Aku memperlahankan kelajuan kereta, dari jarak itu aku sudah dapat melihat kelibat banglo milik keluargaku. Hari ini aku memandu kerana Erna Nabilla sedikit sibuk. Aku sudah berada di hadapan pagar, alat kawalan aku tekan dan secara otomatik pintu pagar terbuka. Aku berkerut dahi dan gigit bibir. Aku dapat lihat kereta Kak Long di laman. Tiga buah motor kuasa besar di ruangan garaj membuat aku berfikir. Pantas aku mematikan enjin kereta dan melangkah keluar. Aku telan air liur dan mendekati, motor kuasa besar itu. Aku perhati betul-betul motor-motor itu. Salah satu motor itu seperti aku kenali... Dadaku berdebar, aku pegang dadaku terasa degupan jantung aku laju semacam serta nafas aku pun tak tentu hala. Aku menghentikan langkah. Aku tarik nafas dalam-dalam, kemudian melepaskannya perlahan. Aku telan air liur berkali-kali. Aku sudah menghampiri pintu besar rumah. Perlukah aku meneruskan langkah? Aku berdecit dan ngomel sendirian. Aku terkejut bila pintu hadapan rumah terbuka. Anak Kak Long tersenyum memandangku.
"Usu... usu dah balik," suara anak saudaraku. Aku senyum, kelat. Kak Long muncul, aku tersengih lagi. Aku membuat isyarat tanya tentang tetamu yang datang ke rumah.
"Kawan Erna..." bisik Kak Long. Dia sudah mendekatiku. Aku telan air liur dan melangkah masuk, payah sekali. Mulanya aku keberatan untuk menoleh, aku hanya mahu terus berlari ke bilik namun entah kenapa aku berhenti di ruangan itu dan menoleh ke arah ruang tamu. Aku terkejut, hampir pitam aku melihat apa yang ada diruang mata aku sekarang. Aku telan air liur dan menoleh ke arah anak-anak saudaraku. Jam dinding berdenting lima kali, pantas aku menoleh. Alasan yang baik.
"Ehmmm... biar Fia naik dulu. Nak solat... dah lewat!"
Aku pantas melangkah, aku memandang orang-orang di ruang tamu sebelum melangkah masuk. Aku masuk ke dalam bilik dan menutup pintu, berdentum kuat. Aku bersandar di muka pintu. Nafasku turun naik laju, terasa panas wajahku. Aku telan air liur, biar betul apa yang aku nampak tadi? Tak mungkin!!! Iya ke??? Macam tak percaya je? Aku capai telefon cordless di meja studyku, Jai dan Korin perlu tahu perkara ni... Mesti! Ketukan dimuka pintu mengejutkan aku yang menunggu jawapaan dari Korin. Aku masih menunggu, mana pula minah senget ni? Ketukan pintu kedengaran lagi, kali ni agak kuat berbanding tadi. Aku yang masih ditalian menunggu Korin mengangkat berlalu ke muka pintu. Tentu kakak aku yang mengetuk pintu itu... tapi salah rupanya Kak Long.
"Kata nak solat? Tu call sapa pula tu?"
"Takde sapa-sapa. Saja test!" Apa jenis jawapan macam tu? Kak Long memandang aku, aku tersenyum kerang.
"Fia, umi panggil turun. Makan sekali dengan kawan Erna!" suara Kak Long kedengaran diluar bilik. Hampir ternganga aku mendengar ajakkan itu. Aku makan dengan Azam, Adam dan Hambali? Aku perlu buat alasan dengan segera.
"Pening kepalalah... Makanlah dulu!" balasku.
"Pening... Dah makan ubat? Nak ke klinik ke?" tanya kakak sulung aku lagi, macam polis pencen je.
"Dah, telan Panadol je... Tak apa..." balasku. Harapnya kakak sulung aku, percaya dengan penjelasan tadi. Muka dia semacam, sah tak percaya dengan kata-kataku. Aku tarik wajahku, selamba. Dia beredar dan pantas aku menutup pintu. Aku mengeluh dan mendengar bunyi diluar dari muka pintu. Aku dengar bunyi tapak kaki berlalu dari bilikku, pasti kakak sulungku sudah pun beredar. Ish! Korin tak mengangkat telefon bimbitnya. Ke mana pulak perempuan ni pergi..!
Aku turun ke tingkat bawah setelah kedengaran bunyi enjin motor berkuasa besar berlalu dari rumahku. Fatin mendekatiku dan menyentuh dahiku.