34

1 0 0
                                    

                       Aku berjanji dengan Adam untuk ke annual dinner itu. Sebenarnya, aku sendiri tak sampai hati untuk menolak pelawaannya. Kami melangkah berdua ke dalam dewan itu. Banyak suara-suara latar yang aku dengar ketika aku melangkah masuk bersamanya, aku membiarkan sahaja. Adam kelihatan gembira dengan kehadiran aku. Korin menghampiri aku dan Jai mengekori dibelakangnya. Adam berlalu untuk mendapatkan air minuman. Korin kelihatan comel sekali dengan dress panjang biru tua melekat tubuh langsingnya yang tinggi lampai. Manakala, Jai pula memakai baju Melayu biru tua lengkap bersamping warna kelabu dan bercapal putih.

"Amboi! Sedondon macam pengantin?"

Korin memandang Jai.

"Iya, tak sangka pula..." ringkas saja jawapannya.

"Aku tak sangka kau datang dengannya. Hari tu aku dengar kau tak mahu datang ke annual dinner ni?" suara Jai dan meletakkan minuman dihadapannya, dia duduk disisi Korin.

"Mulanya tak tapi bila fikirkan kita ada beberapa bulan lagi jadi aku datang juga. Lagipun, aku tak mahu hampakan ajakkan orang."

Korin dan Jai ketawa kecil dan mereka gelengkan kepala. Mereka bertiga melihat teman-teman yang berada disitu berbual dan ceria dengan teman masing-masing. Aku bangun dan mendekati Adam di suatu sudut. Dia yang sedang berbual menoleh.

"Nak menari?" tanyanya spontan. Aku terkedu, aku gelengkan kepala sebagai jawapan. Dia tersenyum, lantas menarik tanganku untuk ke tengah dewan. Lagu rancak memenuhi ruang, aku berdiri disitu saja sambil memerhati gerakkan yang dia lakukan. Tak mungkin aku menari, aku bukan pandai menari lagipun aku memakai kebaya kasa Rubiah berpetak ni takkan nak menari lagu Techno dance dengan baju begini. Dia menari terus terusan dan kelihatan sedang gembira. Dia mencapai tangan aku dan menyuruh aku bergoyang sama, segera aku gelengkan kepala. Dia menarik aku keluar dari dewan tarian. Kami duduk di kerusi yang sedia ada, dahinya berpeluh sedikit.

"Penat, thanks kerana sudi menari dengan saya. Awak memang seorang yang baik?"

"Biasa saja. Lagipun, sesekali bergembira tak salah. Awak nak minum?"

"Tak mengapa, kita duduk dulu. Fia, terima kasih," ujar Adam lagi.

"Kenapa? Perkara biasa saja," ujarku membalas.

Aku tengok dia menggaru kepalanya dan menghela nafas. Peluh yang berbaki dilap dengan telapak tangan. Kami melangkah ke arah kerusi batu yang ada diluar dewan itu. Langit malam ketika itu, terang sekali. Namun, sayang sekali tidak banyak bintang yang ada didada langit. Aku memerhati, bulan terang di langit malam. Cantik sekali, aku menoleh memandang Adam dihadapanku.

"Selama ini saya rasa saya sukakan awak tetapi ternyata tidak."

"Awak terlalu berterus terang." ujarku, wajahnya aku pandang. Dia memandang aku tepat, tetapi kali ini pandangannya berlainan sekali bukan seperti selalu. Pandangannya tidak mengancam aku ataupun membuat aku berdebar. Kali ini aku bisa menarik nafas seperti biasa tidak lagi seperti sebelum ini. Aku jadi lega. Agaknya?

"Saya minta maaf, tetapi entah mengapa kita mungkin tak ditakdirkan bersama? Mungkin kita hanya kawan sahaja."

"Maksud awak?" tanyaku.

"Saya tahu awak cintakan abang saya?"

Aku tunduk, memang itu saja jawapannya. Aku memandang wajahnya, dia senyum dan kelihatan lega dengan apa yang telah dia luahkan.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now