Selepas seminggu bertungkus lumus, Nadia dan Adam sudah bersedia untuk pertandingan itu. Pertandingan itu melibatkan 2 bahagian iaitu dari segi akademik dan sukan. Bahagian akademik semestinya mengenai pengetahuan am seluruh dunia dan bahagian sukan semestilah sukan.
Untuk bahagian akademik setiap peserta mestilah menjawab 10 soalan yang disediakan dan jawapan yang betul semua akan dikira sebagai pemenang. Jika 2 atau lebih peserta mendapat full mark...pemenang akan dikira melalui masa...iaitu siapa paling awal hantar soalan. Untuk bahagian sukan pula terdiri daripada larian 100m, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan larian baton melibatkan dua orang peserta dari setiap wakil sekolah. Tahun ini Highschool Star akan menyertai larian baton kerana tahun ini mereka menghantar Adam dan Nadia berbanding sebelum ini hanya menghantar seorang wakil sahaja.
"Kau dah ready Nadia? Goodluck untuk esok!" kata Sofea sambil memeluk Nadia erat.
"Insyaallah ready! Hehe" kata Nadia tersengih.
"Jom packing barang kau...kami tolong" Alya ingin menolong Nadia untuk packing barang yang akan dibawa oleh Nadia ke London esok.
"Takpa la...tak nak susahkan korang...aku pergi kemas dulu eh" kata Nadia segan.
"Haih berapa kali aku cakap...kita ni kawan...bukan lawan..aku ulang KAWAN bukan LAWAN...so bila kita kawan kita kena saling tolong-menolong. Tak dak erti menyusahkan dalam persahabatan" Tazkirah Atiffa panjang lebar hm.
"Haha ye la...aku minta maaf...ha jom" ajak Nadia.
Mereka bergerak ke bilik Nadia. Nadia mengeluarkan bajunya dan seluar serta perkakas yang dia ingin bawa.
"Er...Nad... ni ja ka baju kau? Baju yang cantik sikit tiada ka? Aku dengar pertandingan tu berlangsung selama seminggu tapi semua tu habis dalam 5 hari je...acara akhir iaitu pemberian hadiah last day, means hari ke 7...so apa kau nak buat hari ke 6? Berkurung dalam bilik? Mesti Adam ajak kau jalan-jalan. Lagipon waktu pemberian hadiah tu mereka buat waktu malamkan? So mesti ada party...tak kan la kau nak pakai baju sukan or baju t shirt?" tanya Alya.
"Dan kau ada sweater nipis ja? Kau tahu tak kadang-kadang cuaca sana sejuk nak mati" tanya Sofea lagi.
"Er...aku kan susah...cukup-cukup je aku beli baju ni...ala hari ke 6 tu aku nak rest ja...dan untuk party tu aku pakai je la apa pon janji tutup atas dan bawah." jawab Nadia ringkas.
"Ya Allah budak ni! Kenapa tak bagi tau kami! Aiee...ye la kami boleh beli dekat kau!" kata Alya ingin menampar tangan Nadia namun Nadia sempat mengelak.
"Taknak la aku. Aku bukan orang yang meminta. Aku tak suka guna duit orang. Nanti orang kata aku kawan dengan korang sebab duit ja. Aku ikhlas kawan dengan korang. Biar aku dipandang hina tapi jangan korang dipandang hiha." jawab Nadia.
"Kau ni kan pandai ja menjawab!Aiee kami yang senang ni boleh la tolong kau. Kami tahu kau susah so biarlah kami tolong. At least kau kena cantik juga Nadia...kami tahu kau ikhlas kawan dengan kami...dan tahu kau tak suka guna duit orang tapi kita kan family? So lepas ni...bagitahu je okay apa yang kau nak...insyaallah kami boleh bantu..." kata Alya prihatin.
"Betul tu...duit senang dicari tapi sahabat sukar dicari...lagipon kau ajar kami subjek matematik tambahan. Kalau kau nak tahu...kami ni markah atas urat ja tau...40%, 41% and paling tinggi kami pernah dapat 44%...itupon kes cikgu tersilap bagitau soalan...lepas ja kau ajar kami...keputusan kami dah naik...aku pon dah dapat 52% untuk ujian 1." kata Sofea bangga.
Ujian 1 berlangsung seminggu selepas Nadia tiba di sekolah ini. Mengejutkan ramai orang, Nadia berjaya raih top 3! Nadia banyak ketinggalan kerana di sekolah lamanya mereka baru habiskan 3 bab manakala di sini sudah 5 bab. So nak taknak Nadia terpaksa belajar sendiri 2 bab untuk berjaya.
Maka dia telah berusaha dan berjaya mendapat tempat ke 3. Semestinya Adam mendapat tempat pertama! Dan yang mengejutkan Nadia ialah Aina...Aina mendapat tempat ke 2. Sungguh tidak disangka yang rupanya Aina seorang yang bijak. Namun ada desas desus mengatakan Aina merasuah pegawai dan ada yang mengatakan Aina meniru.
Nadia abaikan desas desus itu kerana biarlah apa yang kita buat janji Allah nampak! Nadia bertekad untuk belajar lebih lagi dan mendapat tempat pertama. Alhamdulillah mak ayah nya turut berbangga. Biasiswanya pon sudah dalam proses. Nadia akan mendapat rm1000 sebulan. Banyakkan? Well sekolah kaya kan! Rm1K tu berapa la sangat!
"Ha ah...betul tu...kau tolong kami apa yang kau boleh...dan kami akan tolong kau apa yang kami boleh...mulai sekarang kita jaga kita! Kita adalah family! Mesti saling tolong-menolong! No rahsia! Okay?" kata Atiffa sambil menunjukan jari kelingkingnya.
"Hm okay" kata Nadia menyambut jari itu dan menyatukannya.
"Now jom kita pergi shopping! Aku akan belikan kau baju cantik-cantik supaya Adam tu tergoda dengan kau! Hahaha" kata Alya semangat. Ini kepakaran dia!
"Banyak la goda. Aku ni mana cantik kalau nak dibandingkan dengan Aina. Aina lagi cantik...lagipon Aina tu ex girlfriend yang Adam paling sayanggg" kata Nadia meleret.
"What! Macam mana kau tahu? Siapa cerita?" tanya Sofea terkejut.
"Adam la...dia cerita dekat aku dekat bumbung haritu" jawab Nadia pelik. Kenapa pula?
"Seriuslyy cerita tu dah diam setahun kot. Tak dak siapa buka cerita sebab takut Adam mengamuk." kata Atiffa menerangkan situasi semasa.
"Apa yang terjadi dekat diorang sebenarnya? Adam cerita Aina curang?" tanya Nadia ingin tahu.
"Ha ah...Aina curang dengan lelaki lain. Tak silap aku waktu tu ada seorang pelajar lelaki anak Dato ada banyak company dalam dan luar negara...so si Aina tu nakkan duit ja. So dia goda la budak tu. Kalau kau nak tahu lelaki tu pon playboy...ha elok la. Curang mencurangi...lepas kejadian tu la Adam dah mula tegang, panas baran dan jarang senyum! Dia dah kecewa tapi dikatanya sudah moveon tapi susah la!" cerita Sofea.
"Ouh..." Nadia hanya mengangguk
"Dah la oii...jom shopping! Esok kau dah nak bertolak! Kang tidur lambat tak terjaga esok!" kata Alya tak sabar.
"Dah jom! " ajak Atiffa.
"Alaaa baru kul 11.27 a.m! Tengah hari pon dak lagi! Baru nak gosip!" kata Sofea sedih...huhu baru nak membawang!
"Dah nanti membawang dalam kereta!" kata Alya mengheret mereka ke dalam kereta.
Mereka semua bersiap ala kadar lalu pergi ke shopping mall terdekat. Ye la balik nanti nak packing lagi then mesti penat! Lagipon bukan tak tahu kalau girl shopping macam mana! Yang tu tak berkenan yang ni cantik yang tu elok tapi tak beli...ada juga yang pusing satu mall last-last beli dekat kedai pertama juga!
"So jom shopping! Kita beli baju cantik-cantik!" jerit Alya terlebih excited.
Nadia hanya menggeleng kepala. Haih budak tiga orang ni! Betul-betul berperwatakan budak-budak bila mereka bersama tapi bila orang buat bukan-bukan dekat salah seorang daripada mereka...mereka akan jadi menakutkan! Nadia rasa bertuah kerana dapat kawan yang baik begini!
Okay guys! Support please! Thanks baca! Untuk silent readers! Tolong bantu saya tekan ⭐..mudah kan? Oh ya selamat berpuasa🙈❤ jangan tinggal puasa!🙈
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...