Makan bersama✔

3.1K 293 21
                                    

Setelah tiba di sekolah, Nadia membawa barang ke dalam blok Aspuri. Bahan mentah seperti ayam, daging, udang dan sotong di simpan di dalam peti sejuk. Nadia membersihkan diri lalu menyinting lengan baju. Nadia mengeluarkan ayam dan membasuhnya. Nadia ingin membuat nasi ayam.

"Oit...kau buat apa?" tanya Alya berminat.

"Aku nak buat nasi ayam" kata Nadia tersenyum.

"How? Ajar please!" pinta Alya.

"Okay...Bahan-bahan dia ialah
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan " kata Nadia seperti seorang tukang masak.

"Oh...macam mana nak buat?" tanya Alya sambil tangannya menaip bahan-bahan untuk membuat Nasi Ayam di telefonnya.

"Okay! Kisar halia dan bawang putih serta bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.
Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang." kata Nadia sambil membuat kerja-kerja masakan.

Alya pula membasuh beras manakala Sofea mengemas meja makan. Atiffa pula membuat air untuk diminum. Diambil perasa anggur dan dimasukkan 5 sudu gula ke dalam jug. Dimasukkan ais dan Atiffa merasa sedikit air yang di bancuhnya.

Nadia pula agak sibuk di dapur. Bergerak ke sana dan ke sini. Rupa-rupanya Nadia membuat puding karamel.

"Kau buat apa lagi Nadia ?" tanya Alya pelik. Ye la nasi ayam dah siap...air pon dah siap...apa lagi?

"Hehe puding je" kata Nadia tersengih.

"Wahh sedapnya! Nak resepi! " pinta Sofea.

"Boleh, bahan-bahan yang diperlukan ialah 5 biji telur size B, jika size A, 4 biji dah cukup, 1 tin susu cair, 150ml air biasa, 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil esen vanilla...untuk karamel pula...5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air." terang Nadia.

Sofea sempat mencatatkan resepinya di dalam telefon.

" Cara nak buat pula senang je...Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan. Satukan semua bahan-bahan puding didalam mangkuk.Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel. Kukus selama 45minit atau sehingga masak. Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan. Siap!" terang Nadia.

Nadia memberi resepi sambil tangan lincah membuat puding itu. Selepas 45 minit...puding siap! Ditelangkupkan di dalam bekas lalu dihidangkan.

Nadia bergerak ke biliknya untuk menukar bajunya yang terkena kotoran.

" Wey Nad! Adam datang tu!" jerit Alya.

"What? Awalnya! Aku kata lepas asar!" kata Nadia terkejut.

"Entah? Pergi la tengok" kata Alya malas ingin tahu.

Nadia segera keluar dan ke pintu dorm. Dilihat Adam segak berpakaian kemas dan rapi. Takkan nak bersukan dengan pakaian ni?

"Assalamualaikum" kata Adam tanpa segan silu.

"Waalaikumusalam...ye Adam ?" jawab Nadia.

"Jom kita pergi mall...aku nak belikan dekat kau kasut sukan...aku belanja tanda minta maaf aku kepada kau." kata Adam sambil tersenyum manis.

"Er...actually Sofea and the geng dah beli...erm masuklah! Jom kita makan bersama-sama! Saya masak tau!" ajak Nadia.

"Erm ye ke...ar takpa la" tolak Adam.

"Lah...jom la...rugi tau tak merasa masakan air tangan saya. Ke awak takut nak makan makanan kampung." kata Nadia.

"Yes...aku ni makan makanan Western je.. Mana main masakan kampung!" Adam cuba berlagak.

" Kita buat deal...kalau awak makan makanan saya dan sedap...awak kena ikut cakap saya selama 1 minggu...tapi kalau awak tak suka...saya akan ikut cakap awak selama 1 minggu! Deal?" kata Nadia tersengih.

Adam berfikir sejenak. Hm menarik! Dia pasti dia tidak akan suka masakan Nadia!

"Everything? Okay deal!" kata Adam sambil membuka kasutnya.

Nadia dan Adam memasuki dorm itu lalu duduk di meja makan. Sofea, Alya dan Atiffa terkejut dengan kehadiran Adam. Dan pelik! Sebab Adam hanya makan makanan Western! Alaa ala chicken chop! Lamb chop! Spaghetti...

"So jom makan!" tutur Nadia sambil menghidangkan makanan.

Nadia mencedok nasi lalu memberikan kepada Adam. Kelakuan itu tidak tumpah ibarat isteri memberi suami makan! Alya dan lain hanya mampu tersenyum. Nadia menyuakan ayam dan kuah-kuahnya kepada Adam. Diberikan juga minuman dan sepotong puding karamel. Adam menelan air liur. Fuh bau sedap beb! Erm...Adam menyuap sedikit nasi dan ayam ke dalam mulut selepas membaca bismillah. Sebaik sahaja nasi itu masuk...tekaknya dapat menerima makanan itu. Ditelannya perlahan selepas dikunyah ayam itu menjadi cebisan kecil.

" Sedap kan?" kata Nadia.

" Mengaku je la cik abang Adam oiii" kata Alya. Makanan Nadia peh sedap!

"Kan...aku ni yang first time rasa pon tambah berapa kali dah" kata Sofea.

"Kan! Tambah-tambah puding tu! Manis dia ya Allah! Sedap! Dah boleh nikah dah haha" seloroh Atiffa.

"Banyak la kau nikah...calon pon tak dak!" kata Nadia menampar perlahan Atiffa.

"Alelele calon tak dak ka? Tu depan mata" ngusik Alya tersenyum.

Adam yang sedang makan tersedak. Nadia yang cemas terus menuang air lalu memberikan air itu kepada Adam.

"Awak okey?" tanya Nadia prihatin.

"Aku okey...thanks" kata Adam. Sungguh! Masakan Nadia sesedap taraf chef! Peh...5 star punya masakan la!

"So about our deal...saya menang kan? So awak kena ikut kata saya!" kata Nadia gembira.

Adam hanya meng'hm' saja. Malas fikir. Yang lebih penting nasi ayam ni! Puding juga sedap! Manis-manis berkrim je. Tak manis sangat tak pahit sangat. Bau telur pon tak kuat! Memang sesuai dengan cita rasa dialah.

"Aku nak pergi masuk bilik dululah...malas nak ganggu pasangan hangat bercinta!" kata Alya.

"Haha kan! Ala Adam...kau pun dah lama membujang kan!" kata Sofea tersengih busuk.

Adam hanya menjeling. Di sekolah kalau jeling macam ni hm nampak gaya kena denda la tetapi ni di blok Aspuri dan bukan waktu sekolah so dia tiada kuasa.

"Haha ala Abe Adam marah la! Nadia kau pujuk la!" ketawa Atiffa.

"Aku dengan Adam hanya kawan je la...korang jangan mengarut sangat! Aku sepak satgi!" kata Nadia.

"Dah kenyang? Nak tambah lagi?" tanya Nadia kepada Adam.

"Dah sokey...petang ni jumpa dekat padang ok?" kata Adam sambil memegang perutnya. Aduh senak. Banyak juga dia makan. Tambah tiga kali.

"Orite!" kata Nadia

"Alaa dating dekat padang...mana best!" jerit Alya.

Nadia segera berlari untuk mendapatkan Alya. Budak ni! Memang sakit aku kerjakan! Maka bermula la sesi kejar mengejar!

Sorry typo! Here another chapter! Thanks support dan sesiapa yang vote tu. Stay tuned untuk tunggu next chapter! Tekan ⭐⭐

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now