Erna Nabilla mengikat rambutnya dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Tangannya pantas memutar paip air, laju saja pancuran air sejuk itu mengenai tubuhnya. Dia mengeluh dan membiarkan tubuhnya disirami air itu. Dia rasa tidak sedap hati bila tadi adiknya mengajaknya pulang ke kampung Azam. Dia menolak namun desakkan demi desakkan si adik benar-benar merimaskannya. Erna Nabilla masih berdiri dibawah pancuran air tanpa berbuat apa.
"Kakak ni... Takkan takut kot?" suara Fia Karrina petang tadi. Dia memandang wajah si adik dan mengerutkan dahi.
"Jomlah... Adam tak ada... dia ke Perancis."
Erna Nabilla memandang adiknya, dia mula menyinga.
"Kau tak faham, ke? Kakak tak mau pergi. Kau nak pergi, pergilah..!" sedikit tinggi nada suaranya ketika itu. Erna Nabilla melihat majalah yang dipegang adiknya terlepas dari tangan. Wajah adiknya sedih dan seperti ingin menangis, Erna Nabilla menghela nafas. Dia menggigit bibirnya. Dia tahu adiknya merajuk, ini yang dia malas ni. Erna Nabilla berdecit dan menolak anak rambutnya.
"Adik... tengoklah... Akak tak janji okey," suaranya dan mencuit hujung hidung Fia Karrina dan tersenyum.
"Okey... tapi..."
Erna Nabilla gelengkan kepala tidak mahu si adik meneruskan kata-katanya. Fia Karrina gigit bibir tetapi mengangguk, akhirnya.
Erna Nabilla melangkah keluar dari kamar mandi. Tuala yang tersangkut dicapai dan segera dililit ke tubuhnya, gadis itu melangkah keluar dan mencapai baju yang tersedia di katil. Sebenarnya, dia tidak mahu ke mana-mana terutama sekali ke kampung Azam dan Adam. Dia tidak mahu menemui Adam. Dia tidak mahu kembali ke kampung itu, kenangannya banyak disitu. Dia hampir disudu angsa Pah Piah hampir seluruh laman rumah itu dia melarikan diri sebelum diselamat oleh Adam dan sewaktu dia jatuh dikolam ikan milik bapa saudara kedua kembar itu. Erna Nabilla gelengkan kepala, tersenyum sendiri dengan kenangan lucu itu. Senyuman itu mati, dia mengeluh. Dia bukan tidak mahu kembali ke tempat itu. Tetapi sebenarnya dia tidak mahu bertemu Adam, dia takut. Erna Nabilla memegang dadanya, entah kenapa jantungnya berdenyut kencang. Dia mengesat air mata yang tiba-tiba turun, dia mengesatnya lagi. Dia memegang dadanya dan bersandar di almari. Dia menangis...
Semalam puas aku pujuk kakak agar ikut aku dan Azam pulang ke kampungnya. Azam kata ada kenduri sempena menyambut kedatangan Ramadhan bulan hadapan. Aku berlalu ke bilik kakak, aku harap dia tidak berubah fikiran. Pagi tadi Erna Nabilla seperti mahu membatalkan hasratnya untuk mengikut aku ke kampung Azam. Sejak akhir-akhir ini, aku tidak mengerti akan perangai kakak aku yang ini. Aku memandang tangga, aku pasti kakak ada dibiliknya. Aku meniti tangga satu demi satu dan aku kini dihadapan pintu bilik kakak. Aku berdiri dihadapan pintunya, aku berfikir-fikir samada nak masuk atau mahu ketuk pintu dulu. Aku tersentak bila mendengar suara kakak menyuruh aku masuk. Biar betul, kakak aku ada kuasa magis? Dia boleh tahu aku ada diluar biliknya. Aku putar tombol pintu dan menolak pelahan pintu itu. Kakak aku kelihatan sibuk sekali, dia sedang menyiap beg pakaian. Aku pasti beg pakaian itu untuk dibawa ke kampung tunanganku. Aku pandang kakak aku yang memakai dress panjang bertali halus berwarna putih dengan cardigan biru tua. Dia nampak comel dengan pakaian itu. Tetapi, wajah kakakku kelihatan ragu-ragu. Kenapa agaknya?
"Kenapa... tolong jangan cakap yang kakak tak nak pergi?" suaraku bertanya. Erna Nabilla merengus... lain macam saja bunyinya.
"Kalau nak kakak ikut, cuba jangan banyak cakap..."
"Alah!" ringkas saja kata-kataku dan menghampiri katil kakakku. Aku rebah di katil kemudian diikuti oleh kakakku. Pintu bilik kami terbuka, kami memandang ke arah pintu dan mama muncul.