35

4 0 0
                                    

                 Pah Piah dan Tok Teh baru saja melangkah naik ke atas rumah bila sebuah kereta BNW muncul dilaman rumah itu. Pantas Tok Teh menjengah, kedua suami isteri itu menanti di verandah. Adam keluar dari perut kereta dan melambai kepada kedua datuk dan opahnya. Dia melangkah naik ke verandah, dia hanya bersalam dengan Pah Piah dan Tok Teh. Dia menoleh memandang kereta milik abangnya dilaman. Dia memandang Pah Piah, wanita itu mengangguk. Adam mohon diri untuk mencari abangnya.

"Cu, kamu berdua kenapa?"

"Tak ada apa-apa, Wan. Saya cari abang dulu."

Adam turun dari tangga dan menuju ke arah kolam ikan yang hanya lima minit dari rumah itu. Adam mengaru rambutnya, dia harus berterus terang pada abangnnya. Jika tidak perkara itu tidak akan selesai dan dia sebagai adik tidak mahu bergaduh dengan abangnya. Dia tiada siapa didunia ini selain abang dan atuk serta opahnya. Adam menghampiri abangnya yang sedang memancing dikolam ikan milik bapa saudara mereka. Dia melihat abangnya, ralit memancing sesekali tangan kiri abangnya mengibas-ngibas nyamuk yang terbang menghurunginya.

"Banyak dapat ikan?"

Azam menoleh, tangannya masih mengibas wajahnya. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke air kolam.

"Lama dah sampai?"

"Baru sahaja. Dah agak abang kat sini?"

"Hmmm... saja cuba nasib."

Adam membisu, dia tidak tahu apa yang perlu dia balas. Adam masih berdiri di situ dan memeluk tubuh memerhati gelagat abangnya. Seekor ikan talipia hitam sudah memakan umpan, Azam sedikit bergelut untuk menarik ikan itu ke daratan dengan bantuan Adam ikan itu berjaya ditarik dan diletakkan didalam bekas.

"Besar juga ikan ni, boleh buat panggang cicah asam malam ni!"

Azam ketawa kecil dan mengangguk. Tangannya membubuh umpan dan setelah bersedia dia mencampak semula ke dalam air.

"Minggu depan, kau akan berkerja di tempat abang. Walaupun tak sama department tapi okeylah."

Adam tidak menjawab, cuma mengangguk walaupun Azam takkan nampak anggukkannya. Adam duduk di kerusi panjang dibelakang abangnya.

"Lama sekali abang cuti? Abang lari dari siapa?"

"Merepek. Abang dah lama tak balik kampung, tuk dengan wan mula bising. Lagipun, rindu dengan suasana kampung ni?"

Azam menarik mata kailnya, tiada hasil tetapi umpan yang dibuang tidak kelihatan di mata kail. Dia merengus.

"Jom balik, hari ni tak untung."

Azam mengemas barangnya.

"Abang, saya rasa Fia bukan milik saya."

Azam memandang kembarnya. Tangannya masih mengemaskan barangan memancing.

"Fia cakap macam tu? Kenapa tak pertahankan?"

"Saya yang cakap macam tu? Dia bukan milik saya, tak pernah pun."

"Kenapa? Kenapa kau cakap macam tu?"

Adam memandang wajah abangnya, kelihatan wajah itu seperti tertanya-tanya. Kemudian mereka berdua beriringan pulang.

"Ada nama lain dihatinya..."

Azam memandang adiknya, dahi dikerutkan.

"Maksud, Adam? Abang tak mengerti?"

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now