sendiri dekat padang semalam! U dah putus right? So I ada hak untuk tackle U," kata Aina.
"Oh my god! Kau dengar apa orang bicara? Hey tak tahu malu ka? What? Tackle I? Sorry sikit okay. Kau dah tak layak! Kau tu cinta aku yang dah mati! Dulu aku bukan main cintakan kau... terhegeh dekat kau namun kau? Kau main kayu tiga ja. Kau bersama dengan orang yang lagi kaya dari aku. Kau ni bukan nakkan kasih sayang tapi nak harta ja! Dasar kaki kikis! Aku menyesal sukakan kau! Walaupun susah nak lupakan kau tapi sebaik sahaja aku jumpa Nadia! Aku terus lupakan kau! Syukur kerana Allah temukan aku dengan Nadia..kalau tak aku masih berharap kasih sayang kau!" kata Adam lantang di depan orang ramai.
"Awak... sudah la. Jangan lah jatuhkan maruah orang... awakk sudah la," kata Nadia. Dia kesian dengan Aina dipermalukan di depan orang ramai. Tambahan lagi dia nampak mata Aina yang berkaca. Barangkali akan menangis.
"How... dare U malukan I depan semua orang. Baik I akan pastikan U datang kembali dekat I! I janji! U akan menyesal!" kata Aina lalu berlari dari kantin itu.
Pelajar yang lain masih melihat drama itu! Adam terus menjeling pelajar-pelajar itu sambil berkata.
"Ha tengok apa lagi? Nak lari dekat padang ka tengah hari buta ni? Jaga mulut jaga mata! Aku dapat tahu ada gosip! Semua aku denda!" kata Adam lalu duduk semula dan makan hidangan nya seperti biasa.
Nadia yang melihat pertelingkahan itu terus terdiam. Dia tahu sekarang Adam sedang marah. Boleh dilihat urat di kepalanya.
"Awak..."
Adam terus memberi jelingan maut kepada Nadia.
Nadia menelan air liur. Silapnya!
"Biy..."
Adam terus berhenti memberi jelingan itu. Fuhhhh.
Adam hanya meng'hmm' saja.
"Biy... are you okay? Dah laa... lagipon aw... biy tak perlu lah kata begitu. Tak manis lah menyakitkan hati seorang perempuan. Tak baik!" nasihat Nadia cuba membela Aina.
"Sudah lah. Makan... nanti nak bertugas pula," kata Adam cuba mengalihkan topik.
"Hm ye la," kata Nadia
"Oh erm... cuti seminggu nanti balik rumah?" tanya Adam.
"Mesti lah! Rindu ha dekat mak dan ayah. Rindu masakan diorang! Hm!" kata Nadia.
"Amboii... rindu diorang ja ka.. .nanti di sini rindu bagaimana?" tanya Adam.
"Alaaaa di sanaaa... di sana janganlah rindu di sini... seminggu ja di sini nak family time!" kata Nadia sambil ketawa! Bahagia hm!
"Hm why not... biy ikut sayang? Boleh merasa kehidupan kampung!" kata Adam.
"Sure? Tak perlulah! Nanti tak biasa pula suasana kampung. Sayang takpalah dah biasaa," kata Nadia. Dia tidak mahu Adam merasa susah.
"Oi borak apaaa tuu," jerit Alya.
"Haha takdak apa lah. Ni ha Adam nak ikut aku balik kampung," kata Nadia.
"Wahhh besttnyaa. Nak ikuttt," kata Sofea.
"Kampung ja kot. Apa yang best?" tanya Awie hairan.
"Ha ah. Kampung ja kot. Bukan ada apa!" sokong Aiman.
"Elehhh best apa. Dapat menikmati suasana kampung. Hm fresh!" kata Atiffa.
"Ew," kata Alya geli.
"Amboii... bukan main kutuk kampung! Hahaha... apa korang ingat kampung leceh sangat ka? Tolong sikittt okay!" kata Sofea
"Kau pernah duduk kampung ka?" tanya Nadia pelik.
"Pernah. Tiap-tiap cuti aku balik kampung mak ayah aku. Huhu redho! Awal-awal tu aku memberontak juga tapi at last aku semakin suka," kata Sofea.
"Kau Atif? Pernah ka?" tanya Nadia.
"Hehe tak," kata Atiffa sambil tersengih.
"So korang nak ikut ke tak?" tanya Adam.
"Awak... awak boleh ka hidup susah? Saya taknak nanti awak menyesal" kata Nadia.
"Sokayy," kata Adam.
"So sapa nak ikuttt?" tanya Adam.
"Akuuuu" kata Sofea.
"Aku nakk juga!" kata Atiffa dan Alya.
"Kami pun! Aku tak sabar nak jumpa awek kampung!" kata Awie dan Aiman.
Nadia hanya menggeleng kepala. Mak ayahh terima ja la kebudak-budakan kami.
Cuti sahaja persekolahan, seperti yang dirancang, semua sudah bersiap sedia. Semua sudah berada di perkarangan sekolah menunggu Adam. Mengikut rancangan Alya, mereka akan menaiki dua buah kereta. Satu kereta dibawa oleh Aiman dan semua akan menumpangnya kecuali Adam dan Nadia. Adam dan Nadia akan menaiki kereta bersama-sama. Sengaja mereka biarkan begitu supaya mereka dapat berdua-duaan! Ahaks! Rancangan Alya memang menarik!
Perjalanan memakan masa agak cepat kerana jalan yang tidak jammed. Di dalam kereta, Adam tidak habis menyakat Nadia.
"Sayang. Nanti perkenalkan biy dekat mak ayah sayang tau. Kata bakal menantu!" seloroh Adam
"Haha galakk! Nanti ayah sayang tanya macam-macam ha jenuh satu hal!" kata Nadia
"Alah... biy jawab ja lah! Hehe," kata Adam
Nadia hanya menggeleng kepala. Ya Allah kekalkan lah kebahagiaan ni!
Sampai sahaja, mak ayah Nadia sudah menunggu mereka. Nadia sudah memaklumkan kepada mak ayahnya dua hari selepas mereka merancangnya dan mereka menerima dengan hati terbuka. Mereka gembira kerana mempunyai tetamu yang ramai.
Nadia terus menyalami ayahnya dan memeluk ibunya. Ya Allah rindunyaa. Adam agak gusar! Terketar-ketar tangannya menyalam Encik Hisham! Tadi bukan main berani! Kutuk Nadia dalam hati! Hahahaha
🌸🌸🌸
Done!❤ part seterusnya @ kedua seterusnya akan ada konflik TERBESAR! So get ready! Maaf sebab semalam tak update😚 semalam busy sikit😶 jangan lupa tekan ⭐⭐⭐ support guys
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...