MONOLOG
Lucas Eugene Scott pernah berkata, pilihan selalunya ada. Cinta akan mencari kita bukan kita mencari cinta. Adakala takdir memainkan peranan jika kamu ingin percaya kamu ada pilihan, barangkali ianya adalah yang terbaik kerana dia muncul dan terbaik.
Selalunya bila orang bertanya mengenai perasaan, pastinya tiada jawapan yang tepat. Namun jawapannya tiada dan tiada kepastian untuk sebuah jawapan bagi pertanyaan itu. Perasaan adalah sesuatu yang suci, tiada siapa yang dapat memahami. Barangkali diri sendiri juga tidak dapat memahaminya. Perasaan... ianya akan dapat dirasai bila kita mahu merasainya. Perasaan yang memungkinkan pekara mustahil serta memberikan apa yang amat diingini. Bukan maksud untuk mengelirukan tetapi memberi pengertian bahawa perasaan yang dimiliki adalah satu yang suci dalam mencari cinta sejati dan barangkali derita dijiwa akan terhapus dan terubat.
Jalanan ini harus dilalui dan ditempuhi. Jalanan ini telah banyak mengajar erti kebahagiaan, sedih dan nestapa. Semua rasa sekarang ini telah menjadikan aku diri aku dan aku tidak harus kalah dengan apa yang telah aku pilih. Aku pasti jalanan ini telah membentuk perasaan aku yang adakalanya aku sendiri tidak fahami. Aku mengerti semua, sejauhmana aku perlu lari dari jalan itu aku tetapi harus tempohi jika inginkan kesempurnaan dan bahagia untuk selamanya.
Kini aku mengerti apakah yang ingin aku sisipkan ke dalam perasaan itu, aku juga mengharapkan perasaan baru yang ada kini dapat didengari oleh dia yang aku cintai kerana ini adalah untuk dirinya selalu dan selamanya.