21

3 0 0
                                    

                      Riuh rendah malam tu rumah aku, aku sendiri tak dapat nak layan karenah lima buah aku. Aduh! Mereka makin nakal, maklumlah semakin membesar. Aku gembira dengan kehadiran mereka, terutama dengan kehadiran Syed Nazmi yang lincah walaupun baru berusia satu tahun. Syed Nazmi anak Kak Ngah aku yang bongsu bersama dengan kakak-kakaknya Sharifah Nuril dan Syarifah Nazriah. Berbeza dengan anak Kak Long yang agak beradab mereka lebih suka duduk di bilik bacaan atau melayari Internet.

"Usu, kenapa Usu dan Mak Teh tak kahwin lagi?" suara Fatin. Aku pandang kakak aku.

"Usu sekolah lagi mana boleh kahwin," jelasku.

"Mak Teh tu kan dah kerja?" suara Fatin lagi.

"Amboi.. kecil-kecil lagi dah pandai tanya soalan macam ni? Beritahu mama baru tau!" suara kakak aku. Fatin ketawa kecil dan menutup mulutnya.

"Usu, pakai macam ni lawa tau... Nanti usu pakai macam ni kalau keluar dengan kami ye?" suara Syarifah Nuril. Aku terpana, anak saudara aku suka aku pakai baju kebaya kasa rubiah berpetak ni.

"Fazril pun suka Usu pakai macam ini. Cantik!" suara Fazril anak saudaraku yang berusia sembilan tahun sambil mengangkat tangannya. Aku ketawa kecil. Syed Nazmi yang ada didalam pelukkan aku berlalu untuk mengambil permainan didalam kotak permainan.

"Tengok, mereka pun suka kau pakai macam ni," suara kakak aku.

Aku mahu ke dapur untuk membawa bekas buahan yang sudah kosong kemudian membantu mama di dapur. Syed Nazmi menghulurkan tangan untuk minta aku mendukungnya. Suara Kak Ngah kedengaran memanggil nama anak-anaknya. Syarifah Nuril dan Syarifah Nazriah berlari menuruni tangan mendapatkan ibu mereka. Aku turun ke tingkat bawah bersama Syed Nazmi di dalam dukunganku.

"Mereka makin nakal," suara Fatiah Solehah kakak kedua ku yang hampir tiga puluh tiga tahun itu. Syed Nazmi yang berada didalam dukunganku enggan mendapatkan ibunya.

"Biarlah Kak Ngah. Kak Ngah bukan nak balik lagi. Nazmi nak buah?" tanyaku pada anak kecil itu. Dia mengangguk dan menggeselkan matanya, aku pandang jam di dinding. Hampir jam sembilan malam, tentu sekali anak kecil itu sudah mengantuk setelah bermain seharian. Syed Nazmi sudah terlelap dibahuku. Kak Ngah menghampiri aku, anak kecil itu beralih tangan. Aku memandang Fatiah Solehah berlalu ke bilik. Pastinya dia ingin meletakkan anak bongsunya di katil. Suasana pun kedengaran senyap, pastinya anak-anak yang lain pun sudah melelapkan mata. Rasanya kalau aku naik ke ruang atas, tentu sahaja anak-anak itu bergelimpangan tidur. Biarlah, lagipun kedua kakakku tidur di sini. Aku pandang ke ruang tamu, kedua-dua abang ipar aku sedang sibuk melayan ESPN kalau tak salah ada pelawanan bola sepak Liga Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur. Huh! Lelaki...

Aku membersihkan meja makan dan membawanya ke dapur, kesemua kakakku sedang sibuk didapur membasuh dan mengemas dapur manakala mama hanya duduk di meja makan. Selalunya Erna Nabila ada di dapur tetapi tidak hari ini. Kak Longku muncul, dia turut membantu.

"Fatin dan Fazril dah tidur, Long?" tanya mama.

"Dah... Fatin tidur di bilik Erna dengan Nuril. Fazril terlelap di ruang atas."

Mama mengangguk.

"Kau dah pakai macam perempuan ni lega kami semua," suara Kak Long. Aku menoleh memandang kakak sulungku. Aku kerut dahi.

"Kenapa? Kakak ingat saya ni jantan ke?"

"Taklah, kau ni kami ni takut je kau tu kasar 24 hours. Nanti..."

"Hey, kak long jangan tak tahu. Adik kita ni dah ada orang minat," suara Erna Nabilla yang entah bila masa muncul di dapur.

"Sibuk je kakak ni!" suaraku.

"Amboi! Dah ada boyfriend rupanya. Patutlah muka tu makin cantik dan berseri-seri. Bertuah lelaki tu!" usik Kak Ngah. Aku merengus dengan usikkan mereka. Inilah perkara yang tak larat nak aku dengar. Aku duduk di sebelah mama, wanita itu turut memandang aku. Pasti mama nak tanya hal yang sebenarnya, aku sengaja buat bodoh saja.

"Bukan boyfriendlah. Kawan saja. Kakak tu yang memandai menambah cerita. Lagipun..."

"Iyalah tu, hari tu..."

"Kakak!!!"

Erna Nabilla ketawa.

"Tak kisahlah apa pun, Fia. Apa yang penting, kau dah dewasa. Perubahan itu bagus di dalam kehidupan cuma jangan lupa diri sudahlah."

"Mama pun suka perubahan positif macam ni, nak. Lega hati mama." Kedengaran nada sebak didalam suara mama, ini yang tak larat ni. Namun, aku senyum. Sebenar aku pun suka dengan perubahan ini. Tetapi aku harap orang lain tak merasakan perubahan aku yang mendadak ni. Iyalah, nanti ada pula kata aku tebiat nak mampus. Ish! Tapi aku rasa perkara yang baik tak boleh tangguh. Malam tu, aku menjadi habuan usikkan mereka-mereka disitu. Kedua abang iparku pun turut mengusik akan perubahanku ini. Sampai panaslah muka aku diusik mereka, ini yang tak seronok begini. Nampaknya, lepas ni aku tak lagi naik motor kesayanganku itu. Nampaknya, kereta yang sudah lama tak aku gunakan bakal menjadi kenderaan utamaku. Aku senyum sendiri. Apa agaknya budak-budak dikolej akan kata, apa agaknya yang Adam akan fikirkan atau lelaki yang mirip Adam itu. Aku kerut dahi, kenapa tiba-tiba aku boleh teringatkan mereka berdua. Aku merengus. Kedua kakakku sudah beredar ke bilik masing-masing, aku menguap keletihan. Iyalah bukan senang nak melayan lima anak buah itu sekali. Tapi seronok juga dengan kehadiran mereka. Aku mengadap cermin di bilikku, aku memerhati wajah dan diriku. Berlainan sekali penampilan aku malam ni, iyalah aku mengenakan baju kebaya kasa rubiah kain petak. Seronok juga pakai begini? Mungkin, betul kata kakak-kakak aku sudah tiba aku berubah. Aku bukan lagi kanak-kanak... Aku tersenyum.

Pintu bilik aku dikuak seseorang. Aku menoleh. Kak Long dan Kak Ngah duduk di birai katil aku. Mereka memandang sekeliling, aku tahu mereka mahu melihat keadaan bilik aku. Sorry, kalau mereka nak tengok bilik yang bersepah dan tak terurus bukan dibilik aku. Mama tetap ajar aku agar menjaga kebersihan. Kak Ngah mencapai bingkai gambar di meja solekku.

"Kata ada boyfriend. Kenapa tak letak gambar boyfriend?"

Aku menoleh ke arah kakak keduaku.

"Mana ada. Kakak tipu."

Aku buka almari baju belum sempat aku capai apa-apa, Kak Long sudah pun mencapai kebaya Nyonya di dalam almari. Dia mengukur baju itu di badanku. Dia tersenyum. What! Takkan aku kenapa pakai baju ni? Mahu terjojol biji mata semua orang.

"Mulai sekarang, no more jeans and shirt. Sekarang kau kena ubah penampilan kau."

Aku pandang Kak Long.

"Kalau iya pun nak suruh orang ubah penampilan takkan nak pakai kebaya Nyonya ni?"

"Apa salahnya? Sekarang ni pun kau tengah pakai baju kebaya kan?"

Aku merengus.

"Memanglah.. ni majlis keluarga."

Kak Ngah kulihat senyum sinis. Malas aku nak dengar ceramah free dari kedua kakakku, laju saja tangan aku mencapai pakaian itu.

"Fia, kak ngah lega kau mahu berubah. Bukan senang orang nak berubah."

Aku menguap begitu juga kedua kakakku.

"Hoping to see you in that kebaya, Fia."

Aku mengangguk tanpa tujuan. Kedua mereka melangkah keluar dari bilik tu. Aku pandang baju kebaya Nyonya yang berada di iron board.

"Oh! Well, terlanjur dah kak long keluarkan. Ah! Why not!"

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now