Adam terkejut kerana ramai orang ada di rumah Atikah. Apa yang berlaku? Dilihat ramai orang memakai pakaian yang menutup aurat. Tiba-tiba jantung Adam terasa berdebar-debar. No! Harap apa yang difikirnya salah. Adam terus berlari ke dalam rumah Atikah. Di satu sudut ruang tamu,dia terlihat sekujur tubuh ditutupi dengan kain putih.
"Assalamualaikum aunty...saya Adam" kata Adam kepada seorang aunty yang menangis di sisi sekujur tubuh itu.
"Waalaikumusalam. Anak ini siapa?" tanya aunty itu.
"Saya kawan sekelas Atikah. Boleh saya tahu...mana Atikah?" tanya Adam cuak.
Aunty tadi terus menangis teresak-esak.
"Atikah tu...anak aunty...di...dia...su...sudah...me...meninggal...dia...bu...bunuh di...diri...hurg..." Aunty itu menangis teresak-esak.
Waktu itu Adam berasa seperti ditarik nyawa. Adam jatuh. Setitis demi setitis air mata keluar dari mata Adam.
"inna...lillahiwainna...ilai...hirojiun" ucap Adam sambil menahan air mata namun tumpas!
"Aunty...bo...boleh saya tanya...ke...kenapa Atikah bun...nuh di...ri?" tanya Adam sopan
"Dia...terlalu stress...aunty pun t...tak tahu...dia berkurung dalam bilik selama seminggu tanpa makan dan minum. Puas Aunty dan uncle kamu pujuk. " kata Aunty itu.
"Allah...sepatutnya aku bahagiakan Atikah! Ini semua salah Ilyas! Bangsat kau Ilyas! Tergamak kau curang dengan Atikah! Sampai hati kau! Aku akan pastikan kau merana!" kata Adam perlahan sebelum bergegas keluar dari rumah Atikah dan bergerak ke rumah Ilyas.
"Ilyasss keluar kauuuu!" jerit Adam yang baru tiba di hadapan rumah Ilyas.
"Apa kau nih...memekak...tak malu ka kat jiran?" kata Ilyas keluar dari rumahnya.
Adam tanpa banyak soal terus menumbuk muka Ilyas.
" Ni sebab kau curang"
Sekali lagi Adam menumbuk pipi Ilyas
"Ni sebab kau hancurkan hidup orang yang aku Cinta"
Dan sekali lagi Adam menumbuk pipi Ilyas dengan sekuat hati
"Dan ni sebab Atikah bunuh diri!" amuk Adam.
"Kau ni apa hal! Aku tak bersalah lah! Kau dah salah faham! Aku pun baru dapat tahu tentang kematian Atikah. Sepatutnya kita jangan gaduh and sedekahkan Al-Fatihah. Yang kau datang rumah aku then tumbuk aku apa kes! Boleh tak dengar penjelasan aku?" kata Ilyas menahan perit dari tumbukan Adam. Boleh tahan kuat.
"Stop! Mulai saat ini! Kita bukan lagi kawan! Aku harap aku tak akan jumpa kau lagi! Kita putus kawan!" kata Adam lalu terus menaiki basikal kembali ke rumahnya.
Selepas kejadian itu, Adam berpindah ke rumah baru dan sekolah baru. Semestinya la sekolah baru kerana dia bakal memasuki sekolah menengah. Diharapnya tidak akan berjumpa lagi dengan kawan tikam belakang kawan tuh!
End flashback
"Wau...aku tak sangka Ilyas tu jahat macam tu sekali. Package jahat" kata Alya mengutuk Ilyas.
"Itulah! Dasar lelaki tak guna! Aiee kalau aku waktu tu jadi kauu aku sepak aku tendang dia sampai mampus!" kata Awie menahan kemarahan.
"Kan ergh...tak sangka Ilyas jahat kan! Disebalik muka suci dia tu ada kejahatan!" sokong Sofea.
"That why...aku benci dia...so korang faham kan? Sekarang dia cuba nak rampas Nadia dari aku pula. Aku akan pastikan Nadia jadi milik aku! Tak akan aku benarkan Ilyas sentuh sedikit pun Nadia" kata Adam serius. Kelihatan urat di kepalanya menandakan dia sekarang stress!
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...