Jai dan Korin ternganga melihat aku malahan beberapa pelajar turut terkejut dan ada yang memandang aku beberapa kali.
"Oh my god... kau... kau..." sampai tak terkata Jai melihat aku. Baju kebaya Nyonya warna kuning air yang aku pakai mereka tatap. Hari ni aku minta kak ngah aku menyolek wajah dan kelihatannya solekan itu secocok dengan baju yang aku pakai.
"Kau buang tebiat ke?"
Kegembiraan dan yakin diri aku berderai kembali. Aku pandang Korin, marah. Aku berlalu menuju ke kelas. Mereka berdua cuba menahan aku tetapi aku tak peduli. Aku bertembung dengan mamat landak namun aku tak peduli dan melepasinya.
"Wait! Hey, Fia!" suara Korin.
Aku berhenti dan menoleh...
"Nak apa!!!" aku bersuara marah bercampur sedih.
"Jangan cepat tersinggunglah. Aku tak kata kau buruk atau apa-apa. Cuma aku rasa kebaya Nyonya kau ni tak sesuai untuk ke kuliah! Faham tak?" suara Korin.
Aku pandang mereka, bila aku fikirkan betul juga. Akhirnya, kami ketawa. Aku menoleh dan terpandang wajah mamat landak. Dia mencebik dan mengenyitkan mata kemudian berlalu.
"Jom masuk kelas, aku rasa kelas hari ni tentu gempak. Tentu ada mata yang akan memandang kau," suara Jai. Aku kerut dahi, namun senyum kemudian. Aku faham apa yang dia katakan kerana hari ini kelas aku ada pengabungan kelas dengan kelas Halim. Well, tak kisahlah. Kalau betul, aku sendiri nak tahu apa reaksi playboy kolej ni. Nafasku tarik panjang, inilah hari baruku.
Kelas terdiam bila aku melangkah masuk. Aku lihat semua mata disitu memandang tepat padaku, ada yang aku lihat ternganga ada yang tak berkelip biji mata. Aku mencari wajah Halim, malang sekali lelaki itu tiada disitu. Tak kisah... aku segera melangkah ke arah tempat duduk.
"Fia??? Is that really you?" satu suara menyapa aku dari belakang. Aku menoleh, aku hanya mengangguk.
"Fia, what happen to you? Is your wish been granted or something?"
"Kenapa salahkah kalau saya nak bergaya?"
"Aduh! Tak salah, tapi cantik sangat. Nanti tak boleh nak belajar."
Aku ketawa. Lelaki begitulah... ada saja mereka ni.
"Well... this is really me. Okey tak?"
Kebanyakkan lelaki dikelas itu, bagai terpukau dengan aku. Satu deheman kedengaran, aku menoleh. Halim, playboy kolej kini dihadapanku. Dia membisik ke arah Jai menyebabkan lelaki itu berganja.lk. Halim duduk disisiku.
"Hai?" suara Halim. Aku menarik nafas kemudian melepaskannya segera, bosan.
"Hello..." suaraku.
Halim rapatkan lagi badannya. Aku dapat hidu wangiannya, dia terlalu hampir. Aku mengenjak sedikit tetapi lelaki itu makin dekat, aku menoleh. Kalau aku mengenjak lagi sah aku jatuh dari kerusi. Aduh... dia ni! Buaya tembaga betul, rimas. Agh! Aku dah tak boleh bernafas. Tolong!
"Halim, tempat ni besar! Kenapa dekat sangat awak duduk dengan saya?"
Halim ketawa dan berganjak sedikit.
"Fia Karrina, sejak bila you cantik seperti bunga disirami embun?"
Eh! Lelaki ini berfalsafah. Geli pula aku dengar. Aku cebik bibir. Halim mendekati wajahnya ke wajahku.