Nadia menolak troli bersama Alya. Nadia pergi ke arah sayur-sayuran manakala Alya hendak pergi ke tandas. Entah kenapa, Nadia merasakan seperti ada seseorang sedang mengikutnya. Tambahan pula kawasan itu agak sunyi dan jauh dari orang. Nadia berjalan ke arah rak-rak bahagian tin makanan. Diambil barang yang hendak dibelinya. Tiba-tiba seseorang memeluknya. Nadia menjerit seketika namun tangan lelaki itu menutup mulutnya
"Hai sayang...lama tak jumpa..takkan tak kenal aku dah?" Kata Haziq
"Ha..haziq? Apa yang kau nak ha!?" Kata Nadia
"Saja la..rindu..hm wanginya" Haziq menghidu rambut Nadia.
"Setan kau?" Jerit Alya. Mujur Alya sedang mencarinya. Haziq yang dikejutkan dengan suara itu terus melarikan diri
"Alya..laki tu lah yang jerat aku dulu" Kata Nadia termengah-mengah
"Setan! Tunggulah! Nasib baik aku sempat cari kau..kalau tak apa lagi lah" Kata Alya. Mereka terus menghabiskan pencarian bahan-bahan yang ingin dibeli
Seseorang tersenyum sinis. Dilihat kameranya terpampang Haziq sedang memeluk Nadia. Gambar ini akan buatkan mereka terpisah!
"Dapat baby?" Tanya Haziq yang muncul datang dari belakang
"Dapat..good job sayang..nah hadiah" Aina terus memberikan ciuman hangat kepada Haziq. Haziq membalas ciuman itu dengan rakus. Mereka berhenti bercium selepas dua minit.
Nadia bertungkus-lumus menyiapkan makan malam. Malam ini dia membuat spaghetti meatball ja. Mudah dan ringkas.
Nadia merebus spaghetti dan mentoskan. Dipanaskan kuali, dimasukkan minyak zaitun dan Nadia menumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian dimasukkan sos traditional tomato prego dan mencampurkan dengan sikit air. Selepas itu, dimasukkan serbuk pati ayam, cendawan butang, oregano dan Italian herbs. Dikacaunya sebati. Apabila menggelegak, dimasukkan meatball yang telah dikukus tadi, bancuhan tepung gandum (untuk memekatkan kuah), garam secukup rasa, Nadia menutup api dan menaburkan capsicum. Selepas itu, dia meletakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangnya kuah marinara di atasnya. Untuk lebih sedap, Nadia menaburkan parutan cheese, oregano dan Nadia mahu pedas so ditaburnya chilli flakes. Done!
Seterusnya Nadia membuat kek! Selesai membuat kek dia membuat aising. Dicoraknya dan menulis
Selamat Hari Lahir Abang❤
Selesai semua, ditilik jam pukul 8 malam. Setengah jam lagi suaminya akan pulang. Sempat lah dia membersihkan diri dahulu.
Adam meregangkan badannya. Sakit sendi terasa dek duduk terlalu lama. Perutnya sudah berbunyi menandakan masa untuk diisi. Dia hendak merasa makanan isterinya,Nadia. Mesti Nadia menyiapkan hidangan makan malam.
Ting ting
Notifikasi dari telefonnya berbunyi. Seseorang nombor tak dikenali menghantarnya imej. Didownload dan apabila dia melihat gambar itu terus darahnya ibarat dipanaskan. Menggelegak! Seorang lelaki yang sama! Memeluk Nadia! What? Angin kemarahan datang! Tiba-tiba Aina masuk ke biliknya
"Hai sayang...erm sayang dah tengok gambar yang entah sapa bagi tu?" Tanya Aina memulakan permainan
"Dah! " Jawab Adam dalam keadaan tiada mood
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...