Makan Malam✔

3K 244 13
                                    

Keesokan harinya, Nadia bangun awal untuk bersarapan dengan Adam seperti yang dijanjikan semalam. Adam sudah tercegat di depan pintu bilik Nadia. Mereka bergerak bersama-sama ke restoran yang terdekat. Adam mengambil order untuk kami berdua. Suasana agak kekok pada pagi itu.

"Dah beri peluang dekat Aina?" terkeluar soalan yang tidak berapa cerdik. Bodoh la kau Nadia! Ah apa yang kau kata ni!

Adam hanya mendiamkan diri. Mungkin malas hendak jawab soalan itu. 5 minit kemudian, makanan mereka tiba dan mereka menikmati makanan itu dengan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi dari geseran sudu, garfu dengan pinggan. Ni kalau sudu jatuh boleh bising gamaknya.

Selepas makan mereka bersiar-siar di taman bunga. Sungguh cantik taman ini. Nadia mengeluarkan telefon dan membuka kamera lalu menangkap gambar taman bunga itu. Taman bunga itu dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga dengan pelbagai warna. Dipetik bunga berwarna unggu dan diselitkan bunga itu di antara rambut dengan telinganya. Sejurus itu dia menangkap gambarnya. Wahh cantik! Hahaha angkut bakul sendiri nampak Nadia! Adam? Entah ke mana dia pergi namun tiba-tiba dia muncul dibelakangnya sambil membawa dua kon aiskrim perisa coklat. Wahh coklat! I Love it!

"Nah...aku tak tahu kau suka perasa apa so aku ambil coklat je la." kata Adam sambil memberi aiskrim itu.

"Thanks! Saya suka coklat" jawab Nadia. Dah orang bagi kan? Ambil je la!

Nadia makan aiskrim itu agak kasar dan comot. Habis pipi dan mulutnya terkena coklat. Belum sempat dia ingin lap, terdapat seseorang yang tolong lapkan pipinya. Siapa lagi! Adam la! Oh kemon la Adam! Jangan bagi aku cair lagi!

"Comot. Kau ni kenapa gelojoh sangat?" marah Adam sambil melap pipi Nadia.

"Sorry. Hehe..." kata Nadia agak segan.

"Dah la jom balik. Kita rest. Malam ni jumpa aku dekat taman bunga ni. Sharp pukul 8:30 p.m! Lambat kau kena! Tak perlu tunggu aku. Datang ja sini alone okay!" kata Adam.

"Nak buat apa?" soal Nadia ingin tahu.

"Makan malam la! Saja la aku takut kau bosan asyik makan dekat restoran ja. Aku tempah la dekat taman ni pula. Aku dengar waktu malam lagi cantik!" kata Adam menyembunyikan niatnya yang sebenar.

"Oh okay. Lagipon takpe la saya okay ja makan dekat mana tapi dah awak kata begitu...hm baik...pukul 8:30 malam saya turun. Okay la saya nak pergi rest dulu. Bye...jumpa malam ni" kata Nadia.

Nadia bergerak ke biliknya seorang diri. Ya laaaa takkan nak suruh Adam temankan aku! Ingat aku baby? Tak tahu jalan! Sebaik sahaja dia tiba di biliknya, kelihatan sebuah beg kertas di hadapan pintunya. Nadia mengambil beg itu lalu masuk ke dalam biliknya. Dilihat beg kertas itu dan dibelek olehnya. Terdapat sekeping kertas di dalam beg itu. Diambil Nadia dan membacanya.

To : Nadia
From: Adam

Malam ni kau pakai baju yang aku belikan ni. Make sure pakai! Aku tahu saiz kau. Aku dah tanya Alya tadi. Ingat...kul 8:30 turun taman.

Nadia agak terkesima. Kenapa dia beli baju dekat aku? Mesti mahal ni! Dah la sini baju semua mencecah ratusan ringgit. Jap? Alya bagi saiz aku? Haih budak ni! Sekarang pukul 4 pm di London...dekat Malaysia...kul 11pm! Cantik la! Puak-puak tu bukannya tidur lagi. Layan korea jaaa...alaa esok cuti sekolah.. Diambil telefonnya dan dia membuat video call dengan Alya.
Tidak sampai 2 minit, Alya menjawabnya. Terpampang la muka tiga beruk tu. Hahaha!

"Assalamualaikum" kata Nadia memulakan bicara.

"Waalaikumusalam" jawab mereka serentak.

"Aku nak tanya something dekat kau Alya!" kata Nadia straight to the point

ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}Where stories live. Discover now