Hero ll✔

3.2K 257 11
                                    

Lepas asar, Nadia bersiap untuk ke padang. Ha lupa la tu. Dia nak pergi berlatih untuk pertandingan di luar negara tu. Kami mesti hardworking untuk berjaya. Kalau berusaha mesti akan berjaya! Man Jadda Wa Jadda! Sesiapa berusaha pasti berjaya. Lepas usaha mesti berdoa kepada-Nya.

Nadia memakai pakaian sukan dan kasut sukan yang dibeli oleh Alya and the gengs. Nadia bergerak ke padang yang jaraknya hanya 100 meter dari dormnya. Kelihatan Adam belum tiba. Mungkin belum tiba kerana rumahnya agak jauh dari sekolah. Tiba-tiba terasa bahunya ditolak dan akibat tolakan kuat itu Nadia tidak dapat seimbangkan diri lalu jatuh ke tanah.

"Woi anak nelayan...kau ni memang nahas eh...berani kau kacau boyfriend aku! Yang kau gatal sangat dah kenapa? Siap berpeluk-peluk bagai. Aku tau la boyfriend aku tu hensem, kaya, sasa...kau tak payah nak gedik dengan dia. Kau ingat sikit diri kau tu. Kau tu bukan kelas kami. Kau tu layak digelar hamba ja. Tak tak aku rasa lagi bawah dari hamba! Perempuan pelacur! Bodoh! Tak sedar anak miskin ada hati nak dekat orang kaya!" maki Aina.

Nadia diam! Dia tidak boleh bersuara. Kata-kata Aina sangat mengguris hatinya. Dia terlalu lembut! Hatinya tidak kuat untuk melawan!

"Woi pekak ka bisu kau ni? Belajar dekat kelas 5A tapi bodoh! Ka kau jual badan kau dekat pihak atasan ni!" kata Alia sengaja cucuk jarum.

"Eee geli pula aku nak tengok dekat mata aku ni. Busuk pula tu. Oh lupa! Anak nelayan kan! Bau ikan!" kata Maya lagi menambah rasa.

Sejurus itu mereka ketawa seperti hantu langsuir. Nadia hanya mampu menangis! Ahh kenapa hati tak kuat ni!

"Woi ! Korang buat apa ni?" jerit Adam yang baru tiba.

"We Adam! Baik kita blah dulu!" kata Maya menarik lengan Aina.

"Ala biarla dia tengok aku jap! Penat aku bergaya harini! Cantik kan aku!" kata Aina penuh kegedikkan.

"Cantikkkk tapi dengan kes haritu belum settle dan sekarang tengok minah ni...dia menangis pula...kau ingat dia akan percaya cakap kau?" kata Alia yang rasanya lebih pandai dari Aina.

"Hm betul juga eh...okok jom!" kata Aina lalu berlari ke kereta mereka.

Adam pada mulanya baru keluar dari kereta terkejut melihat tiga orang pelajar perempuan mengelilingi seorang pelajar yang duduk di atas tanah. Apabila diamati wajahnya...Rupa-rupanya Nadia! Terus dia ke arah padang!

Selepas Adam menjerit, sekumpulan pelajar itu berlari ke arah kereta Alza. Adam tidak sempat untuk mengejar mereka lalu berpatah balik untuk melihat keadaan Nadia. Kelihatan Nadia duduk bersimpuh dan tangannya diletakkan di muka. Barangkali menangis...apa lagi yang Aina and the geng buat! Haihh...ingat dia tak tahu geng Aina tadi.

"Nad...kau okey tak? Dah la tak perlu menangis. Kau ni...kenapa cenggeng sangat? Kuat la sedikit...lemah la kau ni...senang sangat orang pijak...dah la woi" kata Adam agak kasar.

"Hm...saya...okey" kata Nadia perlahan.

"Haih kau ni! Dah la tak perlu berlatih harini. Kau balik la" kata Adam membuat keputusan.

"Tak...takpe saya okay.." kata Nadia tegas dengan keputusan nya.

"Aie kau ni memang degil eh? Dahh" kata Adam lalu dikeluarkan telefonnya lalu menelefon seseorang

"Wey datang ambil kawan kau ni. Dia menangis" tutur Adam.

..........

"Bukan aku yang buat la siot! Geng Aina tadi! Entah apa yang diorang buat" kata Adam lalu menjeling Nadia. Nadia melihatnya dengan mata sembab dan kelihatan agak keliru. Mungkin tertanya-tanya siapakah di dalam talian.

.........

"Ha cepat!" ujar Adam menggesa.

"Kau jangan risau la. Aku call Sofea tadi...awalnya dia marah aku sebab dia ingat aku yang buat kau sedih" kata Adam.

"Oh" jawab Nadia ringkas.

"Maaf eh sebab aku lambat...tadi aku ada hal...kalau aku datang awal mesti tak jadi macam ni" kata Adam penuh bersalah.

"Tak...bukan salah awak...takpe..." kata Nadia membela Adam.

"Hm ye la...aku minta maaf eh" ucap Adam lagi.

"Hm...bukan salah awak la" kata Nadia menegaskan yang bukan salah Adam. Apa yang mamat ni nak?

"Hm okay la...jom kita tunggu dekat sana." ajak Adam menunjukkan ke arah pondok yang teduh.

"Hm jom" kata Nadia perlahan lalu cuba untuk berdiri. Mereka bergerak bersama-sama ke arah pondok kecil itu.

" Kau ni kenapa lemah sangat eh? Cuba jadi kuat dan melawan..." tutur Adam perlahan.

"No comment...Saya memang begini. Takpe dah biasa kena buli la! Saya tak kuat untuk melawan orang" jawab Nadia.

"No kau kena kuat la! Kau baik sangat...nanti orang pijak...see Aina dah pijak...aku minta maaf eh dari pihak dia" kata Adam bersalah.

"Takpe...saya dah maafkan dia. Dia sayang lagi tu dekat awak. Awak better bersama dengan dia balik" nasihat Nadia namun entah kenapa sebaik sahaja dia mengatakan ayat itu...hatinya seolah dihiris dengan pisau.

"Hm entah la...aku dah cuba untuk moveon sekarang. Dah la...aku nak fokus untuk SPM" kata Adam memberi kata putus.

"Hm betul" kata Nadia menyokong kata-kata Adam.

"Weee kau ok tak? Risau we!! Aiee Si Beruk tu! Dapat dekat aku memang teruk aku kerjakan!" kata Sofea yang terus menyergah mereka.

"Kan...aie maybe nak lagi penampar sulung aku ni!" kata Alya geram sambil mencekak pinggang.

"Kau okey Nadia?" tanya Atiffa perihatin. Harapkan dua ekor mangkuk tu hm hampeh.

"Hm aku okey la!" kata Nadia. Melebih pula diorang ni.

"Haih kau ni! Nanti aku ajar kan si Aina tu! Takpe nanti tampar dia lagi...bagi dia sedar sikit" kata Alya sambil mengacah tangannya ke udara.

"Haha sudahh...lantak la kat dia...aku macam mana ok!" kata Nadia tersengih.

"Kau kena kuat...haih korang ajar sikit kawan korang ni untuk lebih kuat!" kata Adam yang tadi berdiam diri.

"Ha ah.. okey thanks Adam sebab kau ada tadi. Kalau tak dak hm matilah budak ni! Takpe nanti aku ajar!" kata Alya bangga.

"Bodoh la kau ni! Jaga ayat sikit. Mati...mati!" marah Atiffa.

"Hehe sorry..." kata Alya memohon maaf.

"Hm dah la jom berlatih Adam... Pertandingan tu dah nak dekat...minggu depan je..." kata Nadia meleraikan pergaduhan mereka.

"Hm kau okey ka? Kalau tak...esok je la." cadang Adam.

"Aku okey...Practise make perfect" kata Nadia tersenyum.

"Hm okeyla kalau kau kata macam tu...jom" ajak Adam.

"Amboii ingat sikit...kami masih ada di sini! " kata Atiffa sengaja mengusik.

"Hehe sorry...korang nak join?" tanya Nadia.

"Taknak la! Korang pergi la berlatih...kami tengok je korang...bagi support each other!" kata Alya tersengih busuk. Alaa malas laa.

"Kau malas kan? Eleh support! Kami ni dah tahu...perangai kau! Malas bersukan!" kata Sofea. Wahh hebatla Sofea boleh baca isi hati Alya.

"Hahaha yeah!!" ketawa Alya. Kantoi!

"Dah la...aku pergi dulu...kang singa mengamuk satgi! Hehe bai" kata Nadia sambil menggelengkan kepala. Budak-budak ni sekeh kepala baru tahu.

"Aku dengar! " laung Adam dari padang.

"Upss! Hahaha" ketawa mereka berjemaah.

Okay guys! Next update! Tq for support! Jgn lupa tekan ⭐⭐⭐

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now