9

5 0 0
                                    

              Aku matikan enjin motor, helmet aku buka. Aku menghela nafas. Aku melangkah masuk, agak lewat juga aku tiba di rumah. Panasnya, rasa nak pitam pun ada. Kakak aku baru turun dari tingkat atas, aku merengus.

"Ingatkan dah tak ingat rumah. Lambat betul balik?"

Panas sungguh hati aku mendengar kata-kata kakakku. Dia tak tahu yang aku ni penat dan panas, sekarang dia menambah lagi kepanasan aku.

"Kenapa pula kakak bertanya? Saja nak jadi penyibuk?" suaraku. Dia memang macam ni, pantang tengok muka aku ni ada je nak digaduhkan. Entah apa yang tersampuk dengan kakak aku ni aku pun tak berapa nak pasti. Sakit mental kot!

"Kenapa? Dah besar-besar ni, dah tak boleh tanya ke?"

Dia ingat aku ni keluar pergi berfoya-foya? Aku rasa masa aku beritahu yang aku akan ke seminar tu dia ada di sisi mama. Dia sengaja nak cari gaduh dengan aku.

"Tak payah tanya. Cukup je, tengok orang ni hidup lagi atau tak?"

Akhirnya perang mulut bermula, kalau mahu mendengar serasanya satu butiran pun dari apa yang dikeluarkan dari mulut kami satu pun tidak dapat difahami. Dari gaya, kami berdua seperti mahu berlaga atau pun akan bergelut.

"Fia Karrina, Erna Nabilla!!! Kamu berdua tak boleh bertemu muka? Gaduh je, rungsing mama tau! Kamu ni Erna dah besar, jadi cikgu tapi bertekak dengan adik. Fia, kamu tu budak universiti jadi berfikiran seperti budak universiti?"

Jeritan mama memberhentikan pertengkaran aku dan kakak. Aku memandang mama dan mengeluh, aku menarik nafas panjang. Inilah pertama kali aku mendengar mama marah. Barangkali wanita itu sudah bosan dengan pertengakaran kami yang tidak pernah ada hujung pangkal. Ada juga betulnya, iyalah Erna Nabilla sudah jadi guru manakala aku sudah bergelar siswazah, tapi perangai keanak-anakan masih tidak hilang. Aku telan air liur. Sebenarnya, penat juga berperang mulut ni. Aku pandang mama, mama dah meleter ni susahlah sikit. Baik aku blah...!

"Berhenti! Mama tak habis lagi ni... nak ke mana?"

"Mama, Fia tak nak bergaduh tapi kakak tu..."

"Enough! Kamu berdua ni adik beradik, kenapa bercakaran macam seteru?"

Aku tunduk.

"Mama, Fia minta maaf... Okey?" Aku bersuara dan terus berlalu ke bilik. Aku tiba di bilik dan berbaring di atas katil. Sebenarnya kata mama tadi memang tepat dan betul. Iyalah aku ni dah besar, kata orang kalau kahwin dah ada anak sepuluh. Tapi pantang jumpa kakak aku tu sah nak bertekak. Tetapi kenapa aku sendiri tak pasti, memang kalau dah bertemu muka sah memang akan bertekak. Kalau aku kaji-kaji semula setiap pertengkaran kami, semuanya tak berasas belaka. Tapi selalunya, macam tulah. Tak boleh nak dielakkan. Apa yang mama katakan tadi memang betul, aku dah besar. Memang patut aku ubah perangai, aku gelengkan kepala sendirian. Aku mengeliat dan bingkas bangun dari katil, merengus. Aku melangkah keluar, kemudian menuju ke arah dapur. Kakak aku sedang mengacau sesuatu di dalam periuk kalau mengikut baunya seperti dia masak bubur. Aku melangkah mendekati kakak aku, aku mencebikkan bibir. Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa. Aku mengeluh.

"Kakak, orang nak minta maaf."

"Orang mana?" suaranya. Bunyinya macam nak perli je. Ini yang aku angin ni, nak kena minah ni. Hmm...sabar, sabar! Aku mendekati kakak aku lagi, aku tarik nafas panjang dan lepaskannya segera.

"Fia nak minta maaf... sebab selalu gaduh dengan kakak. Fia..."

"Angin tak hujan tak, ribut pun tak...Hari Raya jauh lagi... Ni tiba-tiba nak mohon maaf ni? Buang tebiat ke?" suara kakakku, dia menoleh memandang aku. Wajah aku panas tapi wajah kakak aku ni selamba saja. Dia ni macam takde perasaan pula, aku yang dah naik keras perut ni. Bulu roma aku pun dah meremang ni... macam tengah buat cerita seram pulak.

"Ish! Dengar aja la jangan menyampuk. Orang nak minta maaf ni. Orang tau la orang salah. Selalu gaduh dan bertengkar. Takkan tak nak maafkan, kot?"

Aku renung wajahnya, dia kelu. Apa yang dia fikirkan, takkan dia tak nak maafkan aku? Ish! Suspen memanjang ni malas ni. Aku renung kakak aku, dia gigit bibir. Dahinya berkerut... suspen pula aku ni!

"Kakak pun nak minta maaf, kakak pun selalu tengking kau tanpa sebab. Betul kata mama, kita sama-sama dah besar. Tak patut bergaduh,"

Aku renung wajah kakak aku, buat kali pertama aku rasa sayang pada kakak aku. Jangan salah faham, aku sayangkan dia tapi tak cakap je. Sekarang rasa sayang aku lagi bertambah, bestnya! Aku menoleh, mama ada di muka pintu. Dia tentu dah tengok drama kami tadi.

"Fia, Erna mama harap ini bukan setakat hari ni saja. Biarlah kasih sayang kamu berkekalan untuk selamanya."

Aku dan kakakku mengangguk, seperti mama aku pun harap hubungan kami dua beradik semakin baik tak nak gaduh-gaduh. Air dicincang takkan putus, betul tak?

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now