Erna Nabilla baru melangkah keluar dari kedai Pakistan itu. Dia membetulkan shawlnya, terasa sungguh kesejukkan hari ini. Kali terakhir dia melihat termometer sebelum dia keluar rumah adalah 13°C. Dia merenung langit yang mendung. Kasut but yang dipakai amat membantu agar kakinya tidak merasakan kesejukkan hari itu. Barang runcit yang dia beli dipegang erat dan melangkah pulang. Dia tenang disepanjang perjalanan. Sesekali dia memandang awan dan bangunan sekeliling. Dia masih melangkah tenang, kawasan perumahan yang dia diami ini tidak menimbulkan masalah walaupun dia orang asing. Penduduk kawasan itu masih ramah, dia lega sekurangnya dia tidak menyesal berada dinegara asing walaupun adakalanya dia merasakan itu satu kesilapan yang telah dia lakukan. Dia membetulkan jaketnya. Dia memandang ke seberang jalan, dia melihat seorang lelaki sedang membawa anjingnya dari baka Labrador Retriever jalan-jalan. Dihujung jalan dia melihat wanita tua yang barangkali lebih tua dari mama berjalan masuk ke dalam rumah. Bila dia terkenangkan memikirkan tentang mama, dia pasti mama sedih dia merantau jauh.
"Maaf, mama... Maaf, kakak tidak berniat mahu melukakan hati mama. Tidak pernah," bicara hatinya.
Kunci rumah dicapai didalam poket jeansnya dan membuka pintu rumah. Pantas dia memutarkan suis alat pemanas, maklumlah orang Malaysia mana pernah rasa sesejuk ini. Jaket yang dipakai disangkut dipenyangkut dibelakang pintu. Dia beredar ke dapur dan menyimpan segala barangan yang dibeli tadi. Tangannya berhenti memasukkan ke semua barang ke dalam almari. Erna Nabilla mengeluh dan meletakkan kedua tangannya di meja. Dia berfikir, kenapa membazir dengan membeli kesemua barangan itu kerana dia sendirian di situ walaupun ada juga dua tiga rakan bermalam kerana mahu membuat discussion atau membuat assignment. Erna Nabilla berdecit dan menyambung semula kerja hingga selesai.
Jam di dinding sudah melepasi empat setengah petang. Dia menuang air coklat panas yang baru dibuatnya ke dalam mug. Buku rujukan yang dipinjam di perpustakaan universiti dicapai. Bunyi mengiau mengejutkannya, dia menoleh ke arah pintu dapur. Seekor kucing dari jenis Havana Brown melangkah masuk melalui lubang pintu khas untuk kucing.
"Tommy... dah balik?"
Dia beredar kembali ke dapur dan menuangkan makanan kucing untuk kucing jalanan yang ditemui beberapa bulan lepas. Dia tidak membelanya tetapi kucing itu sering ke situ, barangkali kerana dia sering memberinya makanan. Erna Nabilla senyum memandang makhluk ciptaan Tuhan itu yang rakus menghabiskan makanan. Kalau mama ada tentu sekali mama marah dia bawa kucing masuk ke dalam rumah. Biarlah lagipun Tommy bukannya tinggal disitu, cuma menumpang makan sahaja. Kelihatan kucing itu sudah selesai makan dan berlalu keluar. Mujur kucing kalau manusia... Erna Nabilla gelengkan kepala dan kembali ke ruang tamu. Dicapainya buku namun entah hari ini dia tiada hati untuk membaca. Rambutnya yang terurai jatuh diselit ke telinga, Erna Nabilla mengeluh. Kalau waktu begini tentu dia berkumpul dengan keluarganya dan berbual. Dia rindu dengan keadaan riuh dirumahnya. Gelak tawa anak-anak saudara. Tetapi apa nak dibuat itu telah dia pilih dan kerna itu dia harus menghadapinya walau macamana keadaannya.
Aku berhenti berjogging dan membuat sedikit regangan. Orang disisiku turut melakukan pekara yang sama. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya segera. Sudah lama tak berjogging begini, nafas pun jadi semput. Salahku juga terlalu sibuk dengan kerja dan melayan anak-anak saudara sehingga aku tiada masa untuk diri sendiri. Aku mengeliat kecil, terasa urat-uratku bagai ditarik-tarik. Namun terasa sedikit lega, aku menarik nafas lagi.
"Sayang, nak air?" tanya lelaki itu. Aku berpaling, mengangguk dan menghampirinya untuk mengambil air mineral Dasani itu. Aku melihat lelaki di sisi aku, dia masih membuat regangan kecil sebelum mencapai botol air. Aku memandang lelaki itu.
"Kenapa?"
"Kenapa? Apa?" jawabku.
Lelaki itu tersenyum, barangkali terasa kelakar dengan jawapanku. Aku memandang ke arah tasik yang kelihatan tenang petang itu. Air mineral Dasani itu aku teguk pelahan-lahan. Mata aku masih terarah ke permukaan tasik memerhati beberapa ekor perpatung terbang mencari tempat untuk disinggah. Aku masih meneguk air mineral itu. Laungan namaku membuat aku tersembur dan tersedak. Aku batuk kecil. Azam menghampiri dan menepuk lembut belakangku.
"Sayang, kenapa ni? Mengelamun jauh sangat? Tiga kali abang panggil pun tak sedar? Kenapa? Apa difikiran tu?"
Aku masih lagi terbatuk kecil, aku melabuhkan diri ke atas rumput. Sakit juga tersedak air ni, fikirku dan mengesat baki air dibibir dan hidung. Tangan gagah lelaki itu masih melekat dibelakangku dan menggosok perlahan-lahan. Naik berpeluh aku menahan sakit tersedak tadi. Aku berdehem beberapa kali dan mengesat peluh.
"Okey dah?" tanya bakal suamiku. Aku mengangguk beberapa kali dan menghela nafas. Aku memandang langit, air mineral itu aku serah kepada Azam.
"Kenapa ni?"
Aku pandang Azam yang duduk disisiku.
"Adam mana?"
Azam membisu, wajahnya berubah. Segera dia bingkas bangun. Aku sedikit tersentak dengan kelakuan lelaki itu, terganggu. Lelaki itu cemburu?
"Abang?" suaraku dan bingkas bangun mengikutinya. Risau juga aku dengan gelagatnya, ni yang tak larat ni bila orang kita cintai merajuk ni.
"Abang? Abang!!!" Aku mengejarnya yang sudahpun mendahuluiku. Kenapa pulak ni, takkan cemburu? Akukan tunang dia, nak dekat kahwin dah ni? Azam berhenti dan aku turut berhenti dan mendekatinya. Aku menarik nafas dalam-dalam kemudian lepas, semput aku mengejarnya walaupun hanya beberapa meter saja kami berlari. Pancit! Dia memandang aku kemudian memicit hidungku.
"Abang ni!!!" ujarku marah sedikit. Azam ketawa kecil, aku menjeling dengan gelagatnya. Boleh bantai gelak pula dia ni. Ni yang malas ni...
"Amboi! Panjangnya muncung macam Donald Duck!" usik Azam lagi. Aku menarik muka masam, menjeling dan merengus. Azam mencapai jari jemariku dan disulamnya jari-jariku dengannya berselang seli. Dia senyum, aku tergoda.
"Sayang... abang sengaja usik sayang macam tu?"
"Tolong jangan buat macam tu? Sedih tau!"
Azam mengangguk, matanya masih merenung wajahku. Kalau boleh biarlah dia selalu merenungku begini, bahagia sekali.
"Sayang risau abang cemburu? Abang takkan cemburu dengan bertanyakan tentang Adam. Diakan adik, abang."
Aku mengangguk, manja.
"So, dia ke mana? Sejak kakak ke Herriot-Watt, Adam pun menghilangkan diri."
"Dia tak hilang... Dia sambung belajar ke Perancis."
"Eh! Perancis? Bukan dia berkerja di tempat abang ke?"
Kami jalan beriringan, tangan kiri Azam memegang tangan kananku.
"Memang. Tapi dia dah naik pangkat dan akan dihantar ke Paris bersama dengan duta Malaysia. Tapi, dia kena sambung belajar di sana untuk dua tahun sebelum bekerja dengan duta."
Aku mengangguk faham dengan penerangan itu.
"Bila dia pergi, kenapa abang tak beritahu?" tanyaku dan memandang wajah Azam. Lelaki itu menghela nafas, pasti dia pelik dengan pertanyaan aku yang banyak ni.
"Sepatutnya dia bertolak bulan depan, tapi dia minta cuti sebulan dan terus ke London. Katanya, mencari sesuatu yang hilang?"
Hilang? Siapa yang hilang? Atau apa yang hilang? Hilang dimana?
"Pelik? Hilang? Siapa?"
Azam cuma menjungkitkan bahunya.
"Entah?" jawab lelaki disebelahku. Aku mengerling kearahnya. Aku kerut dahi, seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Abang, abang ada sembunyikan sesuatu?"
Lelaki itu membisu tidak memberi sebarang respon. Tetapi aku tahu, dia ada sesuatu yang disembunyikan. Tentang apa tak pasti tetapi berkait rapat mengenai Adam. Mereka kan kembar, tentu sekali otak mereka saling berhubung secara telepati, walaupun tidak ada bukti sahih yang mengatakan bahawa kembar boleh berhubung secara telepati. Aku kerling kepada lelaki itu, aku tahu ada sesuatu yang dia sembunyikan. Mungkin satu rahsia besar, apa agaknya?
"Ah! Dah hampir senja. Mari abang hantar sayang balik."
Dia mengemaskan genggamannya dan aku mengekori ke arah kereta miliknya.