"Sorry baby..lambat..baru bangun tidur hehe" Kata Adam
Aina membuat muka. Merajuk!
"Alo..sorry lah..okay..nanti sayang bawa pergi shopping nak? Btw nanti ayah sayang join breakfast..kita bincang pasal perkahwinan kita okay?" Pujuk Adam
"Hm okay.." Kata Aina gembira. Sapa tak happy? Dapat shopping plus nak kawin yeay!
Lima minit kemudian, Tengku Airil tiba. Bukan main terkejut lagi Tengku Airil apabila ada wanita lain di sebelah anaknya.
"Ha Adam..mana Nadia? Takkan tak bawa dia breakfast sekali?" Tanya Tengku Airil
"Ish ayah ni. Tak habis-habis Nadia..entah la kat dia..biar ja la. Ni ha Adam nak bincang something yang penting!" Kata Adam
"Hm ye la. Jangan kamu kata nak menikah lagi sudah" Kata Tengku Airil
"Er..memang pun" Kata Adam perlahan
"Apa?" Kata Tengku Airil kuat
"Ayah..slow la sikit..ye betul..Adam nak nikah lagi..tapi kali ni dengan kekasih hati Adam..bukan macam kat rumah tu" Kata Adam cuma ayat terakhir diperlahankan
"Habis macam mana dengan Nadia? Dia setuju ka?" Tanya Tengku Airil
"Ceraikan ja la. Bukan Adam cintakan dia pun..lagipun dia tu kaki kikis" Kata Adam selamba.
"Astagfirullah.Adam! Ayah tak ajar kamu biadap! Kamu dah lukakan hati seorang wanita tahu tak..kalau mama kamu masih hidup..dia pun tak akan setuju! Ayah tak akan benarkan kamu ceraikan Nadia! Kalau kamu ceraikan juga Nadia..kamu tak akan dapat apa-apa saham dan harta ayah! Duduklah merempat di luar!!" Kata Tengku Airil sebelum beredar dari situ.
"Sayang..macam mana ni? Baby tak suka bermadu! Kalau sayang nak kawin dengan baby..kena ceraikan perempuan tu!" Kata Aina sambil beredar dari situ menunjukkan tanda protes!
Adam meraup rambutnya! Stress! Kusut..dia terus keluar dari cafe itu..malang baginya, hujan lebat..habis basah kuyup Adam kerana kedudukan keretanya agak jauh dan dia tidak membawa payung.
Sampai sahaja di rumahnya, Adam segera mandi. Sememangnya dia tidak berapa kuat sekarang. Tubuhnya rasa panas dan hidungnya berhingus. Adam terus tidur di katilnya. Tiba-tiba dia rasa kesejukan. Badannya menggeletar. Segera dipanggil Nadia untuk menutup suis penghawa dingin" Woi perempuan..datang jap" Jerit Adam. Cuma tak sekuat dari yang sihat. Nasib nya baik apabila Nadia berada di tingkat tiga waktu itu sedang melakukan kerja rumah. Bukan mereka tiada pembantu rumah namun Nadia sudah biasa membuat kerja-kerja rumah itu.
"Ye..ada apa awak?" Tanya Nadia
"Tutup suis penghawa dingin..aku sejuk" Kata Adam kemudian dia terbatuk-batuk.
"Ya Allah..awak okay?" Nadia segera ke Adam dan meletakkan tapak tangannya di dahi Adam. Panas! Nampaknya Adam demam. Adam tidak mampu lagi membantah atau memarahinya kerana dia sudah penat dan letih.
"Sekejap.." Kata Nadia. Dia terus turun ke dapur dan memasak bubur. Dimasukkan daging dan udang yang merupakan makanan kegemaran Adam ke bubur itu. Bubur nasi itu lebih sedap apabila Nadia memasukkan santan. Manis dan berlemak. Sesuai apabila demam. Nadia memasukkan ke dalam mangkuk dan air masak ke dalam gelas. Diambil juga ubat dan tuala yang dibasahi air. Terus digagah naik ke tingkat 3.
"Awak..makan..lepas makan..makan ubat" Kata Nadia
"Taknak..kau letak racun kan" Adam masih mahu melawan
"Mana ada..tengok ni" Kata Nadia sebelum menyuapkan diri satu sudu bubur. Hm sedap! Eh terpuji diri sendiri pula!
Adam menelan air liur. Perutnya lapar kerana tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan. Dengan aroma bubur itu pula..aduh! Jatuh egonya
"Meh..saya suapkan..awak tak perlu bangun" Kata Nadia
"A..aku makan bukan sebab aku okay! Aku makan supaya aku boleh makan ubat..aku tau kau masak tak sedap!" Kata Adam cuba tidak merendah kan egonya.
"Baik" Kata Nadia sambil tersenyum. Alhamdulillah ini masakan pertama yang Adam rasa selepas mereka bernikah. Satu suap diberikan kepada Adam. Adam merasanya dan ternyata itu sedap!
"A..aku makan ni bukan sebab sedap! A..aku just lapar..bila lapar..yang tak sedap pun aku balun!" Kata Adam lagi
"Shuh..makan dah la..nanti makan ubat" Kata Nadia sambil tersengih. Habis semangkuk bubur itu! Lepas Adam makan ubat, Nadia meletakkan tuala basah ke dahi Adam supaya haba dari badan Adam berkurangan. Dia perlu kerap membasahkan tuala itu. Nadia menunggu Adam sehingga dia tertidur. Adam berasa agak nyaman ketika itu lalu tertidur.
Skip
Keesokannya, Adam sihat. Adam terus membersihkan diri dan turun ke bawah. Dia melihat Nadia sedang menyiapkan makanan. Entah kenapa dia berasa lebih tenang sekarang. Entahlah..mungkin dia perlu fikir kembali..tentang darah haritu..mungkinkan..Nadia tidak melakukan sesuatu yang kotor? Entahlah..gambar dan video itu sering kali bermain di fikirannya
"Awak..jom makan..saya buat nasi goreng" Kata Nadia
"Taknak..aku breakfast dengan Aina..aku gerak dulu" Kata Adam
Nadia hanya tersenyum tawar. Ingatkan Adam dapat menerimanya kembali namun masih sama. Tiba-tiba dia rasa ingin termuntah. Segera ke sinki dan memuntahkan semua isi yang dimakannya semalam. Adakah dia keracunan makanan? Nadia mengambil ubat dan memakannya
Skip
Keputusan SPM tiba. Nadia mendapat keputusan cemerlang. Dia ingin menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran! Namun dia perlu minta keizinan daripada Adam terlebih dahulu. Adam juga mendapat keputusan yang cemerlang namun dia perlu uruskan syarikat ayahnya. Ayahnya sudah tidak larat lagi untuk memimpin..maka sebagai anak tunggal dia perlu mewarisi syarikat itu.
Sampai sahaja di rumah, Nadia menahannya.
" Erm awak..boleh tak saya nak sambung belajar dalam bidang kedoktoran?" Tanya Nadia
"Suka hati kau lah" Kata Adam malas ingin melayan
"Terima kasih.." Kata Nadia gembira
"Kau nak bayar guna apa? Badan kau?" Tanya Adam kembali
"Er..tak..saya akan pinjam PTPTN.." Kata Nadia sambil tersenyum tawar
Tiba-tiba Aina menelefon Adam
"Hello baby.." Kata Adam sambil tersenyum
"Hello sayang..Congratulations! Malam ni jom makan malam! Btw..bila kita nak kawin!! Hm bila difikirkan balik..baby sanggup jadi isteri kedua.." Kata Aina. Bukan apa..memandangkan Tengku Airil tidak membenarkan Nadia diceraikan maka dia harus segera menikah!
"Betul ni? Baiklah..nanti sayang bincang dengan ayah okay?" Kata Adam
Habis sahaja menelefon..Adam mendapat satu idea
"Hey perempuan..aku boleh bayarkan wang pengajian kau tapi..kau kena terima aku akan kawin lagi satu dengan Aina..bila ayah aku tanya. Kau jawab SETUJU! Faham?" Kata Adam sambil memegang rahang Nadia dengan kuat
"Fa..faham" Kata Nadia. Nadia sudah menjangka kan ini..dia cuba bertahan..tapi tidak mampu..segera dia menelefon Alya dan lain-lain untuk memberitahu hal ini.
🌸🌸🌸
Done❤ jangan lupa vote⭐⭐
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
Romance🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CE...